Kat depan rumah aku ada sorang makcik yang jual nasi lemak
Nasi lemak dia sedap sangat sampai aku dah teraddicted dengan nasi lemak dia..
Oleh sebab aku hampir setiap hari aku akan singgah di gerai dia sebelum ke kelas, makcik tu pun dah cam muka aku, dah siap tahu nama lagi youuu.. Lupa pulak nak bagi tahu yang nama makcik tu Makcik Sena..
Tersebut lah kisah, pada suatu hari Sabtu, aku takde kelas..
Bangun pagi bukak peti sejuk.Kosong.
Tak tahu nak masak apa, last2 aku capai beg duit kat atas meja, beli nasi lemak mekcik sena..
Tak tahu lah kenapa hari tu angin ribut takde, aku teringan tulang pulak nak tolong makcik ti meniaga..
Tapi sebelum tu aku pie la naik atas dulu bersihkan diri..Nanti tak pasal-pasal pulak jatuh merudum keuntungan makcik tu hari tu...
Dalam masa meniaga tu, kami berbual-bual lah..Seronok la berbual dengan makcik Sena ni, macam-macam topik keluar..
Aku jadi enjoy pulak dengar cerita dia..Sampai la satu topik ni..
Dia ada anak lelaki rupanya...
" Mak cik sebenarnya ada anak lelaki tiga orang. Dah besar semuanya..." aku jadi tersemangat pula tetiba
"Ooo..yeke makcik.." tapi takkan nak tunjuk pulak. Cover la sikit..
"Yang sulong sekarang kat UiTM, adik dia kat UTM..Yang bongsu pulak kat UKM...yang sulung tu umur 25 tahun.." aku angguk-anggukkan je la kepala mendengar cerita makcik tersebut..
"Alhamdulillah, masing-masing berjaya. Sampai jugak diaorang kat U sana..." ye lah, mak mana tak gembira anak masuk U kan...
"Anak-anak makcik amek course apa kat sana?" terpacul jugak satu soalan dari milut aku akhirnya.
"Eh,nak..anak-anak makcik bukannya belajar kat sana. Diaorang kat sana bukak gerai nasi lemak jugak macam makcik ni haa..Yang sulong ada gerai sendiri kat UiTM, adiknya ada gerai sendiri kat UTM, yang bongsu pulak ada gerai sendiri kat UKM.." makcik tu senyum.
Ops..alamak, salah tanya soalan ke tadi...
Hahaha..kejayaan tak semestinya dimiliki oleh orang-orang yang masuk, belajar kat universiti je yer..Kejayaan tu luas..Orang yang tak masuk universiti pun bleh berjaya jugak asalkan hidup dia tu ada wawasan. Menurut payung di bawah (eheh), selagi mana adanya keinginan, disertai dengan sikap dan disiplin yang baik, dan yang paling penting determination yang tinggi, dengan izin Allah, kejayaan boleh dicapai..
Ibu aku pernah bercerita, ada seorang kawan dia masa SRP dulu fail! Tapi hari tu jumpa waktu reunion, budak yang fail tu lah dah ada kilang kapal sendiri. Hah!Kaya tak kaya...
Menurut ahli falsafah, kejayaan ialah cara meningkatkan kuasa untuk mendapatkan sesuatu dalam hidup tanpa menganggu kehidupan orang lain.
Dalam surah al-Mukminun pulak, antara ciri-ciri orang yang berjaya ialah :
~ Beriman kepada Allah
~ Menunaikan solat dengan khusyuk
~ Menjauhkan diri daripada perkara yang keji dan sia-sia
~ Mengeluarkan zakat
~ Menjaga kehormatan diri
~ Menunaikan amanah dan janji
dan..dan yang paling penting sekali.....
~ Menjaga waktu solat..
So, wanita-wanita di luar sana sekalian, jangan pandang sebelah mata je akan lelaki2 dia luar sana yang jual nasi lemak, as long as hubungan dia dengan Allah baik, solat jaga, hubungan dengan manusia pun baik pun dah oke..InsyaAllah.. -_-
*cerita makcik Sena di atas hanyalah rekaan semata-mata takde kene-mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Aku dapat cerita tu daripada ustaz sekolah agama masa darjah satu dulu dan telah ditokok tambah banyak bukan sedikit..hehe..
Peace!
Assalamualaikum...