Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Friday 29 March 2013

Live bersama Fitri Haris dan Mu'adz Dzulkefly

Assalamualaikum :)


Taraa!!!tetiba.. Ok.aku baru je balik dari Konsert Amal Dynamite Islam of Art Night or the short is D.I.N.. Alhamdulillah..tak rugi 5 hengget aku malam ni.Haha..Konsert start 7.30 after maghrib,tapi aku dengan roommate gerak lambat sikit around 8 macam tu baru sampai Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTar)..And guess what,walaupun kitaorang sampai lambat,kami still dapat duduk depan-depan sekali yang depan taraf  VVVVVVVIP...Yang jarak kerusi kitaorang dengan pentas lepas tambah tolak darab bahagi kuasa dua, sepuluh depa je kot!teruja.....

Bila tengok pada nama konsert ni,mesti korang ingat targetnya hanya untuk pelajar muslim je kan?Hmm..korang salah sama sekali.Target konsert ni sebenarnya untuk both muslim and BELUM MUSLIM..Ya,belum muslim.Pengacara menggunakan term BELUM sebagai doa untuk mereka agar kembali ke fitrah iaitu Islam..Aku rasalah.Seperti yang dikatakan oleh pengacara Mus'ab dan Safuan (tak tahu ejaan nama betul ke tak) tadi,di samping beramal,tujuan konsert ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada kepada Muslim dan belum muslim mengenai hiburan tanpa melanggar syariat Islam..Islam tidak menghalang untuk kita berhibur asalkan tidak melanggar syariat yang telah digariskan..Walaupun konsert ni tak ada menjemput artis popular,tapi sambutannya tetap ohhhhhhsemmm..Konsert ni more kepada hiburan yang mendidik jiwa seperti persembahan Qasidah,nasyeed..Selain tu,ada jugak persembahan percussion dan sketsa.. ^-^
Aku pun tak nak membebel panjang lebar sebab aku tau korang pun tak suka tengok tulisan yang berjelar,so  sila scroll ke bawah :


Pengacara yang cool..Tak kering gusi kami dibuatnya :)
Diaorang jugak yang mengacarakan event Hijrah, Change your Soul sem lepas..Best (y)

 Persembahan pembukaan..Percussion Gatra

Kumpulan Qasidah Al-Khairat. UNIMAS selalu jugak jemput kumpulan Qasidah ni untuk majlis-majlis tertentu.Telinga aku pun dah seronok mendengar alunan Qasidah dari kumpulan ni.Masa diaorang mengalunkan Ya Hanana,budak kecik kat dapan aku pun 'nyanyi' jugak.Pelat-pelat ,tapi comel je aku dengar.Hebat kan..Dari kecik lagi parents dia dah biasa dengarkan alunan memuji Nabi Muhammad SAW..
Aku ade je rakan video kumpulan ni,tapi malas nak upload dalam ni..lambat..

 Mu'adz Dzulkefly..Bila pengacara brief latar belakang artis ni,Subhanallah..aku kagum. Masa kat universiti dulu, artis ni merangkul banyak anugerah malah best student award pun pernah dirangkul jugak. Artis Mu'adz Dzulkefly aktif dalam memperjuangkan nasib masyarakan Palestin dan Syria yang tengah teruk sekarang. Boleh bertutur bermacam-macam bahasa. Kebanyakan lagu beliau dalam bahasa Inggeris.Masa persembahan tadi pun lagu Inggeris jugak.Bagus la..sebab yang datang konsert ni bukan muslim saje.So,yang belum muslim pun inshaAllah boleh terima jugak lagu beliau..

