Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Thursday 29 August 2013

terasa indah

Assalamualaikum wbt ((:

Menjelang hari-hari terakhir berada di rumah membuat aku rasa macam nak pegang jer jarum-jarum jam tu agar terus berhenti...Tapi walau sekuat mana aku pegang sampai nak patah jarum tu sekali pun, masa tetap akan terus berlalu..berlalu..berlalu....hhm.. Biarlah, lagipun kalau waktu statik je, macamana kita nak moving forward kan..ok..
  
Petang tadi, masa aku turun dapur. Aku terpana seketika. Terkejut maaak tengok banyak sangat lauk yang ibu and ayah beli kat pasar borong. Daging! Udang! Ikan! Semua ada. Macam nak buat kenduri kawen da.. (macam dah tak ade kenduri lain yang nak disebut) Haha..then, aku tanya la ibu,  

Kenapa banyak sangat lauk ni? Nak buat makan-makan ke??

Nak tau tak ibu aku jawab apa..

Apa pulak nak buat makan-makan. Untuk anak la.. Sekali-sekala anak balik, beli lah lauk yang sedap-sedap. Cakap je nak masak apa, ibu masak..

Terharu nya Along dengar..Terharu.. hehe 

Terharu, terharu jugak..Nanti kat sana belajar sungguh-sungguh. Kalau tak, haru mak kau ni ha..
hEE...Aku sengih je la macam kerang busuk bila ibu cakap macam tu..InshaAllah ibu..InshaAllah.. (:

Pernah satu hari tu, aku tengah makan pizza dengan kawan-kawan kat Sarawak..ibu call..kami pun berbual-bual lah sekejap dalam phone..

Ibu, along kat pizza ni. Hang out dengan kawan..

Ouh..sedapnya. Kat sini kitaorang makan lempeng jer..

GULP!
Rasa bersalah pulak..hehe..
Tetiba aku terbayang lempeng ibu. Makan cecah dengan sardin. Pehh sedap gila!
Lempeng dengan SARDIN je kot!! Itu pun nak kecur..
Hmm..bila da berjauhan dengan famili, semua yang ada kat rumah terasa indah..Lempeng terasa indah..gaduh-gaduh manja dengan adik-adik pun terasa indah..betul x?


:D






Friday 23 August 2013

Sebuah puisi




Sekilas pandangan menggamit persoalan
Sejenak bertahmid kepada Tuhan
Lantas ku alih pandangan itu 
Lalu dengan pantas aku beredar
Ku biarkan hati ini berbunga
Biarlah mekar kasih kepada Pencipta
Tanpa bergantung kasih manusia

Namun sukar untuk dibendung
Pabila hati mendesak perasaan
Bertanyakan siapakah gerangan misteri
Pantas zikrullah menguatkan pegangan
Ingatlah nisa' maruahmu dijulang
Biar hati menangis sebak
Janjikan iman terus menebal

Kala hati berkata-kata
Siapakah gerangan pemuda itu
Mahu bertanya terasa malu
Mahuku biar terasa pilu
Lalu ku lupakan hasrat naluri
Hanya mampuku mengadu pada Pencipta
Ampunkan lah hambaMu yang lemah ini
Selamatkanlah hati kami ini
Dan
Peliharalah diri kami yang alpa ini..


p/s : sorri fa, I publish puisi you kat sini ^^

Wednesday 21 August 2013

Dengan siapa aku bole dan tak boleh salam?

Assalamualaikum wbt :)
Time raya-raya ni kan..masing-masing duk berkunjung rumah saudara mara, jiran tetangga, sahabat taulan..
And..bersalam-salaman memang sudah menjadi adat orang Melayu sejak dulu lagi
Bagus..bagus..
Yang muda dikasihi yang tua dihormati..
Tapi ada sesetengah daripada kita terlupa dengan siapa yang patut kita salam dan dengan siapa yang kita tak patut salam..
Sebagai orang Islam, kita mesti berpegang pada hukum yang telah disyariatkan..
Adat..ye adat..orang muda mesti salam dengan orang tua sebagai tanda hormat.
Tapi, adat-adat pun hukum kene jaga jugak..kan.. 
:D

So,tadi masa aku try google google pasal ni,tetiba terjumpa satu mind map yg bagi aku inshaAllah senang untuk difahami..menarik pulak tu!



Kan..betul tak aku cakap menarik..Mohon fahamilah carta aliran di atas..Lepas ni bila bertandang rumah orang, flashback balik, pakcik aku ni...aku boleh salam ke tak ye??
Oke..sekian sahaja..Assalamualaikum!! :)