Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Wednesday, 1 July 2015

Sangkut

Cerita Sangkut 1

Hati aku tak tenang selagi belum melepasi kaunter drop luggage. Masa book tiket hari tu, aku amek 40kg je. Aku rasa 40 kg tu dah maximum. Tapi bila aku tengok balik barang-barang yang aku bawa ni: satu luggage besaq, satu beg guni besaq, satu beg balik kampung tak berapa nak besaq,tapi berat dia,mak aihh berat gila baq hang..Boleh lebih 40 kilo gini. Adoi, risaunya...Satu kilo dah tiga puluh lima ringgit lebih. Kalau dua kilo da cecah lapan puluh. Aku check balik purse pink kesayangan.Kira-kira,oke ada seratus setengah dalam ni.Insha Allah cukup ni kalau lebih. Alahai melayang la....

Lepas ni giliran aku. Kat kaunter sekarang sekeluarga warga Sarawak sedang berurusan. Belakang, Singaporean. Dia tegur, 'Excuse me, are you going to Singapore?'. 'No. Johor Bahru'. 'Do you know which counter for Singapore passenger?' Setahu aku kalau nak check in luggage, hentam keromo je la kaunter mana pun. Tak ikut nombor. Oleh sebab masa tu aku fikiran aku tengah kusut memikirkan luggage, aku cuma jawab,'Sorry, I'm not sure.' Dah kesian orang tu. Takde jawapan. Rasa bersalah pulak..aku pun panggil balik madam tu, 'Miss, sorry. You can enter any counter to drop in luggage.' Muka dia yang confuse tadi kembali cerah.'O thank you. By the way, are you study in JB?' 'O no. I study in UNIMAS, but my hometown is in JB.' Maka terjadi lah perbualan ringkas di situ. Nampak tak tak rugi bila tolong orang.

Ok, sambung balik cerita aku berkenaan luggage tadi. So, sekarang turn aku. Aih berdebar. Satu persatu satu beg aku letak. Objek dalam fikiran aku ni bergilir-gilir terbayangkan duit dalam purse dan beg. Lepas beberapa minit, staff Air Asia tu bagi balik DPT aku. Aku tengok angka kat kaunter. Alhamdulillah beg lepas. Cun-cun 40kg. Syukur. Tapi tiba-tiba dia tanya, 'Handcarry ada berapa cik?' Opss, erk..alamak. Nak kelentong tak boleh. Jadi aku jujur je lah. 'Tiga' Aku tunjuk yang tiga tu. 'Handcarry maximum dua cik' Huhh..macamana pulak ni. 'Saya cadangkan cik pergi convenience store, beli paper bag and satukan barang-barang jadi satu beg.' Oh, ok. Cadangan bernas. Terima kasih abang Air Asia. Aku terus bergegas pergi convenience store yang dalam airport tu. Beli paper beg, pergi surau and sumbat barang-barang dalam tu. Beberapa buku aku terpaksa tinggalkan kat surau sebab takut beg berat sangat memandangkan handcarry limit dia cuma 7kg. Sayang. Ada satu buku tu baru je beli. Karangan Yusuf Al-Qadrawi.Tapi tak sempat habis baca dah kene tinggal.Huaahhhhh....

Lepas almost an hour dalam surau, Alhamdulillah, settle jugak. Penat aku kehulur kehilir bawak kek lapis macam Mak Jah dalam airport tu. Aku tak tau la macam mana rupa aku bila dalam keadaan yang mess tu. Tudung dari center jadi senget. Baju dari kering jadi basah. Kaki dari kuat jadi longlai. Aduhai..ujian time puasa. Mujur aku datang awal. Kalau aku datang lambat tadi,lagi panik agaknya. O please aku tak nak sangkut dalam airport hanya gara-gara luggage. Cukup lah sekali. 


Friday, 17 October 2014

20 facts


After took hours to complete my 20 facts.


1. Am a good listener but not a good speaker.
2. First impression, people might see me as an arrogant person. But actually i'm not. I'm kinda of friendly too..(angkat bakul sndiri.tapi betul.he3)
3. Ramlee Awang Murshid's fan. Coming soon 'Raudhah'!
4. Mad fast. Cool fast. Forgiven.
5. Love puzzles in math though sometimes it can kill me to solve them.
6. Tend to be a follower than a leader (..............)
7. Love to tell others 'bout my dream story
8. Ever own a dream to produce at least one novel paling tak pun satu cerpen pun bole lahhhh.
9. Online shopping is awesome! I get excited when brader pos laju press hon of his van in front of ma house..mueheheh..
10. I'm using Asus Zenfone 5. Camera dia cantek kottt.. 
11. Prefer to study last minute coz i'm such a forgetful person. Am not a good memoriser even though i'm  taking biology course that need many memorizing things.
12. Ever to have errrr..boyfriend during my primary school. Hahaha. But broke up right after two days. Since then, never have special friend till now. 
13. Silent admire. Eh 
14. Airport is one of my favourite place besides museum.
15. Hate all herpatofauna (reptile and amphibian) animals such as lizard, frog, toad etc...
16. Easy to recognize people by their face rather than their name. Don't get weird if i ask your name for more than em three times. hehe..
17. Sometimes ego.??
18. Family is my priority
19. Punctual. Don't like waiting or to be wait.
20. Keep calm and says i'm born to be a Zoology :D


smile..teheeeeeeeeeeeee

Wednesday, 12 March 2014

#pray4MH370




#mh370 Don’t underestimate the power of Doa’. Keep praying for them. Nyahkan semua speculation.

