Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Wednesday 14 November 2012

I am chosen

Assalamualaikum wbt.

Semalam sedang aku leka berfacebook, aku terdengar alunan Qasidah berserta ketukan gendang dari surau berdekatan. Mendengar bunyi yang sayup-sayup itu, jari yang sejak mula menekan-nekan punat keyboard tiba-tiba terhenti. Aku seperti tenggelam dengan alunan Qasidah tersebut. Mata terpejam. Subhanallah... Air mata aku mula bertakung di dan akhirnya jatuh jua. Aku imbas kembali bila kali terahir aku menghadirkan diri ke majlis-majlis kuliah, ceramah agama. Bila kali terakhir aku berjemaah di surau ataupun masjid. Lama.. sangat lama aku tak merasai nikmat berada di dalam kuliah ilmu-ilmu bersama sahabat-sahabat.. Kalau dulu, semasa di matrikulasi aku sentiasa berpeluang hadir ke majlis-majlis sebegini. Tapi, sekarang aku semakin leka dengan keseronokan dunia yang sementara ni. Astaghfirullah hal a'zim ... Ya Allah, aku rindu saat-saat aku dekat kepadaMu.. Aku rindu untuk hadir majlis-majlis ilmu seperti dulu.. 
Sungguh,aku rindu..

Petang tadi, aku terima satu mesej dari seorang sahabat..

Teha, malam ni pergi ctf 1 tak. Saing ea??

Erm, ada apa kat sana. Tak tahu-manahu pun..

Ada persembahan Qasidah dan nasyid lah..Sempena Maal Hijrah..

MashaAllah..Tuhan dengar rintihan aku semalam. Allah Maha Mendengar. Dia beri aku peluang sekali lagi untuk menghadiri majlis sebegini. Tadi,masa kat dalam dewan majlis, masa emcee cakap...

Alhamdulillah.. tahniah sahabat-sahabat sekalian telah dipilih oleh Allah untuk menghadiri program kita malam ini, 'Change Your Soul. Ya Allah terimalah Hijrahku' .. Bayangkan daripada berpuluh ribu pelajar di dalam kampus ni, kalian terpilih. Moga, diakhir majlis ini nanti, kita sama-sama mendapat sedikit sebanyak input dan syafaat..InsyaAllah..

aku terharu. Hati aku tersentuh. Air mata mula merembes lagi. Aku terpilih.. 
Kalau semalam, aku menangis kesedihan tapi tadi aku menangis kegembiraan serta kesyukuran..Alhamdulillah...


Salam Maal Hijrah 1434
Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah :) 
 
  

Friday 2 November 2012

Ceramah pakcik teksi

~Mulakan dengan bismillah~

Assalamualaikum wbt.
Jadual semakin padat. Exam semakin dekat.Kalau kat matrik dulu, apabila tiba situasi begini confirm kat padang, volley court, gelanggang badminton skuash kosong, tak de orang. Tapi kat sini lain. Waktu petang, tempat-tempat ni tetap penuh dengan student. Aku suka suasana macam ni. Semangat sukan ada tak kira time exam ataupun tak. Diaorang tak duduk terperap dalam bilik sampai tension pecah kepala.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semalam Alhamdulillah,selamat sampai Sarawak dengan selamat. Perjalanan tak kelam-kabut sepertimana perjalanan masa balik Johor. Memang gila time tu. Sampai pening kepala berkeliaran kat airport.Huh.. Perjalanan kami semalam, dari airport JHB-SZB KLIA-KCH. So,dari SZB kat Subang tu terpaksa la naik teksi 70 hinggit ke KLIA.

dari atas, macam berangan berada kat istana awan..hehe


Dalam teksi tu, dapat la rehat sekejap. Sedang melayan perasaan masing-masing, tiba-tiba pakcik teksi ramah pula ajak berbual. Dari bertanya nama, asal dari mana, belajar kat mana..macam-macam la dan akhirnya sampai ke satu soalan ni..

"Jauh dari Johor..Best ke duduk kat Sarawak?"jawapan pakcik tersebut dijawab oleh aku sendiri. Jawapan yang sangat simple tapi menimbulkan ketidakpuasan hati dalam hati pakcik tersebut, 'boleh la...'

"Boleh la? Macam tak ikhlas je jawapan tu, dik..Biasanya, kalau dah ada perkataan 'lah' tu tandanya mengeluh.."

"Eh, takde la pakcik. Mana ada mengeluh, pakcik. Best duduk Sarawak ni, pakcik." aku memperbetulkan balik jawapan aku dengan ayat yang lebih meyakinkan.

