Masa kita kecik-kecik dan comel-comel dulu, kita selalu
dengar kisah teladan Sang Arnab dan Kura-kura. Betul tak? Sampai dah terhafal
kan…Oke,kepada sesiapa yang terlupa tu, meh sini baca sinopsisnya.
Sang Arnab ni pelari pecut hutan sedangkan Sang Kura-kura ni pulak,
alahai…………malas la nak ceghita. Satu hari Sang Arnab mengajak kura-kura
berlumba lari. Si kura-kura yang kecik tapi berjiwa besar ni pun terima
pelawaan Sang Arnab. Pada hari kejadian, Sang Arnab yang sombong itu sangat
yakin akan dapat mengalahkan Kura-kura, tapi endingnya sebaliknya pula berlaku.
Korang pun taulah kan kenapa…Tapi ending yang biasa kita dengar tu sebenarnya
ada sambungannya. Aku yakin ramai yang tak tahu apa yang berlaku selepas
kekalahan Sang Arnab ni.
So, dalam entry kali ni, aku akan sambung sikit apa yang
berlaku selepas kekalahan Sang Arnab.. Jeng!
Jeng! Jeng!................
Sang Arnab sangat tidak puas hati akan kekalahannya itu. ‘Kalau lah aku tak tertidur masa perlumbaan
tu, tentu aku dah menang dan menjadi juara rimba sekarang…Aduh menyesalnya…’
Sang Arnab bermonolog sendirian di dalam hati sambil merenung ke luar jendela
rumahnya menghayati suasana hutan yang nyaman. Sedang duduk termenung,
tiba-tiba Sang Arnab mendapat satu semangat, ‘Tidak, aku belum kalah lagi! Aku mesti menebus maruahku semula. Juara
rimba tidak pantas untuk dimiliki oleh Si Kura-kura itu!’
Sang Arnab
merencanakan lagi sebuah perlumbaan dengan Si Kura-Kura. Dia pergi berjumpa
dengan Si Kura-Kura dan menyatakan hasratnya. Selepas kemenangannya tempoh
hari, Si Kura-Kura tidak ragu lagi untuk menerima pelawaan Sang Arnab. Berita
perlumbaan Sang Arnab dan Kura-kura tersebar dengan cepat. Persiapan dibuat. Ramai yang yakin Si Kura-kura akan
memenangi perlumbaan itu lagi namun ramai
juga yang yakin Sang Arnab akan merampas semua gelaran Juara Rimba yang
telah disandangnya bertahun-tahun.
Debaran semakin terasa apabila harinya
semakin hampir. Sang Arnab dan Si Kura-kura bersungguh-sungguh berlatih untuk
memenangi perlumbaan tersebut. Kawan-kawan masing-masing tidak putus-putus
memberi semangat.
Hari berganti hari, akhirnya hari perlumbaan pun tiba. Kali
ini semakin ramai yang datang memberi sokongan. Isu kedua-dua musuh ini menjadi
isu hangat di dalam hutan tersebut sampai ketahuan penduduk hutan jiran sebelah
(over la pulak jalan cerita aku ni..hehe). Sang Arnab dan Si Kura-kura bersedia
di garisan pemula. Setelah wisel ditiup, perlumbaan pun bermula. Tidak sampai
beberapa saat, Sang Arnab jauh meninggalkan Si Kura-kura jauuuuuhhhhhhh ke
belakang. Bayang-bayang Sang Arnab langsung hilang dari pandangan.
Namun, Si
Kura-kura yang berjiwa besar itu tidak berputus asa! Si Kura-kura terus
berusaha untuk menang walaupun dia tahu sudah jauh ketinggalan ke belakang.
Setelah beberarapa jam berlalu, baru Si Kura-kura sampai ke garisan penamat
tapi dia terkejut apabila melihat tiada seorang pun yang menunggunya di situ.
Dia balik dengan hampa. Semasa dalam perjalanan pulang, dia terserempak dengan
Sang Arnab.
“Hai, Kura-kura! Akhirnya gelaran Juara Rimba jatuh semula
ke tangan aku..” kata Arnab dengan bongkaknya.
“Jangan terlalu bangga, Arnab! Satu hari nanti aku pasti
akan merampas semula gelaran itu..” balas Si Kura-kura dengan semangat. Sang
Arnab mendengar ucapan Si Kura-kura sambil ketawa.
“Mustahil…” balas Sang Arnab.
“Tiada apa yang mustahil dalam dunia ni selagi kita berusaha.
