Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Monday, 31 December 2012

Istiqamah 2013

Assalamualaikum :)

Terima kasih kepada awak-awak semua yang sudi membaca blog ini.Ceh!Macam la ramai sangat.'Awak-awak semua??'Hiiii..saya rasa tak sampai pun sepuluh orang yang sudi memjadi pembaca kepada blog yang serba pink purple ni.Tapi,tak kesah pun sebab blog ni pun sebenarnya sengaja tidak diwawarkan kepada ramai orang.Cewahh..ayat macam glemer sangat jer minah sesat mana nih.Ni blog diari life saya yang akan saya baca pada sepuluh or dua puluh tahun akan datang nanti.Mungkin.InsyaAllah kalau masih diberi peluang untuk bernafas lagi masa tu,boleh la baca balik.Mesti best an..an...So,korang ni dikira beruntung la dapat baca diari saya.Bukan senang tau.Haha..gurau jak..
 
Hari ni kehidupan berjalan seperti biasa.Bangun pagi gosok gigi cuci muka.Makan maggi.Satu hari suntuk duduk terperap dalam bilik.Mengadap buku or laptop.Kalau mata dah penat,boring.Main game.Layan korea.Then,mengadap buku balik.Yeah...seperti biasa.Seperti biasa sehingga tak sedar yang sekarang ni kita dah masuk tahun baru.1 Januari 2013.Sungguh tak sedar betapa cepat masa berlalu.Jap jap.Kalau dah 2013 so maknanya umur saya sekarang ni dah 20 la kan?Subhanallah.20 tahun sudah aku hidup atas muka bumi ini.Allah.Makin banyak umur kita maknanya makin dekat la kita dengan kematian.Ya Allah,bersediakah aku?kita semua??Jawab dalam hati kerana masing-masing tahu perihal diri.

Ok,secara jujurnya.Pada tahun-tahun baru yang lepas,saya tidak mempunyai azam baru yang kukuh.Betul!Saya tak de azam nak jadi kaya ke,nak dapat nombor satu ke,nak dapat handphone baru ke.Tak de la semua tu.Teruk kan saya..Tapi tahun ni lain sikit.Apa yang lain?Hmm..Tadi masa tengah baca buku tepi tingkap nun,Baca la sangat.Hang duk berangan tepi tingkap kira bintang ada berapa kat langit tuh.Ingat aku tak nampak.Hmmm...hehe..tiba-tiba hati  terdetik aku nak istiqamah solat sunat dhuha la tahun ni.Satu je azam saya tahun ni.Nampak macam senang kan.Memang la senang tapi hakikatnya saya ni bukan nya rajin sentiasa.Kalau time masa tu rasa baik sikit,buat tapi kalau rasa malas,sia-sia je waktu pagi saya masa tu.Tak istiqamah..Sebab tu la saya pasang niat nak perform solat sunat dhuha ni setiap kali kalau diberi kelapangan waktu.InsyaAllah..korang doakan la ye.Em,minta jasa baik korang tadah tangan jap..

Bismillahirrohmaanirrohiim
'Ya Allah,Kau berikanla kekuatan kepada admin blog in,Nur Fatihah untuk terus istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Mu Ya Allah.Kau kikiskan la sikap malas yang ada pada dirinya Ya Allah agar dia menjadi insan yang berguna pada masa depan kelak.Ameenn..'

Terimakasih.Semoga korang semua yang dilimpahi rahmat dan hidayahNya di tahun baru ini.Ameen..Ok la dah alang-alang kita bercakap pasal azam saya ni,tentang Solat Sunat Dhuha,elok la kiranya saya berkongsi sedikit fadhilat-fadhilat yang tersembunyi di sebalik solat sunat ini. :))
Solat sunat dhuha sangat dianjurkan malah sering diamalkan oleh nabi kita Rasulullah SAW.Antara hadis yang menyatakan keutamaannya,dalam riwayat Abu Hurairah,katanya :


“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


 Kelebihan mengerjakan solat sunat dhuha adalah sepertimana yang disebutkan dalam kitab 'An-Nurain', sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan"


Selain daripada tu,dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya,

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


 Banyak kan fadhilat kalau kita mengerjakan solat sunat dhuha.Kepada korang yang dah menjadikan solat sunat ini sebagai satu amalam,Alhamdulillah..tahniah! dan teruskan.Yang belum tu jom sama-sama dengan saya kita start sekarang.Kalau boleh jangan miss start tahun baru ni.tau..tau..Best of luck!

Sebagai penutup,kat bawah ni terjemahan doa dhuha.Kalau korang hayati betul-betul makna doa dhuha ni.ianya sangat indah :))


Ya Allah,sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu,kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahannya adalah keindahanMU,kekuatannya adalah kekuatanMu,
kekuasaannya itu kekuasaanMu,perlindungannya perlindunganMu..
Ya Allah,jika rezeki masih di langit,turunkanlah,jika di bumi,keluarkanlah,
jika sukar,permudahkanlah jika haram,sucikanlah 
dan jika jauh,dekatkanlah..
Berkat waktu Dhuha,kecantikanMu,keindahanMu,kekuatanMu,kekuasaanMu,
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh...


Kalau nak senang hafal,korang boleh dengar versi lagu punya dari UNIC.Saya tau mesti ramai yang dah tau lagu ni.Tapi yang belum tu,boleh terus ke link youtube kat sini (Doa Dhuha).Oke,selamat tahun baru 2013!
XOXO.Publish!
Muehehehe..tergedix tiba-tiba.

more about dhuha : Islam2u
bacaandoa dhuha dalam bahasa arab : Doa Dhuha

No comments:

Post a Comment