Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Saturday, 16 March 2013

Kerana mulut badan binasa

Assalamualaikum :)

"Beb,kau tengok perempuan tu. Muka masam mencuka! Menyampah gila aku tengok.Macam bagus!"
Orait, cuba kira berapa banyak ayat mengutuk kat atas ni. 1. Muka masam mencuka! 2. Menyampah gila aku tengok  3. Macam bagus! Ditambah lagi dengan jelingan mata yang tajam menusuk. Kadang-kadang kita macam tu. Asal nampak orang tu macam sombong sikit je,mula mengata. Aku pun macam tu jugak. Tapi tak ade la ayat macam kat atas ni. Teruk tueh... Kadang-kadang. Then, lepas mengata tu,baru lah ada rasa bersalah. Nak mintak maaf pun orang tu dah pergi. Kalau orang tu ada lagi kat depan mata pun, belum confirm aku berani mintak maaf. Tapi sekarang aku sedang berjinak-jinak untuk jadi manusia yang lebih baik. Alhamdulillah, persekitaran aku baik,insha Allah aku cuba... :D Mohon doa kalian.

Berbalik pada topik asal. Di sini, aku nak share satu cerita. Beberapa minggu lepas, kunci rumah aku hilang. Oleh sebab zip beg aku dah rosak, kunci tu terjatuh dalam dewan kuliah tanpa aku sedari. Yelah, macamana nak sedar, khusyuk sangat dengar lecturer bercerita kat depan. Sampai kawan sebelah pun tak pandang.Erk.. Biasanya lepas habis kelas, aku terus sumbat buku dalam beg,then blah... Tapi masa tu, Allah nak tolong, aku tergerak hati untuk check beg mana tau ada barang hilang.Hmm...memang betul pun.. Satu beg aku selongkar, dalam pencil box, celah-celah buku, dalam poket yang kecik-kecik..TAK ADA! Sah hilang..So, terpaksa la pergi office pinjam kunci pendua, tak pasal-pasal kene demerit.. Petang tu, aku dah berkira-kira untuk peri kedai, nak duplicate kunci. Tapi memandangkan badan sangat penat dan mata pulak sangat berat, aku tertidur.. Petangnya, bangun je dari tidur, roomate aku suruh tengok atas meja. Ada note :



Wah happy tak terkira aku..selesai masalah.. Mujur kat belakang kunci tu ada alamat rumah.
Baguskan orang Malaysia. Walaupun tak pernah bersua dan tak pernah kenal, pertolongan tetap dihulurkan tanpa meminta sebarang balasan. Untuk pengetahuan korang, sampai sekarang aku tak tahu siapa gerangan yang sudi memulangkan kunci aku ni. Cuba korang bayangkan kalau orang yang jumpa kunci aku ni merupakan orang yang pernah menjadi 'mangsa kutukan' aku. Mesti kecik kan hati orang tu..

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat hendaknya dia berkata perkataan yang baik ataupun diam” (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Telajak perahu boleh diundur tapi  telajak kata???
Masa kat matrikulasi dulu, aku da sorang kawan yang pendiam..Bercakap apabila perlu je..Aku pulak,kalau orang dah diam memanjang, aku suka bercerita..bercerita tanpa henti..Mulut ni dua puluh empat jam bercakap..dia pun dengar je la..kadang-kadang senyum,ketawa..Tapi, pernah satu hari tu,masa abis meeting program anak angkat,dia jalan balik bilik tinggalkan aku sorang2 kat belakang..Aku pun pelik la kenapa tiba-tiba dia macam tu. Esoknya, dia macam jauhkan diri dari aku dan berterusan sehingga hari-hari seterusnya..Penolong praktikum kitaorang cuba untuk memulihkan keadaaan kami,tapi tak berjaya..Sampai satu hari, aku sendiri jumpa dia tanya kenapa dia buat aku macam tu?Buat aku rasa bersalah..Rupa-rupanya,masa malam meeting tu, ada kata-kata aku yang mengguriskan hati dia.Dia terasa..tu la dia akibat kelancangan mulut aku,tak pasal-pasal mengguriskan hati orang.kawan baik sendiri pulak tu..
Aku harap korang faham la apa yang aku cuba nak sampaikan melalui dua cerita aku kat atas ni..Berfikir sebelum bercakap bukan bercakap sebelum berfikir..Mulut akan bijak berkata-kata kalau penuturnya bijak memikirkan apa yang akan berlaku di sebalik kata-katanya itu..Apa yang aku merepek ni..Ahhh,belasah je la..HAHA..kbai! :)

No comments:

Post a Comment