Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Friday 17 October 2014

20 facts


After took hours to complete my 20 facts.


1. Am a good listener but not a good speaker.
2. First impression, people might see me as an arrogant person. But actually i'm not. I'm kinda of friendly too..(angkat bakul sndiri.tapi betul.he3)
3. Ramlee Awang Murshid's fan. Coming soon 'Raudhah'!
4. Mad fast. Cool fast. Forgiven.
5. Love puzzles in math though sometimes it can kill me to solve them.
6. Tend to be a follower than a leader (..............)
7. Love to tell others 'bout my dream story
8. Ever own a dream to produce at least one novel paling tak pun satu cerpen pun bole lahhhh.
9. Online shopping is awesome! I get excited when brader pos laju press hon of his van in front of ma house..mueheheh..
10. I'm using Asus Zenfone 5. Camera dia cantek kottt.. 
11. Prefer to study last minute coz i'm such a forgetful person. Am not a good memoriser even though i'm  taking biology course that need many memorizing things.
12. Ever to have errrr..boyfriend during my primary school. Hahaha. But broke up right after two days. Since then, never have special friend till now. 
13. Silent admire. Eh 
14. Airport is one of my favourite place besides museum.
15. Hate all herpatofauna (reptile and amphibian) animals such as lizard, frog, toad etc...
16. Easy to recognize people by their face rather than their name. Don't get weird if i ask your name for more than em three times. hehe..
17. Sometimes ego.??
18. Family is my priority
19. Punctual. Don't like waiting or to be wait.
20. Keep calm and says i'm born to be a Zoology :D


smile..teheeeeeeeeeeeee

Wednesday 12 March 2014

#pray4MH370




#mh370 Don’t underestimate the power of Doa’. Keep praying for them. Nyahkan semua speculation.

Pilot berpengalaman, rekod MAS cemerlang dan kapal terbang terbaik tapi perancangan Allah mengatasi segala kehebatan manusia.. :’( #Pray4MH370

Semoga Allah memberikan ketenangan kepada ahli keluarga yang masih menunggu khabar berita pesawat MH370. Bagi semua sahabat fb sy yang sy sayangi..Sama-sama kita muhasabah diri dengan apa yang telah berlaku..
#pray4MH370


Assalamualaikum wbt..
Allah…..Tiada kebetulan berlaku di dunia ini melainkan atas kehendak Allah jua…Pada 8 Mac lalu, kita digemparkan dengan berita pesawat MAS MH370 yang hilang dari sistem radar. Pesawat tersebut membawa 227 orang penumpang berlepas dari KLIA dan sepatutnya sampai di Beijing pada 6.30 pagi . Walaupun kita tak kenal orang-orang yang terlibat dalam pesawat tu, namun kesedihan yang dialami oleh ahli keluarga terbabit turut terasa. Masa ni, doa amat amat amat diperlukan agar dipermudahkan usaha pencarian dan menyelamat, kerana doa adalah senjata yang sangat ampuh. Yang mendengar doa kita itu adalah Allah Yang Maha Besar,Maha Berkuasa! Hanya Allah yang berhak untuk menentukan nasib hamba-hambaNya di dunia ini.. Mohonlah kepadaNya..

 Pagi itu aku bangun seperti biasa. Hari tu cuti, takde kelas. Kehidupan aku kat sini sangat berbeza dengan kat rumah. Kalau kat rumah, pagi-pagi aku bangun je dah sibuk tengok adik-adik pergi sekolah,kemas..Kalau time cuti apatah lagi…Tapi kat sini, bangun je dari tidur takdelah sesibuk mana. Bersihkan diri, kemas sikit-sikit, on laptop tengok nota sikit-sikit (kalau rajin), pastu on fb. TV takde, so fb la sebagai medium untuk aku tahu cerita-cerita yang berlaku kat luar sana. Aku pun scroll status-status fb, like, share… and apabila tiba satu status Berita Harian ni, aku stop. Baca banyak kali. ‘Pesawat MAS MH370 hilang dari system radar pada jam 2.40 pagi’ (lebih kurang macam ni la tajuknya..) Alangkah terkejutnya..Pesawat MAS?? Malaysia?? Benda ni amat jarang jarang jarang berlaku di negara kita, and bila dah jadi, tak boleh nak kata apa.. Semuanya kehendak Allah, kita tak boleh nak tolak..