 Acoustic Band ni dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS..Tapi bila buat persembahan,tak nampak macam student pun sebab diaorang sama hebat dengan artis-artis jemputan yang lain. Diaorang persembahkan tiga lagu.Oke fine aku lupa tajuk lagu-lagu tersebut.Well,dalam band ni,aku suka tengok orang yang main gitar.Chop!!Bukan sebab dia hensem ke apa,oke.Aku memang suka tengok orang main gitar sebab em..macam mana nak cakap ek..macho la kot..Bukanmacho..ada term lain tapi aku lupa..Lagi-lagi,bila tengok Yong Hwa main dalam cerita Heartstring tuh..^^

Oke,sketsa ni jemputan khas dari kolej Sakura Kawai!!!Bukan kolej aku.Sketsa ni bertajuk... *er..tak ingat jugak. mengenai kehidupan remaja yang bercinta. Al-kisah,ada sepasang couple yang akan mendirikan rumah tangga dalam masa 5 bulan lagi.Dalam tempoh tu,mereka kerap berjumpa,saje untuk berseronok..Hmm,mula-mula pegang tangan,peluk-peluk.Lepas tu tertidur pulak satu bilik and lepas tu si perempuan mengandung.Dan nak dipendekkan cerita, last-last perempuan ni dan kandungan dia mati sebab kehilangan banyak darah akibat tendangan yang dilakukan oleh suami sendiri.Macam tu la cerita dia.....

 Ni pun artis unimas jugak.Kumpulan nasyeed Da'my..Ahli kumpulan dia aku rasa bertukar-tukar,hari orang lain,hari ni orang lain.Tapi persembahan mereka tetap sama hebat setanding dengan kumpulan nasyeed popular tanah air.Awesome awesome..

Haa...ni la part yang tak sabar-sabar ceq nak habak.Hampo semua kenai dak Fitri Haris bekas kumpulan UNIC tu??Tadi pun beliau ada you all..Memang semua yang hadir tak sabar menunggu saat Fitri untuk buat persembahan. Dalam kamera aku,gambar beliau la paling banyak sekali.Aku nak record persembahan Fitri, tapi battery exhausted. Tapi,its okay la,sebab dapat dengar live suara dia pun sudah rasa bertuah! :)

Ni gambar masa bual mesra Fitri dan Mua'dz dengan pengacara.Fitri ni serius sporting sangat. Dia Kelakar! Fitri ada promote album zikir beliau.Beliau kasi harga istimewa, RM 18 ringgit je untuk insan-insan istimewa macam kami..heee..Aku nak beli album tu, tapi tak sempat.Keluar keluar je dah habis.Album tu terhad 40 keping je.So,aku orang yang ketiga ratus lapan puluh empat yang beratur kat booth Fitri.Memang tak dapat la kan..

So,sampai sini saje la yang dapat aku share.Terima kasih kerana sudi baca.Tapi sebelum tu,terima la satu ungkapan daripada Fitri Haris sebelum beliau mengundurkan diri

Gagal itu perkara biasa.Tetapi bangkit dari kegagalan itu perkara luar biasa :)

Wednesday 20 March 2013

Debaran tarikh keramat

Assalamualaikum :D
Esok merupakan tarikh keramat bagi students batch 1995. Tepat jam 10 pagi, calon SPM 2012 boleh mendapatkan keputusan SPM mereka di sekolah masing-masing. Bagi yang bekerja dan tak boleh keluar, boleh saja check melalui talian SMS. Taip SPM [No KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888. 

Fuh, bila imbas kembali saat-saat amek result dulu. Sebak! Sangat sebak..Agak-agak time malas nak study, keje nak tengok movie je kat sini, aku akan cuba mengingati momen-momen result spm keluar dulu. Lepas tu aku akan berkata, Ah..tak nak pisang berbuah dua kali..Hmm, but kesedaran tu tak kekal lama. Beberapa minit lepas tu, sambung tengok movie balik sampai cerita tu habis happy ending.Hehe..

Malam sebelum result SPM keluar, parents aku beritahu yang mereka akan ikut sekali aku pergi sekolah esok. Aku dengan gembiranya kata, "Oke oke..bestnya ibu ngan ayah ikut!"..Kenapa aku happy sangat diaorang ikut? Sebab sebelum ni result UPSR dan PMR aku agak memberangsangkan, so untuk SPM pun, aku terover confident  lah yang result aku turut cemerlang seperti yang sebelum-sebelumnya. Malam tu, tak payah cakap la kan. Memang tak boleh tidur, tak boleh lelapkan mata membayangkan hari esok. Hari yang menjadi penentu masa depan aku!Uish..berdebarnya tak terkata!

