Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Friday 26 July 2013

Hebatnya percaturan Allah


nurfysawcaz.wordpress.com

Assalamualaikum...
Masa awal-awal cuti sem yang hari tu aku bertekad untuk kerja kilang
Sebab dalam list, banyak kehendak yang nak aku beli, macam...........
em............tudung, baju, handphone, beg....er...
hehe...
So, sepanjang seminggu aku berada kat rumah, aku try lah usha kerja-kerja kilang di sekitar Pasir Gudang ni..
call contractor sana, call contractor sini
tapi, dalam masa yang sama aku mintak jugak kerja kat pasaraya, sebagai promoter..
Sebenarnya, niat dalam hati nak sangat dapat satu tempat dengan seorang hamba Allah ni.
Dia perempuan. Aku kenal dia. Kenal sangat.
Hubungan dia dengan famili tak berapa baik..
Tapi hubungan kami berdua ni kira okay la..Boleh nak dikatakan kami boleh duduk satu meja untuk berbincang..InshaAllah..
Oleh sebab itu, aku berniat untuk dapat satu tempat dengan dia dengan tujuan untuk approach dia..
Aku takde la nak kata aku baik sangat, tapi kalau boleh aku ajak dia sama-sama berubah ke arah yang lebih baik, lebih-lebih lagi masa tu Ramadhan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi nak menjelang. Mungkin dalam masa menasihati orang, boleh jugak aku improve and perbaiki diri yang serba kekurangan ni. Itu niat aku..

Allah is The Best Planner.
Satu pagi, aku terima mesej daripada supervisor sebuah pasaraya ni. Aku diterima kerja dan akan mula kerja keesokan harinya. Nampaknya, niat aku tu tak tercapai. Hmm, aku fikir mungkin ada hikmahnya aku bekerja kat sana nanti
The next day, I started. Mula-mula aku annoying gila dengan staff-staff kat situ..
Diaorang langsung tak mesra, muka moody jer tima buat kerja..Tension pulak aku..
Ditambah lagi dengan keaadaan tempat tu yang tak ade bilik rehat.. Nasib baik la part tima jer..Argh! Tension!!!

Then, aku cuba sedapkan hati, 'mula-mula, memang la macam ni...Lama-lama ok kot...Sabar sabar..'
Ok, hari kedua ketiga pun lebih kurang sama jer suasana dia, then aku buat keputusan untuk bekerja sebulan je kat situ. Titik!
Hari berganti-ganti hari, lama-lama aku boleh adapt dengan tempat kerja tu dan mereka pun boleh boleh adapt dengan kehadiran aku. Alhamdulillah..
Rupa-rupanya, salah seorang daripada mereka ialah mualaf..Baru revert dua tahun lepas..
Kami mulai rapat. Dia cerita, aku mendengar. Kadang-kadang adalah jugak dia bertanya sikit-sikit tentang hukum hakam agama..
Aku jawab la apa yang termampu..Aku pun masih belum cukup ilmu..
Aku cuba untuk tolong dia serba-serba sedikit selagi aku masih bekerja kat situ. 
Sedar tak sedar, tibalah hari terakhir aku bekerja kat situ..Terasa berat la jugak untuk aku berhenti sebenarnya..Time hubungan sedang memekar, time tu jugak la aku kene pergi.
Itulah lumrah kehidupan bertemu dan berpisah kan.
Hmm,
Alhamdulillah, memang ada hikmah aku dapat kerja kat situ. 

Rasulullah pernah bersabda, 'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun' :')