Menyesal tak plan aktiviti apa nak buat time cuti sebelum ni.Tak de la saya nak cakap boring bila dah ada kat rumah.Jauh sama sekali.Duduk rumah la yang paling saya suka sekali.Tapi,tu la..cuti kali ni tak ada assignment untuk dibawa balik.So,waktu-waktu senggang byk diisi dengan perkara-perkara yang tak berfaedah macam tidur,berangan dsb..haha..Ingatkan nak study dulu subjek-subjek yang bakal diambil sem depan..er..nanti la dulu kot.Baru je start cuti kann..hehe..
So,petang semalam saya rasa seroooooooooonok sangat.Sebab apa tau.Semalam saya bawak basikal kayuh satu taman.Pergh,best gila.Dah lama tak buat kerja cenggini.Lagi-lagi time tengah syok kayuh-kayuh tu,angin datang..sepoi-sepoi...rasa macam taknak berhenti kayuh bila dah sampai depan rumah.Bila kayuh basikal lama-lama ni,series kepala ni rasa lapang sangat..
Kalau la jalan nenas ni ada taman yang landscap dia awesome-awesome gitu,confirm setiap hari muka aku je terpacak kat taman tu dengan basikal..huhu..ops,ter'aku' pulak..
Then,malam semalam jugak,saje je parents aku bawak jalan-jalan pergi bandar.tengok view malam-malam.Kitaorang singgah danga bay jap.Kebetulan masa tu pulak ,pakcik dan makcik datang dari Melaka.Apa lagi..jalan la..dengan kereta baru..muehehe...Nama je orang Johor.tapi boleh kira dengan jari berapa kali je baru jejakkan kaki kat sana.Kat sana,takde ape sangat pun.tapi kalau nak ambik gambar banyak-banyak kat situ best la.Tempat dia lawa.Ye la tepi laut kan..dengan lampu kaler-kaler segala..lawa la kan..
Ramai la yang bawak famili jalan-jalan kat sana.Snap gambar sana-sini..Saya??sejak beli kamera hari tu,memang la tak sah kalau tak bawak kamera tersebut..heheh.. :))
adib dan ain .geram la dengan diaorang ni.Nak amek gambar pun susah.Huhh.. |
Kiteorang tengah jalan-jalan.Lepas tu nampak sederet pokok dihiasi dengan lampu kelip-kelip.Cantik!
Ibu : Abang,raya nanti beli lampu macam tu..Lawa la..
Saya : A'ah la yah..Lain daripada yang lain.Lawa..lawa..Beli..beli..
Ayah : .... berapa banyak lampu daa..
Suka sangat tengok gambar ni :)) Nampak keakraban famili kami di situ.hehe.. |
Lepas,diajak dipujuk merayu.Baru la budak kecik ni and minah ni SUDI nak bergambar.. |
Saya sayang family saya sangat sangat lillahi ta'ala.. :)
Ok.Bye! :D
No comments:
Post a Comment