Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Friday, 23 August 2013

Sebuah puisi




Sekilas pandangan menggamit persoalan
Sejenak bertahmid kepada Tuhan
Lantas ku alih pandangan itu 
Lalu dengan pantas aku beredar
Ku biarkan hati ini berbunga
Biarlah mekar kasih kepada Pencipta
Tanpa bergantung kasih manusia

Namun sukar untuk dibendung
Pabila hati mendesak perasaan
Bertanyakan siapakah gerangan misteri
Pantas zikrullah menguatkan pegangan
Ingatlah nisa' maruahmu dijulang
Biar hati menangis sebak
Janjikan iman terus menebal

Kala hati berkata-kata
Siapakah gerangan pemuda itu
Mahu bertanya terasa malu
Mahuku biar terasa pilu
Lalu ku lupakan hasrat naluri
Hanya mampuku mengadu pada Pencipta
Ampunkan lah hambaMu yang lemah ini
Selamatkanlah hati kami ini
Dan
Peliharalah diri kami yang alpa ini..


p/s : sorri fa, I publish puisi you kat sini ^^

No comments:

Post a Comment