Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Friday 1 February 2013

Baca tak rugi



Assalamualaikum :)

*Semakin boleh menerima kenyataan atas kehilangan gambar tempoh hari. 
Teringat waktu exam bahasa melayu masa kat sekolah dulu.Dua jam tempoh masa yang hanya diberikan untuk menghasilkan dua hingga tiga buah karangan yang panjangnya lebih 350 patah perkataan setiap satu..Pecah kepala fikir idea,peribahasa,penanda wacana yang best-best.Tangan pulak basah main peranan pegang pen,tulis tak henti-henti.Takut idea lari.Kalau tengah sedap-sedap tulis tiba-tiba idea datang,terus ambil pensel conteng kat tepi kertas,siap bercabang-cabang bagai.Masa tu rasa macam pro gila bab-bab tulis karangan ni.Sampai satu tangan boleh pegang dua pen.Boleh kira hebat la tu.Hee..Bila cikgu cakap 'tinggal setengah jam lagi' ,otak mula ligat berserabut fikir ayat untuk isi perenggan terakhir.Serabut sangat sampai ayat yang dah susun cantik-cantik dalam kepala berterabur.Tulisan mula senget benget dah macam kene langgar kereta api.Tangan yang basah makin basah.Bertungkus lumus ketang ketung ketang ketung ,akhirnya siap jugak.'Ketip' jari bunyi tulang patah krekkkkk.Fuh lega...Kalau masa mula-mula kertas kosong,sekarang dah penuh dengan tulisan biru.Panjang!Sedap mata memandang tengok panjang-panjang gitu..

Tapi tu dulu.Sekarang nak tulis surat yang pendek pun ambil masa sampai lima belas minit.Surat tak formal pulak tu.Bila review balik,tak puas hati.Buat sekali lagi......Skill menulis semakin hilang.Nak buat surat cinta pun tak lepas!Tak payah cakap surat cinta,blog pun  ni asal nak taip ayat? lepas taip,padam,taip,padam.Last-last tutup terus.Nak siapkan satu cerita,alahai lama depan laptop ni haa.Boleh naik power cermin mata ni.Ni  la akibat kurang membaca.Surat khabar asal baca tajuk besar je pun dah oke.Artikel yang panjang lebar menjelar tu,baca satu perenggan je,dah cukup.Journal baca sikit..sikit... je tak faham,letak tepi.Dengan harapan petang karang sambung balik.Tapi tak pun...Novel je yang boleh baca dengan tekun dari kulit buku ke kulit buku.Siap boleh ceritakan balik.Wah hebat!Haha..

Sebagai kesimpulannya,jangan lah berhenti membaca walaupun korang dah habis sekolah pun.Teruskan membaca kerana membaca tu jambatan ilmu.Lepas baca ilmu boleh dikongsi dengan orang lain.Maka,ilmu tu akan berkembang seiring dengan perkembangan alam semesta.Ok,korang terima kasih kerana membaca :DD