"Ok, cuba adik tengok dua situasi ni. Yang pertama situasi keluarga miskin. Diaorang ni ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Setiap hari, waktu malam je, keluarga ni pening, 'nak makan apa lah malam ni?hmm..' Situasi kedua pulak. Family ni kaya. Tapi tetap jugak pening bila tiba waktu makan malam. 'Apa..lah, makan ni je setiap hari. Boring lah.. Jom try makanan lain.' Nampak tak kedua-dua situasi ni. Masing-masing guna perkataan lah..Nampak sangat perkataan ni sebenarnya untuk orang-orang yang kuat mengeluh. Tak baik mengeluh ni, dik. Tuhan dah bagi kita rezeki, bersyukur je la. Tak payah nak mengeluh. Ya? Sepatutnya, jawapan yang patut adik bagi untuk soalan pakcik tadi macam ni, 'Seronok!' Kalau adik jawab macam tu, baru la pakcik yakin yang adik betul-betul seronok duduk kat sana, walaupun dengan satu perkataan je jawapan adik tu." pakcik tu diam. Otak aku proses semua yang pakcik tu cakap sebentar tadi. Sahabat aku Najihah, senyum je kat sebelah. Dah terkena.

Masih belum sampai KLIA lagi nih. Aku memandang ke luar tingkap. Banyak betul banner-banner iklan kat sepanjang perjalanan. Haa! Satu iklan ni menarik perhatian aku. Memang trend budak-budak sekarang especially student guna benda alah ni...

Kegilaan budak-budak sekarang.Samsung Galaxy Tab 2.
Tak tipu. Dalam kuliah aku tu,berderet student beli gadjet ni. Aku pun minat la jugak nak beli gadjet ni. Tapi bila fikir balik kemampuan diri, lupakan je la. Sambung cerita tadi, lepas je nampak iklan Samsung Tab kat atas ni, aku terus cuit tangan Jihah, 'tu ha..tak kesampaian nak beli. hehe'. Kitaorang gelak je la dalam teksi tu. Kitaorang tak gelak gedik-gedik ea. Menyampah! Pakcik teksi tu pulak macam faham-faham je jiwa budak remaja sekarang ni.

"Dalam hidup ni dik, kita kene ikut kemampuan. Kene pandai membezakan mana satu kemampuan dan kehendak. Jangan kerja nak ikut kawan je. Kawan guna handphone mahal, kita sibuk-sibuk nak ikut guna jugak. Sekarang handphone memang satu keperluan. Tak dinafikan lagi. So, boleh je beli handphone yang biasa-biasa. Setakat boleh call,mesej pun dah cukup. Ni, handphone berkamera la, mp3 la, wifi la. Tu semua kehendak je. Mak bapak kita bukannya kaya sangat nak beli handphone canggih-manggih tu semua. Cukup la sekadar termampu. Belajar dulu. Ibu bapa hantar anak jauh-jauh, macam adik sampai ke Sarawak untuk belajar. So,belajar betul-betul. Inilah masanya untuk adik belajar sementara tengah muda-muda otak tengah cerdas. Macam pakcik dulu, tak mampu. Nak belajar tinggi,duit tak cukup. Adik yang diberi peluaang belajar ni, pakcik nasihatkan gunakan peluang ni sebaik mungkin. Boleh je kalau nak enjoy, tapi jangan sampai melampaui batas. Pakcik pernah bawak seorang budak perempuan ni. Dia student. Keluar dari pintu gate asrama baik je. Bertutup litup. Cantik pakai tudung. Tapi, masuk je teksi, tanggal tudung. Bila tanya nak ke mana, nak ke kelab. Banyak dah pakcik jumpa budak-budak muda macam ni. Macam-macam perangai. Risau pulak pakcik tengok budak-budak sekarang."

Najihah tiba-tiba menyampuk, "Salah pilih kawan tu.."

"Haa! Tu yang salah. Masing-masing da besar. Ada akal boleh fikir sendiri mana betul mana salah. Kita tak boleh menuding jari menyalahkan kawan semata-mata. Kalau da tau kawan tu salah, kenapa ikut dia? Kenapa tak tegur? Ni la masalah remaja sekarang. Senang sangat terpengaruh dengan sekeliling. Tak pandai nak bawak diri. Orang ajak pergi kelab nak ikut. Kata nak try. Yang dah ada boyfriend pula, ikut je apa boyfriend cakap. Lepas tu, lari rumah. Mak bapak risau masuk tv. Tak kesian ke. Adik kat luar kene pandai bawak diri. Jangan mudah sangat percaya cakap orang. Sebelum buat sesuatu,fikir dulu. 'Betul ke apa yang aku buat ni? Salah ke?' Fikir kesan akan datang. Jangan dah terhantuk baru tergadah. Tak guna, dik. Masa tu, tak sempat nak patah balik.."

Kami senyap je kat belakang dengar pakcik teksi ni beri nasihat. Kadang-kadang mengangguk la jugak, ada la respons. Takkan nak membatu je. Dah nampak singboard PERLEPASAN 750 m. Tak silap la macam tu dia tulis. Hee.. Dah nak sampai KLIA pun... "Ok la dik. Sampai sini je la ceramah pakcik pagi ni. Kalau orang lain dah kene bayar. Pakcik free je." kami ketawa je. 

"Haha..ok la pakcik. Terima kasih"

Kelakar la pakcik ni. :)







Masuk KLIA ---> Check in ---> Duduk. Tunggu flight KCH pukul dua. Masa tu jam menunjukkan pukul sepuluh pagi. Sekian.