Keeseokan harinya, dalam pukul sembilan lebih macam tu kot, kitaorang gerak pergi sekolah naik kereta. Jihah and Azlina pun ada sekali. And.... Dalam kereta tiba-tiba aku menangis. Habis basah baju waktu tue. Nervous yang teramat. Jihah and Azlina cuba menenangkan keadaan aku yang tak stabil tu. Ibu pun sama.. Tapi tak boleh tahanla air mata ni, nak keluar jugak. Makin dah nak sampai sekolah, makin 'kuat' pulak nangis aku tu.. Then, sampai sekolah mata berair,bengkak...Hmmm...
Lama jugak la kitaorang tunggu dan akhirnya dah nak dekat pukul dua belas baru la cikgu-cikgu berkumpul kat ruang legar untuk penyerahan result. Sebelum tu, nama-nama pelajar yang memperoleh result GEMPAK! diumumkan dulu. Masa ni lah aku nampak parents aku yang dikasihi. Diaorang macam tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya kenapalah nama anak diaorang ni tak dipanggil-panggil lagi. Aku dan sahabat yang lain pun tunggu jugak dengan penuh debaran nama masing-masing disebut. Dan apabila nama terakhir dipanggil.........akhir sekali. Dengan memperoleh keputusan  7A plus 3 A minus.. Tahniah diucapkan kepada pelajar Rinesh a/l ......" Tiba-tiba je seluruh ruang legar tu sangat gemuruh dengan tepukan tangan semua yang hadir. Aku pun tepuk la tangan untuk kawan aku tu dan dalam masa yang sama air mata aku tumpah lagi sekali...Kali ni lebih lebat daripada yang tadi. Sedih sangat bila tak dapat beri yang terbaik untuk parents aku... Aku cuma boleh bagi empat A je masa tu.. Lepas je dapat slip, aku terus ajak parents aku balik..Tapi ibu tak bagi, ibu suruh jumpa kawan-kawan and cikgu-cikgu dulu.. Sekurang-kurangnya bagitau diaorang. Oke, aku akur...

Terpancar muka kegembiraan kat muka kawan-kawan aku yang dapat result GEMPAK! tu..Diaorang menangis kegembiraan di samping mak ayah,cikgu-cikgu..Yang muka kecewa pun ada jugak.. Aku lah salah seorangnya.. Seminggu mogok makan...

Malam tu ibu masuk masuk bilik duduk sebelah aku and bagitau, "Tadi masa cikgu umumkan nama pelajar cemerlang ayah cakap kat ibu, 'Fatihah boleh..Kejap lagi nama dia keluar..Kejap lagi..' Dah tiba nama terakhir pun ayah cakap benda yang sama. Ibu pun iye kan je la. Mana tau keajaiban berlaku. Hehe.." Sempat lagi ibu buat lawak nak sedapkan hati aku. Sebak wei masa tu..SOb..soB...

But, lama-kelamaan aku sedar apa yang berlaku dalam kehidupan ada hikmahnya.. Air kopi yang pahit gila pun, kalau kita tambah lagi air dan gula secukupnya lama-lama pun akan sedap jugak rasanya kan.. Kegagalan tu sebenarnya ibu kepada kejayaan. Hal ini kerana, menerusi kegagalan tu aku belajar untuk jadi yang lebih baik.. Masa kat matrik dulu, Alhamdulillah..aku tak lagi menangis kesedihan, malah aku menangis kegembiraan... :)



Untuk adik-adik yang akan amek result esok, terutamanya sekali adik aku anum, hambik ni kata-kata daripada  pengacara Wardina Safiyyah yang akak amek dari twitter tadi:

Ishhh A bukan segalanya lah adik2ku. Ramai orang berjaya tanpa A yg berderet. It is 'who' you are, its your willpower, your EQ, creativity. :)

Okey. Good luck ye  kalian!
Terima kasih sudi baca sampai habis walaupun aku tahu korang baca langkah-langkah.Huhu..Bye!