You thought you are the best, but actually you are not..(tetiba pulak speaking)”
balas Si Kura-kura pula. Sang Arnab terpana mendengar kata-kata Si Kura-kura ‘Speaking pulak si kura kura kecik ni -.-‘
“Satu hari nanti aku pasti akan bangkit. Kau tunggu…”
sambung Si Kura-kura. Perbalahan mulut mereka berakhir di situ. Si Kura-kura
menyambung semula perjalanan pulangnya.
Sudah berbulan-bulan berlalu, namun Sang Arnab masih belum
menerima sebarang perkhabaran daripada Si Kura-kura. Sang Arnab semakin yakin
yang Si Kura-kura sebenarnya tidak berani untuk mencabarnya. Sang Arnab
tersenyum sendiri.
Pada suatu petang, Si Kura-kura berjalan menuju ke rumah
Sang Arnab. Berbulan-bulan lamanya dia menyusun strategi dan dia yakin akan
menang kali ni. Sesampainya di rumah Sang Arnab, dia memberi salam. Salamnya
berjawab. Sang Arnab membuka pintu dan terkejut apabila mendapati Si Kura-kura
di hadapannya.
“Aku datang untuk menebus kembali kekalahanku tempoh hari.”
Si Kura-kura menyatakan hasratnya.
“Oke, nampaknya kau jenis yang bukan mudah untuk berputus
asa, Kura-kura.” Sang Arnab mengagumi sikap kura-kura yang tidak mudah putus
asa itu.
“Aku harap kau sudi menerima cabaran aku kali ni.”
“Oke, aku terima.”Sang Arnab menerima cabaran itu tanpa
berfikir panjang.
Akhirnya, hari yang dijanjikan pun tiba. Masing-masing
bersemangat untuk memulakan perlumbaan. Sang Arnab dan Si Kura-kura bersedia di
garisan pemula. Setelah wisel ditiup, perlumbaan pun bermula. Seperti biasa,
kelibat Sang Arnab terus hilang hanya dalam beberapa saat. Namun Si Kura-kura
tidak mengalah malah dia semakin yakin yang dia akan memenangi perlumbaan kali
ini. Si Kura-kura terus merangkak selaju yang mungkin untuk sampai ke garisan
penamat.
Sementelahan, dalam waktu yang sama, Sang Arnab yang telah jauh
meninggalkan Si Kura-kura tiba-tiba
berhenti. Dia terkejut kerana di hadapannya
ada sebatang anak sungai. Bagaimana mungkin Sang Arnab dapat melepasi anak
sungai ini, sedangkan dia tidak pandai berenang. Sang Arnab memerah otak untuk
mencari jalan untuk melepasi anak sungai tersebut. Dari tebing anak sungai itu,
kelihatan bendera garisan penamat berkibar bersama penyokong yang hadir.
Waktu terus berjalan.
Kelibat Si Kura-kura sudah mulai kelihatan. Sang Arnab semakin bimbang! Si
Kura-kura semakin dekat….dekat….dekat……..Akhirnya Si Kura-kura tiba dan dapat
menyeberangi anak sungai itu dengan mudahnya. Kemenangan berpihak kepada Si
Kura-kura. Semua penyokong bersorak gembira akan kemenangan Si Kura-kura yang
tidak putus asa itu. Sang Arnab hanya mampu melihat dari jauh sahaja.
Kini dia
mengerti bahawa, untuk mencapai kemenangan bukan dengan hanya kekuatan, tetapi
juga dengan kebijaksanaan.Sejak daripada hari itu, Sang Arnab dan Si Kura-kura
menjadi sahabat baik….
Habis sudah……
Banyak tauladan yang boleh kita ambil daripada sambungan
kisah Sang Arnab dan Si Kura-kura ni…First sekali, pada awal cerita kita dapat
lihat Si Arnab and Kura-kura ni tak pernah putus asa atas kekalahan
masing-masing dan diaorang sentiasa cuba untuk memperbaiki diri kerana sedar
akan kekurangan diri. Yang keduanya, tak semestinya orang yang mempunyai
kelebihan akan sentiasa berada di atas. Kehidupan ni ibarat roda. Sekejap
berada di atas, sekejap berada di bawah. Memang itu reality kehidupan. Akhir
sekali, akal yang dikurniakan oleh Allah, kalau kita pandai manfaatkannya
dengan baik, inshaAllah daripada pengemis boleh jadi jutawan, daripada pekerja
bawahan boleh jadi bos, daripada E je boleh jadi A. Senang ceghita, semua boleh
jadilah! InsyaAllah.. (:
|
gambar kiut miut di atas adalah atas ihsan encik google.Terima kasih ^^ |