Semalam sedang aku leka berfacebook, aku terdengar alunan Qasidah berserta ketukan gendang dari surau berdekatan. Mendengar bunyi yang sayup-sayup itu, jari yang sejak mula menekan-nekan punat keyboard tiba-tiba terhenti. Aku seperti tenggelam dengan alunan Qasidah tersebut. Mata terpejam. Subhanallah... Air mata aku mula bertakung di dan akhirnya jatuh jua. Aku imbas kembali bila kali terahir aku menghadirkan diri ke majlis-majlis kuliah, ceramah agama. Bila kali terakhir aku berjemaah di surau ataupun masjid. Lama.. sangat lama aku tak merasai nikmat berada di dalam kuliah ilmu-ilmu bersama sahabat-sahabat.. Kalau dulu, semasa di matrikulasi aku sentiasa berpeluang hadir ke majlis-majlis sebegini. Tapi, sekarang aku semakin leka dengan keseronokan dunia yang sementara ni. Astaghfirullah hal a'zim ... Ya Allah, aku rindu saat-saat aku dekat kepadaMu.. Aku rindu untuk hadir majlis-majlis ilmu seperti dulu..
Sungguh,aku rindu..
Petang tadi, aku terima satu mesej dari seorang sahabat..
Teha, malam ni pergi ctf 1 tak. Saing ea??
Erm, ada apa kat sana. Tak tahu-manahu pun..
Ada persembahan Qasidah dan nasyid lah..Sempena Maal Hijrah..
MashaAllah..Tuhan dengar rintihan aku semalam. Allah Maha Mendengar. Dia beri aku peluang sekali lagi untuk menghadiri majlis sebegini. Tadi,masa kat dalam dewan majlis, masa emcee cakap...
Alhamdulillah.. tahniah sahabat-sahabat sekalian telah dipilih oleh Allah untuk menghadiri program kita malam ini, 'Change Your Soul. Ya Allah terimalah Hijrahku' .. Bayangkan daripada berpuluh ribu pelajar di dalam kampus ni, kalian terpilih. Moga, diakhir majlis ini nanti, kita sama-sama mendapat sedikit sebanyak input dan syafaat..InsyaAllah..
aku terharu. Hati aku tersentuh. Air mata mula merembes lagi. Aku terpilih..
Kalau semalam, aku menangis kesedihan tapi tadi aku menangis kegembiraan serta kesyukuran..Alhamdulillah...
Salam Maal Hijrah 1434
Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment