Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Wednesday 30 January 2013

Gone! Gone!

Assalamualaikum :(

Boleh tak korang bayangkan perasaan aku yang kehilangan semua gambar,video kenangan masa kat sekolah,matrik dulu???
Hilang weyh!!
Terkejut aku bila dengar berita tergempar ni lepas maghrib tadi.Menangis mendayu-dayu aku mengenangkan apa yang terjadi tadi.Sedih yang teramat sangat.Dah la tu dengan semua movie dalam tu pun hilang jugak.Yang paling tragis sekali,movie-movie KOREA!! aku pun pergi begitu saje..Whuahaha!!
Menangis sampai keluar air mata darah pun yang pergi tak kembali..
Sedih.

Tuesday 22 January 2013

Semester break part 2




Assalamualaikum :)

Final exam result dah keluar.Macam biasa ibu suruh check depan dia and ayah. Oh tidak!Awal-awal aku dah cakap.Along nak check sendiri.Takut hari ni sama dengan kes masa matrik dulu.Ok.Ibu faham.Pukul sebelas lebih tadi,aku bukak laptop nak check result.Dup dap dup dap....Alhamdulillah.Syukur Ya Allah kau kabulkan doaku :D

Ok,sambungan cerita cuti cinta aku.Ahad lepas kitaorang melawat Anum di Kem PLKN Sri Ledang Tangkak.On the way ke sana,lalu pekan dia.Pergh!Beg.Baju.Kain.Langsir.Banyak kot...Macam-macam ada kat sana.Kalau shopping pun best jugak.Namun,kami kesuntukan masa,so tak dapek la nak jalan sakan kat sana.Kitaorang pergi store Tangkak je.Tu pun sebab nak beli barang-barang keperluan minah sorang tu.Huhu..
 


Sampai je sana.Penuh kereta!Masing-masing datang melawat anak akak abang adik.Seperti yang korang tahu,famili hanya boleh melawat pada hari minggu sahaja.Sebab tu lah ramai.Tapak kem Sri Ledang ni aku rasa terletak di kaki bukit Gunung Ledang sebab beberapa kilometer sebelum sampai kem,ada signboard masuk Ledang Resort.Aku rasalah....
Macam biasa la,pas pelawat kene la pakai kalau kita melawat ahli keluarga kat asrama ke,hospital ke,matrik ke..Then,kitaorang pergi ke khemah di mana annoucement akan dibuat untuk makluman kepada pelatih yang famili diaorang da sampai!Satu jam kitaorang tunggu kemunculan si Anum nih.Siap dah kenyang lagi makan bekalan yang ibu masak dari rumah.



Hmm..patutlah lambat.Ada pangkat rupanya.Sarjan Anum.Dia kene jaga kawasan kem tu.Lagi satu,sound troble.Sarjan Anum tak dengar nama dia dipanggil.Hampeh..haha..Erm,jeles bole tengok Adib peluk Anum.Manja dia terlebih pulak bila dia dengan kakak nombor dua ni.Adik aku yang nombor dua ni memang lemah lembut gemalai,penyayang.Terserlah sikap keibuan dia bila layan budak-budak.Tu la Adib sayang dia lebih.Tapi Adib sayang aku jugak!ehehe..

Hampir dua jam kat sana.Macam-macam cerita Anum habak kat kitaorang.Alhamdulillah.Dia happy je kat sana.Mana tak nya.Makan SATU HARI ENAM KALI! No worries.Sihat walafiat dia kat sana.Haha..

Sebelum balik,sempat la bergambar sekejap kat sana.Anum pun mesti la taknak lepaskan peluang bergambar dengan family dengan berpakaian sergam tu kan!Haa...Mula-mula amek gambar


Mula-mula dengan ayah.Lepas tu dengan ibu pulak! :))

Gambar atas:girls yang comel dalam keluarga ini.Harap maklum XD Gambar bawah :Family.                                   




Comel tak keluarga aku?Ahaha..

Sayang family aku lillahi ta'alaa <3

Thursday 17 January 2013

Semester break part I

Assalamualaikum wbt :)

Menyesal tak plan aktiviti apa nak buat time cuti sebelum ni.Tak de la saya nak cakap boring bila dah ada kat rumah.Jauh sama sekali.Duduk rumah la yang paling saya suka sekali.Tapi,tu la..cuti kali ni tak ada assignment untuk dibawa balik.So,waktu-waktu senggang byk diisi dengan perkara-perkara yang tak berfaedah macam tidur,berangan dsb..haha..Ingatkan nak study dulu subjek-subjek yang bakal diambil sem depan..er..nanti la dulu kot.Baru je start cuti kann..hehe..
So,petang semalam saya rasa seroooooooooonok sangat.Sebab apa tau.Semalam saya bawak basikal kayuh satu taman.Pergh,best gila.Dah lama tak buat kerja cenggini.Lagi-lagi time tengah syok kayuh-kayuh tu,angin datang..sepoi-sepoi...rasa macam taknak berhenti kayuh bila dah sampai depan rumah.Bila kayuh basikal lama-lama ni,series kepala ni rasa lapang sangat..
Kalau la jalan nenas ni ada taman yang landscap dia awesome-awesome gitu,confirm setiap hari muka aku je terpacak kat taman tu dengan basikal..huhu..ops,ter'aku' pulak..
Then,malam semalam jugak,saje je parents aku bawak jalan-jalan pergi bandar.tengok view malam-malam.Kitaorang singgah danga bay jap.Kebetulan masa tu pulak ,pakcik dan makcik datang dari Melaka.Apa lagi..jalan la..dengan kereta baru..muehehe...Nama je orang Johor.tapi boleh kira dengan jari berapa kali je baru jejakkan kaki kat sana.Kat sana,takde ape sangat pun.tapi kalau nak ambik gambar banyak-banyak kat situ best la.Tempat dia lawa.Ye la tepi laut kan..dengan lampu kaler-kaler segala..lawa la kan..
Ramai la yang bawak famili jalan-jalan kat sana.Snap gambar sana-sini..Saya??sejak beli kamera hari tu,memang la tak sah kalau tak bawak kamera tersebut..heheh.. :))


adib dan ain .geram la dengan diaorang ni.Nak amek gambar pun susah.Huhh..


Kiteorang tengah jalan-jalan.Lepas tu nampak sederet pokok dihiasi dengan lampu kelip-kelip.Cantik!
 
Ibu : Abang,raya nanti beli lampu macam tu..Lawa la..

Saya : A'ah la yah..Lain daripada yang lain.Lawa..lawa..Beli..beli..




Ayah : .... berapa banyak lampu daa..

Suka sangat tengok gambar ni :)) Nampak keakraban famili kami di situ.hehe..
Lepas,diajak dipujuk merayu.Baru la budak kecik ni and minah ni SUDI nak bergambar..


Saya sayang family saya sangat sangat lillahi ta'ala.. :)
Ok.Bye! :D


Saturday 5 January 2013

Speechless



Pemandangan dari tingkap bilik saya.Actually,depan nun tasik,tasik malam kan.tak nampak la.

Assalamualaikum.
Saya tak tahu la kenapa sejak dua menjak ni susah sangat nak tidur.Kadang-kadang dah landing pukul dua belas tuh,sampai pukul dua pun mata tak lelap-lelap lagi.Nak study time tu,memang tak la.sebab keinginan untuk membelek,membuka,membaba buku time tu exactly ZERO!Pusing sana pusing sini,sampai sakit badan,last-last bangun bukak tingkap tengok langit.
Sunyi.
Gelap.
Nyaman.
Sejuk.

Masa tu . . .