Saturday 16 March 2013

Kerana mulut badan binasa

Assalamualaikum :)

"Beb,kau tengok perempuan tu. Muka masam mencuka! Menyampah gila aku tengok.Macam bagus!"
Orait, cuba kira berapa banyak ayat mengutuk kat atas ni. 1. Muka masam mencuka! 2. Menyampah gila aku tengok  3. Macam bagus! Ditambah lagi dengan jelingan mata yang tajam menusuk. Kadang-kadang kita macam tu. Asal nampak orang tu macam sombong sikit je,mula mengata. Aku pun macam tu jugak. Tapi tak ade la ayat macam kat atas ni. Teruk tueh... Kadang-kadang. Then, lepas mengata tu,baru lah ada rasa bersalah. Nak mintak maaf pun orang tu dah pergi. Kalau orang tu ada lagi kat depan mata pun, belum confirm aku berani mintak maaf. Tapi sekarang aku sedang berjinak-jinak untuk jadi manusia yang lebih baik. Alhamdulillah, persekitaran aku baik,insha Allah aku cuba... :D Mohon doa kalian.

Berbalik pada topik asal. Di sini, aku nak share satu cerita. Beberapa minggu lepas, kunci rumah aku hilang. Oleh sebab zip beg aku dah rosak, kunci tu terjatuh dalam dewan kuliah tanpa aku sedari. Yelah, macamana nak sedar, khusyuk sangat dengar lecturer bercerita kat depan. Sampai kawan sebelah pun tak pandang.Erk.. Biasanya lepas habis kelas, aku terus sumbat buku dalam beg,then blah... Tapi masa tu, Allah nak tolong, aku tergerak hati untuk check beg mana tau ada barang hilang.Hmm...memang betul pun.. Satu beg aku selongkar, dalam pencil box, celah-celah buku, dalam poket yang kecik-kecik..TAK ADA! Sah hilang..So, terpaksa la pergi office pinjam kunci pendua, tak pasal-pasal kene demerit.. Petang tu, aku dah berkira-kira untuk peri kedai, nak duplicate kunci. Tapi memandangkan badan sangat penat dan mata pulak sangat berat, aku tertidur.. Petangnya, bangun je dari tidur, roomate aku suruh tengok atas meja. Ada note :



Wah happy tak terkira aku..selesai masalah.. Mujur kat belakang kunci tu ada alamat rumah.
Baguskan orang Malaysia. Walaupun tak pernah bersua dan tak pernah kenal, pertolongan tetap dihulurkan tanpa meminta sebarang balasan. Untuk pengetahuan korang, sampai sekarang aku tak tahu siapa gerangan yang sudi memulangkan kunci aku ni. Cuba korang bayangkan kalau orang yang jumpa kunci aku ni merupakan orang yang pernah menjadi 'mangsa kutukan' aku. Mesti kecik kan hati orang tu..

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat hendaknya dia berkata perkataan yang baik ataupun diam” (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Telajak perahu boleh diundur tapi  telajak kata???
Masa kat matrikulasi dulu, aku da sorang kawan yang pendiam..Bercakap apabila perlu je..Aku pulak,kalau orang dah diam memanjang, aku suka bercerita..bercerita tanpa henti..Mulut ni dua puluh empat jam bercakap..dia pun dengar je la..kadang-kadang senyum,ketawa..Tapi, pernah satu hari tu,masa abis meeting program anak angkat,dia jalan balik bilik tinggalkan aku sorang2 kat belakang..Aku pun pelik la kenapa tiba-tiba dia macam tu. Esoknya, dia macam jauhkan diri dari aku dan berterusan sehingga hari-hari seterusnya..Penolong praktikum kitaorang cuba untuk memulihkan keadaaan kami,tapi tak berjaya..Sampai satu hari, aku sendiri jumpa dia tanya kenapa dia buat aku macam tu?Buat aku rasa bersalah..Rupa-rupanya,masa malam meeting tu, ada kata-kata aku yang mengguriskan hati dia.Dia terasa..tu la dia akibat kelancangan mulut aku,tak pasal-pasal mengguriskan hati orang.kawan baik sendiri pulak tu..
Aku harap korang faham la apa yang aku cuba nak sampaikan melalui dua cerita aku kat atas ni..Berfikir sebelum bercakap bukan bercakap sebelum berfikir..Mulut akan bijak berkata-kata kalau penuturnya bijak memikirkan apa yang akan berlaku di sebalik kata-katanya itu..Apa yang aku merepek ni..Ahhh,belasah je la..HAHA..kbai! :)