Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Thursday 26 December 2013

Anak lelaki Makcik Sena


Kat depan rumah aku ada sorang makcik yang jual nasi lemak
Nasi lemak dia sedap sangat sampai aku dah teraddicted dengan nasi lemak dia..
Oleh sebab aku hampir setiap hari aku akan singgah di gerai dia sebelum ke kelas, makcik tu pun dah cam muka aku, dah siap tahu nama lagi youuu.. Lupa pulak nak bagi tahu yang  nama makcik tu Makcik Sena..

Tersebut lah kisah, pada suatu hari Sabtu, aku takde kelas..
Bangun pagi bukak peti sejuk.Kosong.
Tak tahu nak masak apa, last2 aku capai beg duit kat atas meja, beli nasi lemak mekcik sena..
Tak tahu lah kenapa hari tu angin ribut takde, aku teringan tulang pulak nak tolong makcik ti meniaga..
Tapi sebelum tu aku pie la naik atas dulu bersihkan diri..Nanti tak pasal-pasal pulak jatuh merudum keuntungan makcik tu hari tu...
Dalam masa meniaga tu, kami berbual-bual lah..Seronok la berbual dengan makcik Sena ni, macam-macam topik keluar..
Aku jadi enjoy pulak dengar cerita dia..Sampai la satu topik ni..
Dia ada anak lelaki rupanya...

" Mak cik sebenarnya ada anak lelaki tiga orang. Dah besar semuanya..." aku jadi tersemangat pula tetiba

"Ooo..yeke makcik.." tapi takkan nak tunjuk pulak. Cover la sikit..

"Yang sulong sekarang kat UiTM, adik dia kat UTM..Yang bongsu pulak kat UKM...yang sulung tu umur 25 tahun.." aku angguk-anggukkan je la kepala mendengar cerita makcik tersebut..

"Alhamdulillah, masing-masing berjaya. Sampai jugak diaorang kat U sana..." ye lah, mak mana tak gembira anak masuk U kan...

"Anak-anak makcik amek course apa kat sana?" terpacul jugak satu soalan dari milut aku akhirnya.

"Eh,nak..anak-anak makcik bukannya belajar kat sana. Diaorang kat sana  bukak gerai nasi lemak jugak macam makcik ni haa..Yang sulong ada gerai sendiri kat UiTM, adiknya ada gerai sendiri kat UTM, yang bongsu pulak ada gerai sendiri kat UKM.." makcik tu senyum.

Ops..alamak, salah tanya soalan ke tadi...

Hahaha..kejayaan tak semestinya dimiliki oleh orang-orang yang masuk, belajar kat universiti je yer..Kejayaan tu luas..Orang yang tak masuk universiti pun bleh berjaya jugak asalkan hidup dia tu ada wawasan. Menurut payung di bawah (eheh),  selagi mana adanya keinginan, disertai dengan sikap dan disiplin yang baik, dan yang paling penting determination yang tinggi, dengan izin Allah, kejayaan boleh dicapai..

Ibu aku pernah bercerita, ada seorang kawan dia masa SRP dulu fail! Tapi hari tu jumpa waktu reunion, budak yang fail tu lah dah ada kilang kapal sendiri. Hah!Kaya tak kaya...

Menurut ahli falsafah, kejayaan ialah cara meningkatkan kuasa untuk mendapatkan sesuatu dalam hidup tanpa menganggu kehidupan orang lain.

Dalam surah al-Mukminun pulak, antara ciri-ciri orang yang berjaya ialah :

~ Beriman kepada Allah
~ Menunaikan solat dengan khusyuk
~ Menjauhkan diri daripada perkara yang keji dan sia-sia
~ Mengeluarkan zakat
~ Menjaga kehormatan diri
~ Menunaikan amanah dan janji
dan..dan yang paling penting sekali.....
~ Menjaga waktu solat..

So, wanita-wanita di luar sana sekalian, jangan pandang sebelah mata je akan lelaki2 dia luar sana yang jual nasi lemak, as long as hubungan dia dengan Allah baik, solat jaga, hubungan dengan manusia pun baik pun dah oke..InsyaAllah.. -_-

*cerita makcik Sena di atas hanyalah rekaan semata-mata takde kene-mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Aku dapat cerita tu daripada ustaz sekolah agama masa darjah satu dulu dan telah ditokok tambah banyak bukan sedikit..hehe..
Peace!
Assalamualaikum...

