#mh370 Don’t underestimate the power of Doa’. Keep praying
for them. Nyahkan semua speculation.
Pilot berpengalaman, rekod MAS cemerlang dan kapal terbang
terbaik tapi perancangan Allah mengatasi segala kehebatan manusia.. :’(
#Pray4MH370
Semoga Allah memberikan ketenangan kepada ahli keluarga yang
masih menunggu khabar berita pesawat MH370. Bagi semua sahabat fb sy yang sy
sayangi..Sama-sama kita muhasabah diri dengan apa yang telah berlaku..
#pray4MH370
#pray4MH370
Assalamualaikum wbt..
Allah…..Tiada kebetulan berlaku di dunia ini melainkan atas
kehendak Allah jua…Pada 8 Mac lalu, kita digemparkan dengan berita pesawat MAS
MH370 yang hilang dari sistem radar. Pesawat tersebut membawa 227 orang
penumpang berlepas dari KLIA dan sepatutnya sampai di Beijing pada 6.30 pagi .
Walaupun kita tak kenal orang-orang yang terlibat dalam pesawat tu, namun
kesedihan yang dialami oleh ahli keluarga terbabit turut terasa. Masa ni, doa
amat amat amat diperlukan agar dipermudahkan usaha pencarian dan menyelamat,
kerana doa adalah senjata yang sangat ampuh. Yang mendengar doa kita itu adalah
Allah Yang Maha Besar,Maha Berkuasa! Hanya Allah yang berhak untuk menentukan
nasib hamba-hambaNya di dunia ini.. Mohonlah kepadaNya..
Pagi itu aku bangun seperti biasa. Hari tu cuti, takde
kelas. Kehidupan aku kat sini sangat berbeza dengan kat rumah. Kalau kat rumah,
pagi-pagi aku bangun je dah sibuk tengok adik-adik pergi sekolah,kemas..Kalau
time cuti apatah lagi…Tapi kat sini, bangun je dari tidur takdelah sesibuk
mana. Bersihkan diri, kemas sikit-sikit, on laptop tengok nota sikit-sikit
(kalau rajin), pastu on fb. TV takde, so fb la sebagai medium untuk aku tahu
cerita-cerita yang berlaku kat luar sana. Aku pun scroll status-status fb,
like, share… and apabila tiba satu status Berita Harian ni, aku stop. Baca
banyak kali. ‘Pesawat MAS MH370 hilang dari system radar pada jam 2.40 pagi’
(lebih kurang macam ni la tajuknya..) Alangkah terkejutnya..Pesawat MAS??
Malaysia?? Benda ni amat jarang jarang jarang berlaku di negara kita, and bila
dah jadi, tak boleh nak kata apa.. Semuanya kehendak Allah, kita tak boleh nak
tolak..
Lepas je berita tu keluar, aku terus follow update pesawat
MH370 ni dari semasa ke semasa..Pesawat berjaya membuat pendaratan cemas di
Nanning, China? Hmm…spekulasi semata-mata. Cerita palsu. Aku tak faham kenapa
orang mesti nak buat-buat cerita bila keadaan tengah runsing ni...
Sekarang dah beberapa hari operasi pencarian, tapi masih
belum jumpa tanda-tanda pesawat tersebut dijumpai. Yang ada cuma cerita-cerita
palsu yang disebarkan oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab..Hmmm…
Usaha pencarian diperluaskan sehingga ke Selat Melaka.
Banyak negara yang turut membantu dalam misi mencari ni antaranya Negara China
sendiri, New Zealand, Indonesia, Singapore, Vietnam dan beberapa lagi..
Sekarang dah masuk hari ke enam namun tiada tanda-tanda yang
pesawat tersebut akan dijumpai..Namun, di sebalik tragedi ni terselit juga
hikmah. Walaupun kita tak kenal siapa mereka, siapa keluarga mereka, namun kita masih bersatu hati, berdoa.. Bila
bercakap pasal doa, aku teringat akan status Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
dalam fb ni. Ada orang tanya beliau boleh ke kita doakan untuk orang bukan
Islam dan solat hajat untuk mereka sekaligus. Jawabnya:
BOLEH berdoa kepada semua, muslim dan non-muslim agar
selamat, sihat termasuklah selamat pulang dan pergi atau mendapat hidayah.
Imam Nawawi ada menyebut harus doa belas atau rahmat Allah
kepada non Muslim yang masih hidup dan keampunan atas kesalahannya dan bukan
redha atas kekufurannya. Nabi pernah berdoa antaranya..
اللهُمَّ اِغْفِرْ لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Tapi bagi non-Muslim yang telah mati dalam keadaan yang
tidak Islam, telah disepakati ulama, tidak boleh berdoa keampunan dan rahmat
Allah ke atas mereka berdasarkan larangan Allah dalam surah At-Taubah 113
Jadi, jangan berputus asa dan terus berdoa agar Allah
memberikan petunjuk dan tanda-tanda pesawat tersebut dijumpai.. InshaALLAH
semoga Allah mendengar dan memperkenankan doa kita. Amin~
No comments:
Post a Comment