Pilot berpengalaman, rekod MAS cemerlang dan kapal terbang terbaik tapi perancangan Allah mengatasi segala kehebatan manusia.. :’( #Pray4MH370

Semoga Allah memberikan ketenangan kepada ahli keluarga yang masih menunggu khabar berita pesawat MH370. Bagi semua sahabat fb sy yang sy sayangi..Sama-sama kita muhasabah diri dengan apa yang telah berlaku..
#pray4MH370


Assalamualaikum wbt..
Allah…..Tiada kebetulan berlaku di dunia ini melainkan atas kehendak Allah jua…Pada 8 Mac lalu, kita digemparkan dengan berita pesawat MAS MH370 yang hilang dari sistem radar. Pesawat tersebut membawa 227 orang penumpang berlepas dari KLIA dan sepatutnya sampai di Beijing pada 6.30 pagi . Walaupun kita tak kenal orang-orang yang terlibat dalam pesawat tu, namun kesedihan yang dialami oleh ahli keluarga terbabit turut terasa. Masa ni, doa amat amat amat diperlukan agar dipermudahkan usaha pencarian dan menyelamat, kerana doa adalah senjata yang sangat ampuh. Yang mendengar doa kita itu adalah Allah Yang Maha Besar,Maha Berkuasa! Hanya Allah yang berhak untuk menentukan nasib hamba-hambaNya di dunia ini.. Mohonlah kepadaNya..

 Pagi itu aku bangun seperti biasa. Hari tu cuti, takde kelas. Kehidupan aku kat sini sangat berbeza dengan kat rumah. Kalau kat rumah, pagi-pagi aku bangun je dah sibuk tengok adik-adik pergi sekolah,kemas..Kalau time cuti apatah lagi…Tapi kat sini, bangun je dari tidur takdelah sesibuk mana. Bersihkan diri, kemas sikit-sikit, on laptop tengok nota sikit-sikit (kalau rajin), pastu on fb. TV takde, so fb la sebagai medium untuk aku tahu cerita-cerita yang berlaku kat luar sana. Aku pun scroll status-status fb, like, share… and apabila tiba satu status Berita Harian ni, aku stop. Baca banyak kali. ‘Pesawat MAS MH370 hilang dari system radar pada jam 2.40 pagi’ (lebih kurang macam ni la tajuknya..) Alangkah terkejutnya..Pesawat MAS?? Malaysia?? Benda ni amat jarang jarang jarang berlaku di negara kita, and bila dah jadi, tak boleh nak kata apa.. Semuanya kehendak Allah, kita tak boleh nak tolak..

 Lepas je berita tu keluar, aku terus follow update pesawat MH370 ni dari semasa ke semasa..Pesawat berjaya membuat pendaratan cemas di Nanning, China? Hmm…spekulasi semata-mata. Cerita palsu. Aku tak faham kenapa orang mesti nak buat-buat cerita bila keadaan tengah runsing ni...
Sekarang dah beberapa hari operasi pencarian, tapi masih belum jumpa tanda-tanda pesawat tersebut dijumpai. Yang ada cuma cerita-cerita palsu yang disebarkan oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab..Hmmm…

Usaha pencarian diperluaskan sehingga ke Selat Melaka. Banyak negara yang turut membantu dalam misi mencari ni antaranya Negara China sendiri, New Zealand, Indonesia, Singapore, Vietnam dan beberapa lagi..

Sekarang dah masuk hari ke enam namun tiada tanda-tanda yang pesawat tersebut akan dijumpai..Namun, di sebalik tragedi ni terselit juga hikmah. Walaupun kita tak kenal siapa mereka, siapa keluarga mereka, namun  kita masih bersatu hati, berdoa.. Bila bercakap pasal doa, aku teringat akan status Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman dalam fb ni. Ada orang tanya beliau boleh ke kita doakan untuk orang bukan Islam dan solat hajat untuk mereka sekaligus. Jawabnya:

BOLEH berdoa kepada semua, muslim dan non-muslim agar selamat, sihat termasuklah selamat pulang dan pergi atau mendapat hidayah.
Imam Nawawi ada menyebut harus doa belas atau rahmat Allah kepada non Muslim yang masih hidup dan keampunan atas kesalahannya dan bukan redha atas kekufurannya. Nabi pernah berdoa antaranya..

اللهُمَّ اِغْفِرْ لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Tapi bagi non-Muslim yang telah mati dalam keadaan yang tidak Islam, telah disepakati ulama, tidak boleh berdoa keampunan dan rahmat Allah ke atas mereka berdasarkan larangan Allah dalam surah At-Taubah 113

Jadi, jangan berputus asa dan terus berdoa agar Allah memberikan petunjuk dan tanda-tanda pesawat tersebut dijumpai.. InshaALLAH semoga Allah mendengar dan memperkenankan doa kita. Amin~