Assalamualaikum :D
Esok merupakan tarikh keramat bagi students batch 1995. Tepat jam 10 pagi, calon SPM 2012 boleh mendapatkan keputusan SPM mereka di sekolah masing-masing. Bagi yang bekerja dan tak boleh keluar, boleh saja check melalui talian SMS. Taip SPM [No KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888.
Fuh, bila imbas kembali saat-saat amek result dulu. Sebak! Sangat sebak..Agak-agak time malas nak study, keje nak tengok movie je kat sini, aku akan cuba mengingati momen-momen result spm keluar dulu. Lepas tu aku akan berkata, Ah..tak nak pisang berbuah dua kali..Hmm, but kesedaran tu tak kekal lama. Beberapa minit lepas tu, sambung tengok movie balik sampai cerita tu habis happy ending.Hehe..
Malam sebelum result SPM keluar, parents aku beritahu yang mereka akan ikut sekali aku pergi sekolah esok. Aku dengan gembiranya kata, "Oke oke..bestnya ibu ngan ayah ikut!"..Kenapa aku happy sangat diaorang ikut? Sebab sebelum ni result UPSR dan PMR aku agak memberangsangkan, so untuk SPM pun, aku terover confident lah yang result aku turut cemerlang seperti yang sebelum-sebelumnya. Malam tu, tak payah cakap la kan. Memang tak boleh tidur, tak boleh lelapkan mata membayangkan hari esok. Hari yang menjadi penentu masa depan aku!Uish..berdebarnya tak terkata!
Keeseokan harinya, dalam pukul sembilan lebih macam tu kot, kitaorang gerak pergi sekolah naik kereta. Jihah and Azlina pun ada sekali. And.... Dalam kereta tiba-tiba aku menangis. Habis basah baju waktu tue. Nervous yang teramat. Jihah and Azlina cuba menenangkan keadaan aku yang tak stabil tu. Ibu pun sama.. Tapi tak boleh tahanla air mata ni, nak keluar jugak. Makin dah nak sampai sekolah, makin 'kuat' pulak nangis aku tu.. Then, sampai sekolah mata berair,bengkak...Hmmm...
Lama jugak la kitaorang tunggu dan akhirnya dah nak dekat pukul dua belas baru la cikgu-cikgu berkumpul kat ruang legar untuk penyerahan result. Sebelum tu, nama-nama pelajar yang memperoleh result GEMPAK! diumumkan dulu. Masa ni lah aku nampak parents aku yang dikasihi. Diaorang macam tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya kenapalah nama anak diaorang ni tak dipanggil-panggil lagi. Aku dan sahabat yang lain pun tunggu jugak dengan penuh debaran nama masing-masing disebut. Dan apabila nama terakhir dipanggil.........akhir sekali. Dengan memperoleh keputusan 7A plus 3 A minus.. Tahniah diucapkan kepada pelajar Rinesh a/l ......" Tiba-tiba je seluruh ruang legar tu sangat gemuruh dengan tepukan tangan semua yang hadir. Aku pun tepuk la tangan untuk kawan aku tu dan dalam masa yang sama air mata aku tumpah lagi sekali...Kali ni lebih lebat daripada yang tadi. Sedih sangat bila tak dapat beri yang terbaik untuk parents aku... Aku cuma boleh bagi empat A je masa tu.. Lepas je dapat slip, aku terus ajak parents aku balik..Tapi ibu tak bagi, ibu suruh jumpa kawan-kawan and cikgu-cikgu dulu.. Sekurang-kurangnya bagitau diaorang. Oke, aku akur...
Terpancar muka kegembiraan kat muka kawan-kawan aku yang dapat result GEMPAK! tu..Diaorang menangis kegembiraan di samping mak ayah,cikgu-cikgu..Yang muka kecewa pun ada jugak.. Aku lah salah seorangnya.. Seminggu mogok makan...
Malam tu ibu masuk masuk bilik duduk sebelah aku and bagitau, "Tadi masa cikgu umumkan nama pelajar cemerlang ayah cakap kat ibu, 'Fatihah boleh..Kejap lagi nama dia keluar..Kejap lagi..' Dah tiba nama terakhir pun ayah cakap benda yang sama. Ibu pun iye kan je la. Mana tau keajaiban berlaku. Hehe.." Sempat lagi ibu buat lawak nak sedapkan hati aku. Sebak wei masa tu..SOb..soB...
But, lama-kelamaan aku sedar apa yang berlaku dalam kehidupan ada hikmahnya.. Air kopi yang pahit gila pun, kalau kita tambah lagi air dan gula secukupnya lama-lama pun akan sedap jugak rasanya kan.. Kegagalan tu sebenarnya ibu kepada kejayaan. Hal ini kerana, menerusi kegagalan tu aku belajar untuk jadi yang lebih baik.. Masa kat matrik dulu, Alhamdulillah..aku tak lagi menangis kesedihan, malah aku menangis kegembiraan... :)
Untuk adik-adik yang akan amek result esok, terutamanya sekali adik aku anum, hambik ni kata-kata daripada pengacara Wardina Safiyyah yang akak amek dari twitter tadi:
Ishhh A bukan segalanya lah adik2ku. Ramai orang berjaya tanpa A yg berderet. It is 'who' you are, its your willpower, your EQ, creativity. :)
Okey. Good luck ye kalian!
Terima kasih sudi baca sampai habis walaupun aku tahu korang baca langkah-langkah.Huhu..Bye!
No comments:
Post a Comment