 Lepas je berita tu keluar, aku terus follow update pesawat MH370 ni dari semasa ke semasa..Pesawat berjaya membuat pendaratan cemas di Nanning, China? Hmm…spekulasi semata-mata. Cerita palsu. Aku tak faham kenapa orang mesti nak buat-buat cerita bila keadaan tengah runsing ni...
Sekarang dah beberapa hari operasi pencarian, tapi masih belum jumpa tanda-tanda pesawat tersebut dijumpai. Yang ada cuma cerita-cerita palsu yang disebarkan oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab..Hmmm…

Usaha pencarian diperluaskan sehingga ke Selat Melaka. Banyak negara yang turut membantu dalam misi mencari ni antaranya Negara China sendiri, New Zealand, Indonesia, Singapore, Vietnam dan beberapa lagi..

Sekarang dah masuk hari ke enam namun tiada tanda-tanda yang pesawat tersebut akan dijumpai..Namun, di sebalik tragedi ni terselit juga hikmah. Walaupun kita tak kenal siapa mereka, siapa keluarga mereka, namun  kita masih bersatu hati, berdoa.. Bila bercakap pasal doa, aku teringat akan status Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman dalam fb ni. Ada orang tanya beliau boleh ke kita doakan untuk orang bukan Islam dan solat hajat untuk mereka sekaligus. Jawabnya:

BOLEH berdoa kepada semua, muslim dan non-muslim agar selamat, sihat termasuklah selamat pulang dan pergi atau mendapat hidayah.
Imam Nawawi ada menyebut harus doa belas atau rahmat Allah kepada non Muslim yang masih hidup dan keampunan atas kesalahannya dan bukan redha atas kekufurannya. Nabi pernah berdoa antaranya..

اللهُمَّ اِغْفِرْ لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Tapi bagi non-Muslim yang telah mati dalam keadaan yang tidak Islam, telah disepakati ulama, tidak boleh berdoa keampunan dan rahmat Allah ke atas mereka berdasarkan larangan Allah dalam surah At-Taubah 113

Jadi, jangan berputus asa dan terus berdoa agar Allah memberikan petunjuk dan tanda-tanda pesawat tersebut dijumpai.. InshaALLAH semoga Allah mendengar dan memperkenankan doa kita. Amin~


#newVersion : Sang Arnab dan Kura-kura


Assalamualaikum wbt (:



Masa kita kecik-kecik dan comel-comel dulu, kita selalu dengar kisah teladan Sang Arnab dan Kura-kura. Betul tak? Sampai dah terhafal kan…Oke,kepada sesiapa yang terlupa tu, meh sini baca sinopsisnya.
Sang Arnab ni pelari pecut hutan sedangkan Sang Kura-kura ni pulak, alahai…………malas la nak ceghita. Satu hari Sang Arnab mengajak kura-kura berlumba lari. Si kura-kura yang kecik tapi berjiwa besar ni pun terima pelawaan Sang Arnab. Pada hari kejadian, Sang Arnab yang sombong itu sangat yakin akan dapat mengalahkan Kura-kura, tapi endingnya sebaliknya pula berlaku. Korang pun taulah kan kenapa…Tapi ending yang biasa kita dengar tu sebenarnya ada sambungannya. Aku yakin ramai yang tak tahu apa yang berlaku selepas kekalahan Sang Arnab ni.
So, dalam entry kali ni, aku akan sambung sikit apa yang berlaku selepas kekalahan Sang Arnab.. Jeng! Jeng! Jeng!................



Sang Arnab sangat tidak puas hati akan kekalahannya itu. ‘Kalau lah aku tak tertidur masa perlumbaan tu, tentu aku dah menang dan menjadi juara rimba sekarang…Aduh menyesalnya…’ Sang Arnab bermonolog sendirian di dalam hati sambil merenung ke luar jendela rumahnya menghayati suasana hutan yang nyaman. Sedang duduk termenung, tiba-tiba Sang Arnab mendapat satu semangat, ‘Tidak, aku belum kalah lagi! Aku mesti menebus maruahku semula. Juara rimba tidak pantas untuk dimiliki oleh Si Kura-kura itu!

Sang Arnab merencanakan lagi sebuah perlumbaan dengan Si Kura-Kura. Dia pergi berjumpa dengan Si Kura-Kura dan menyatakan hasratnya. Selepas kemenangannya tempoh hari, Si Kura-Kura tidak ragu lagi untuk menerima pelawaan Sang Arnab. Berita perlumbaan Sang Arnab dan Kura-kura tersebar dengan cepat. Persiapan dibuat. Ramai yang yakin Si Kura-kura akan memenangi perlumbaan itu lagi namun ramai juga yang yakin Sang Arnab akan merampas semua gelaran Juara Rimba yang telah disandangnya bertahun-tahun. 


