Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Saturday, 1 June 2013

Studi Week

Assalamualaikum..... :)
Jam korang dah pukul berapa??Jam desktop aku sudah menunjukkan pukul 12.20am..
Tapi,mata masih tak sudi pejam.
Mungkin sebab lepas asar tadi aku tertidur sekejap kot..Hm....Eh,kejap2.Lepas asar???Tidur???Ishh..mana elok tidur lepas asar kak cik oi..Boleh jadi gila nanti..hmm...
Semalam merupakan kelas terakhir aku untuk sem 2 year one ni.Sungguh pantas kan masa berlalu.Dua minggu lagi final exam.Sekarang tengah study week.Serius.Bila tiba study week je aku mula risau sebab biasanya hari-hari aku sepanjang study week ni kurang produktf.Tadi aku duduk belek-belek buku nota kesayangan.Tiba-tiba ternampak pula catatan Kepentingan Masa yang aku peroleh semasa usrah lepas yang pernah aku hadiri.Jadi,aku ambil inisiatif untuk menjadikan catatan tersebut sebagai panduan untuk handle study week aku agar tidak menjadi sia-sia :)

Demi masa.Sungguh, manusia berada dalam kerugian.Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
  

So,how's to manage your time during study week??

First sekali,masa perlu diisi dengan perkara yang bermanfaat sahaja.Contoh yang paling senang.Studi!Sudah tentu!Nama pun S.E.T.A.D.I WEEK,memang objektif minggu ini diwujudkan oleh pihak universiti seluruh dunia adalah untuk memberi peluang kepada pelajar mereka mengulagkaji pelajaran sebelum exam.Sesuka hati aku je mengeluarkan fakta ni -.-
In case,kalau takde mood untuk studi,boleh je buat benda bermanfaat lain macam tengok video matlufi ke.erk?at least bole la amek pengajaran dari video2 yang dihasilkan oleh beliau kan...eheheh...

Then,sentiasa ada target.Ayat sebelah ni sama je lah maknanya dengan berjadual.Jadual tak semestinya perlu ada kotak banyak-banyak yang ada Isnin,Selasa,Rabu and so on..Kalau aku buat jadual macam tu,gerenti tak ikut punya.Sebab dari dulu aku pernah je nak praktikkan hidup dengan jadual,tidur pukul sebelas makan pukul sepuluh semua tu,tapi tak berhasil..huhu..So,sebelum tidur tu,aku akan keluarkan kertas or tulis kat mana2 dan plan apa yang hendak dibuat pada hari esok.Contohnya,esok>> jogging,pagi studi biochem dari belakang,petang sentuh statistik sikit,malam microb.Tidur!Senang kan..lebih baik ada planning daripada tak ade langsung.Dalam surah Al-Hasyr ayat yang ke 18, Allah ada berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya pada hari esok, dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."

Seterusnya,sebelum memulakan sesuatu pekerjaan tu,niatlah kerana Allah.Contohnya,kalau korang nak tengok movie, niatlah dalam hati "Aku nak tengok movie ni kerana Allah" Lepas korang dah niat macam tu,agak-agak jadi ke korang nak tengok movie tu.Mesti korang akan fikir dulu kan sama ada pekerjaan korang tu diredhai ke tak oleh Allah..Kalau korang tengok sekalipun movie tersebut,mungkin tujuannya akan bertukar, untuk mengambil pengajaran semata-mata instead of suka-suka.Kannn.....Aku ambil contoh ni daripada novel Suamiku Ustaz.. :D
Refresh niat!

Last but not least,kalau masa study week terasa kosoooooong sangat sampai tak tau nak buat apa.Buat ni salah buat tu tak kena,bacalah Al-Quran dan terjemahannya.InshaAllah..hari dan hati anda akan terisi dengan tenang.Weeeeeeeeeee....

Ok la,sampai sini jer..Malas pulak nak taip panjang panjang.Kepada korang yang akan menduduki exam tak lama lagi tu,bittaufiq wannajah fil imtihan!

Babaiiii! ^^

*Maaf sekiranya bahasa pasar aku dalam blog ni mengundang rasa tak puas hati dalam hati pembaca sekalian.

No comments:

Post a Comment