Wednesday 25 December 2013

Bila kita diuji



Ya Allah, mana purse aku ni..Tak kan ada orang curi pulak..”

hatiku berdebar-debar menyelongkar beg kelas mencari beg duit berwarna pink. Sebelum ni, selalu je aku tinggalkan beg duit tu kat sini, tak pernah pulak hilang! Tapi, hari ni..aduhai…nak dekat exam ni, kad matrik, kad bank semua ada dalam tu. Yang paling penting IC!! Ya Allah, ada yang tak lepas aku nak balik ni nanti. Tersangkut kat imegresen airport tu kangggg……

Ada tak purse nya teha??”

 Sahabatku Fatin yang tunggu sejak tadi turut prihatin. Aku menggeleng. Kami memandang sesama sendiri.

Buntu.

Tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba Fatin mengeluarkan telefon bimbit Nokia nya dari dalam kocek.

“Aku try call Farah jap. Mana tau tertinggal kat atas meja ke tadi..”

Aku mengangguk saja sambil terus mencari purse di dalam beg dengan harapan akan jumpa. Tapi hampa.

“Teha, tak de la.. Diaorang dah tengok sampai bawah meja dah semua. Tak de jugak..”

Allah…memang sah lah hilang ni. Siapa pulak lah yang berani selongkar beg aku nih?! Tak de perasaan betul lah..

Eh.

Astaghfirullah hal a’zim..tak baik buruk sangka..Astaghfirullah……

“Huhh..takpe la kalau macam tu..tak de rezeki kot..Lagipun berpunca dari diri aku jugak. Cuai.. Dah tahu ni tempat awam, tinggal merata-rata je beg tu..Ujian…”

Hatiku mula pasrah dengan musibah yang melanda malam itu..

Hasbunallahu wani’k mal wakil..Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung [3: 173]

Kita memang insan pelupa. Walaupun diberi nikmat yang berbagai-bagai, kita tetap kufur pada nikmat tersebut. Kita lupa mengucapkan syukur. Namun, Allah Maha Penyayang, Maha Pemurah. Walaupun kita selalu melupakan Dia, tapi rezeki tetap tak putus-putus masuk. Setiap hari kita diberikan peluang untuk hidup semula setelah mati sekejap. Setiap hari kita diberi peluang untuk menikmati keindahan alam, menghirup udara free, mempunyai keluarga dan sahabat yang memahami, diberi kemudahan untuk senang tangkap masa belajar, keputusan baik dan banyak lagi sampai tak terhitung dengan jari..

Masa kita sedang bersuka-ria, waktu tu lah Allah turunkan ujian pada kita . Kita mengeluh. Padahal waktu tu, Allah sedang rindu untuk mendengar rintihan hamba-Nya. Siapa lagi kalau bukan kita.
Dalam masa yang sama, sebenarnya Allah nak test iman kita jugak dan kalau kita berjaya menghadapi ujian tersebut, maka terupgrade lah iman! :)

Lepas solat, kita selalu berdoa, “ Ya Allah, Kau tingkatkan dan teguhkan lah iman ku terhadapMu. Tabahkan lah hati ini agar sentiasa bersabar menghadapi ujian daripada Mu…”
Tu dalam doa, tapi hakikatnya apabila ditimpa ujian kenapa kita masih mengeluh. Manusia…

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan dengan mengatakan, Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?” [29: 2]

Manusia pasti diuji. Kita tak boleh cakap Aku tak mampu untuk menghadapi ujian ni sebab Allah tahu kelebihan dan kekurangan hambaNya, jadi pastilah ujian tu sesuai dengan kemampuan hambaNya. Salah kita kalau kita kalah dengan ujian tersebut sebab dah terlalu selesa berada dalam comfort zone. Nak tak nak kita tetap kene sabar dengan apa sahaja dugaan yang diturunkan. Bukankah orang yang bersabar itu beruntung? :’)




#peringatan untuk diri sendiri dan semua. :-D