Debaran semakin terasa apabila harinya semakin hampir. Sang Arnab dan Si Kura-kura bersungguh-sungguh berlatih untuk memenangi perlumbaan tersebut. Kawan-kawan masing-masing tidak putus-putus memberi semangat.


Hari berganti hari, akhirnya hari perlumbaan pun tiba. Kali ini semakin ramai yang datang memberi sokongan. Isu kedua-dua musuh ini menjadi isu hangat di dalam hutan tersebut sampai ketahuan penduduk hutan jiran sebelah (over la pulak jalan cerita aku ni..hehe). Sang Arnab dan Si Kura-kura bersedia di garisan pemula. Setelah wisel ditiup, perlumbaan pun bermula. Tidak sampai beberapa saat, Sang Arnab jauh meninggalkan Si Kura-kura jauuuuuhhhhhhh ke belakang. Bayang-bayang Sang Arnab langsung hilang dari pandangan.

Namun, Si Kura-kura yang berjiwa besar itu tidak berputus asa! Si Kura-kura terus berusaha untuk menang walaupun dia tahu sudah jauh ketinggalan ke belakang. Setelah beberarapa jam berlalu, baru Si Kura-kura sampai ke garisan penamat tapi dia terkejut apabila melihat tiada seorang pun yang menunggunya di situ. Dia balik dengan hampa. Semasa dalam perjalanan pulang, dia terserempak dengan Sang Arnab.

“Hai, Kura-kura! Akhirnya gelaran Juara Rimba jatuh semula ke tangan aku..” kata Arnab dengan bongkaknya.

“Jangan terlalu bangga, Arnab! Satu hari nanti aku pasti akan merampas semula gelaran itu..” balas Si Kura-kura dengan semangat. Sang Arnab mendengar ucapan Si Kura-kura sambil ketawa.

“Mustahil…” balas Sang Arnab.

“Tiada apa yang mustahil dalam dunia ni selagi kita berusaha. You thought you are the best, but actually you are not..(tetiba pulak speaking)” balas Si Kura-kura pula. Sang Arnab terpana mendengar kata-kata Si Kura-kura ‘Speaking pulak si kura kura kecik ni -.-‘

“Satu hari nanti aku pasti akan bangkit. Kau tunggu…” sambung Si Kura-kura. Perbalahan mulut mereka berakhir di situ. Si Kura-kura menyambung semula perjalanan pulangnya.

Sudah berbulan-bulan berlalu, namun Sang Arnab masih belum menerima sebarang perkhabaran daripada Si Kura-kura. Sang Arnab semakin yakin yang Si Kura-kura sebenarnya tidak berani untuk mencabarnya. Sang Arnab tersenyum sendiri.

Pada suatu petang, Si Kura-kura berjalan menuju ke rumah Sang Arnab. Berbulan-bulan lamanya dia menyusun strategi dan dia yakin akan menang kali ni. Sesampainya di rumah Sang Arnab, dia memberi salam. Salamnya berjawab. Sang Arnab membuka pintu dan terkejut apabila mendapati Si Kura-kura di hadapannya.

“Aku datang untuk menebus kembali kekalahanku tempoh hari.” Si Kura-kura menyatakan hasratnya.

“Oke, nampaknya kau jenis yang bukan mudah untuk berputus asa, Kura-kura.” Sang Arnab mengagumi sikap kura-kura yang tidak mudah putus asa itu.

“Aku harap kau sudi menerima cabaran aku kali ni.”

“Oke, aku terima.”Sang Arnab menerima cabaran itu tanpa berfikir panjang.

Akhirnya, hari yang dijanjikan pun tiba. Masing-masing bersemangat untuk memulakan perlumbaan. Sang Arnab dan Si Kura-kura bersedia di garisan pemula. Setelah wisel ditiup, perlumbaan pun bermula. Seperti biasa, kelibat Sang Arnab terus hilang hanya dalam beberapa saat. Namun Si Kura-kura tidak mengalah malah dia semakin yakin yang dia akan memenangi perlumbaan kali ini. Si Kura-kura terus merangkak selaju yang mungkin untuk sampai ke garisan penamat.

Sementelahan, dalam waktu yang sama, Sang Arnab yang telah jauh meninggalkan Si Kura-kura tiba-tiba
berhenti. Dia terkejut kerana di hadapannya ada sebatang anak sungai. Bagaimana mungkin Sang Arnab dapat melepasi anak sungai ini, sedangkan dia tidak pandai berenang. Sang Arnab memerah otak untuk mencari jalan untuk melepasi anak sungai tersebut. Dari tebing anak sungai itu, kelihatan bendera garisan penamat berkibar bersama penyokong yang hadir.

