Assalamualaikum :)
Izinkan aku bukak entry kali nie dengan berkongsi satu
kisah. Kisah ni aku dapat daripada seorang kakak yang datang dari Sabah semasa usrah tempoh
hari. Em, kesahihan cerita ni tak pasti tapi harapnya korang dapatlah nampak apa pengajaran yang cuba
hendak disampaikan melaluinya oke ;)
Alkisah ada sebuah kerajaan yang mempunyai rakyat yang
harmoni dan seorang raja yang bijak dan berdedikasi. Suatu hari, raja tersebut ingin
menguji rakyatnya. Raja meminta agar setiap seorang daripada rakyatnya
memenuhkan sebuah kawah dengan hanya satu sudu susu putih seorang. Demi mematuhi perintah raja, maka rakyat pun
segera lah menyediakan satu sudu susu putih. Pada keesokan harinya keluarlah
rakyat untuk memenuhkan kawah tersebut. Raja melihat rakyatnya dari dalam
istana dengan senang hati.
Setelah semuanya selesai, raja dan pengikut-pengikutnya pun
turun ke bawah untuk melihat hasilnya. Dan alangkah terkejut mereka apabila
melihat warna di dalam kawah tersebut tidaklah putih seperti yang sepatutnya.
Nak tahu apa warnanya?
“Mengapa warna di dalam kawah ini tidak seperti yang beta
mahu? Mengapa warna susu di dalam kawah ini coklat instead of putih?” (oke,
dialog ni aku reka sendiri)
So, kenapa korang rasa warnanya coklat?
Kenapa bukan putih?
Think! Think! Think! (bak kata Pooh)
Hmm..
Takpe lah, biar aku kasi jawapannya.. So, si raja pun
buatlah kesimpulan
..ada dalam kalangan rakyat yang memandang remeh akan perintahnya. Mungkin ada di antara mereka
yang berfikiran begini ‘kalau aku letak
satu sudu teh pun bukannya raja tahu’. So, disebabkan pemikiran itulah air di
dalam kawah tercemar menjadi coklat. Maka, si Raja pun berasa sangat kecewa
akan sikap segelintir rakyatnya.
Sedar atau tidak, pemikiran kita sebenarnya mampu untuk
memberi kesan yang sangat mendalam
terhadap sesuatu perkara. Kisah di atas hanyalah ideologi untuk tajuk yang aku
nak tulis kali ni. Aku yakin, ramai antara kita telah didedahkan dengan
risalah-risalah tentang ‘pemboikotan’ barangan-barangan daripada Israil dan
sekufu dengannya.
Namun ramai yang memandang remeh akan usaha ini. Mungkin ada dia antara kita yang berfikir ‘kalau aku seorang je yang boikot, apa gunanya. Sama je tak member kesan apa-apa.’ Nampak tak.. kenapa mesti fikir macam tu. Cuba bayangkan kalau semua orang Islam berfikiran macam tu, macamana usaha mahu jalan. Makin ramai orang Islam berfikiran begitu, maka makin ramailah yang membeli barangan-barangan boikot tersebut. Tapi, cuba kita kita berfikiran sebaliknya, berfikiran positif, ‘Andai ni je usaha yang mampu aku buat selain daripada doa untuk membantu saudara-saudara Islamku yang tertindas di Palestin, aku redha tak beli lagi air milo dan maggi. Aku harap semua orang pun akan buat benda yang sama. InshaAllah,amin Ya Rabb..’ Kalau kita berfikiran begini, InshaAllah usaha pemboikotan ni akan berjaya. Oleh yang demikian, jom tukar mindset . Jom boikot barangan keluaran sekutu-sekutu Israil.
Boikot!
Boikot!
Semoga usaha kita ini dipandang oleh Allah Ta’ala dan secara
tidak langsung dapat membantu saudara-saudara Islam kita di Palestin dan juga
di Negara-negara Islam yang lain. Amin….
perkongsian yang menarik .. setuju sangat ! jom berusaha untuk boikot .. InsyaAllah ~ mohon doakan diberi kekuatan untuk memboikot .. hikhiks :-)
ReplyDelete