Waktu terus berjalan. Kelibat Si Kura-kura sudah mulai kelihatan. Sang Arnab semakin bimbang! Si Kura-kura semakin dekat….dekat….dekat……..Akhirnya Si Kura-kura tiba dan dapat menyeberangi anak sungai itu dengan mudahnya. Kemenangan berpihak kepada Si Kura-kura. Semua penyokong bersorak gembira akan kemenangan Si Kura-kura yang tidak putus asa itu. Sang Arnab hanya mampu melihat dari jauh sahaja.

 Kini dia mengerti bahawa, untuk mencapai kemenangan bukan dengan hanya kekuatan, tetapi juga dengan kebijaksanaan.Sejak daripada hari itu, Sang Arnab dan Si Kura-kura menjadi sahabat baik….
Habis sudah……


Banyak tauladan yang boleh kita ambil daripada sambungan kisah Sang Arnab dan Si Kura-kura ni…First sekali, pada awal cerita kita dapat lihat Si Arnab and Kura-kura ni tak pernah putus asa atas kekalahan masing-masing dan diaorang sentiasa cuba untuk memperbaiki diri kerana sedar akan kekurangan diri. Yang keduanya, tak semestinya orang yang mempunyai kelebihan akan sentiasa berada di atas. Kehidupan ni ibarat roda. Sekejap berada di atas, sekejap berada di bawah. Memang itu reality kehidupan. Akhir sekali, akal yang dikurniakan oleh Allah, kalau kita pandai manfaatkannya dengan baik, inshaAllah daripada pengemis boleh jadi jutawan, daripada pekerja bawahan boleh jadi bos, daripada E je boleh jadi A. Senang ceghita, semua boleh jadilah! InsyaAllah.. (:

gambar kiut miut di atas adalah atas ihsan encik google.Terima kasih ^^

Tuesday 18 February 2014

Jauh di mata,dekat di hati

Terimbau kembali momen-momen masa kat rumah masa cuti hari tu
Aku tak faham kenapa cuti kali ni aku emo sangat
Berat sangat hati nak tinggalkan famili kat Johor
Walaupun tempat aku belajar takde lah jauh sangat macam orang lain
Cuma 1 jam 25 minit jer perjalanan...

Setiap pagi, lepas Subuh ibu bangun siapkan sarapan adik-adik nak pergi sekolah
Aku pulak, bangun-bangun je lepas Subuh semua, tumpang sekaki sarapan mengalahkan orang nak pergi sekolah..Haha
Lepas diaorang pergi sekolah, kadang-kadang aku dengan ibu main badminton kat depan rumah..
Pernah je ibu ajak jogging kat taman perumahan tu, tapi aku malass...hehe..
Lepas kemas-kemas rumah semua, pukul 8.00 kejut budak kecik Adib tu untuk ke sekolah agama.
Siapkan Adib sorang sama macam siapkan sepuluh orang!
Nak kene layan kerenah dia,ngada-ngada dia yang entah apa-apa tu.
Kadang-kadang buat aku angin je, tapi angin-angin pun, bila dah jauh dengan diaorang.
Rindu pulak :')

Walaupun masa cuti hari tu aku tak buat part-time
Tapi jadual sepanjang keberadaan aku kat rumah sangat penuh.
So,sudah terbukti jadi suri rumah sebenarnya lebih penat daripada orang yang bekerja.
Time rehat cuma dari pukul satu tengahari smpai pukul 4 petang.Tu pun rehat-rehat ayam..(ada ea peribahasa ni..Hhaha..)

Waktu malam, lepas Isya',suasana rumah automatik akan bertukar jadi suasana sekolah
Ibu ajar adik buat kerja sekolah
Aku pulak mengadap Azizi n Ain buat kerja sekolah or apa-apa latihan.
Anum macam biasa dengan pbs dia yg melambak tu..
Huhuhu..

Jadual ayah tak tentu
Kadang-kadang masuk pagi, petang atau malam.
Aku paling suka momen yang ni,ayah pasang qasidah kuat-kuat kat radio
Lepas tu kitaorang satu famili ikut nyanyi sekali dengan ada lirik kat depan.
Ouh,miss them so much..

Ya Allah semoga hubungan silaturahim antara kami sekeluarga akan berkekalan hingga ke syurga-Mu yang abadi..
Amin..
:)