Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Monday 31 December 2012

Istiqamah 2013

Assalamualaikum :)

Terima kasih kepada awak-awak semua yang sudi membaca blog ini.Ceh!Macam la ramai sangat.'Awak-awak semua??'Hiiii..saya rasa tak sampai pun sepuluh orang yang sudi memjadi pembaca kepada blog yang serba pink purple ni.Tapi,tak kesah pun sebab blog ni pun sebenarnya sengaja tidak diwawarkan kepada ramai orang.Cewahh..ayat macam glemer sangat jer minah sesat mana nih.Ni blog diari life saya yang akan saya baca pada sepuluh or dua puluh tahun akan datang nanti.Mungkin.InsyaAllah kalau masih diberi peluang untuk bernafas lagi masa tu,boleh la baca balik.Mesti best an..an...So,korang ni dikira beruntung la dapat baca diari saya.Bukan senang tau.Haha..gurau jak..
 
Hari ni kehidupan berjalan seperti biasa.Bangun pagi gosok gigi cuci muka.Makan maggi.Satu hari suntuk duduk terperap dalam bilik.Mengadap buku or laptop.Kalau mata dah penat,boring.Main game.Layan korea.Then,mengadap buku balik.Yeah...seperti biasa.Seperti biasa sehingga tak sedar yang sekarang ni kita dah masuk tahun baru.1 Januari 2013.Sungguh tak sedar betapa cepat masa berlalu.Jap jap.Kalau dah 2013 so maknanya umur saya sekarang ni dah 20 la kan?Subhanallah.20 tahun sudah aku hidup atas muka bumi ini.Allah.Makin banyak umur kita maknanya makin dekat la kita dengan kematian.Ya Allah,bersediakah aku?kita semua??Jawab dalam hati kerana masing-masing tahu perihal diri.

Ok,secara jujurnya.Pada tahun-tahun baru yang lepas,saya tidak mempunyai azam baru yang kukuh.Betul!Saya tak de azam nak jadi kaya ke,nak dapat nombor satu ke,nak dapat handphone baru ke.Tak de la semua tu.Teruk kan saya..Tapi tahun ni lain sikit.Apa yang lain?Hmm..Tadi masa tengah baca buku tepi tingkap nun,Baca la sangat.Hang duk berangan tepi tingkap kira bintang ada berapa kat langit tuh.Ingat aku tak nampak.Hmmm...hehe..tiba-tiba hati  terdetik aku nak istiqamah solat sunat dhuha la tahun ni.Satu je azam saya tahun ni.Nampak macam senang kan.Memang la senang tapi hakikatnya saya ni bukan nya rajin sentiasa.Kalau time masa tu rasa baik sikit,buat tapi kalau rasa malas,sia-sia je waktu pagi saya masa tu.Tak istiqamah..Sebab tu la saya pasang niat nak perform solat sunat dhuha ni setiap kali kalau diberi kelapangan waktu.InsyaAllah..korang doakan la ye.Em,minta jasa baik korang tadah tangan jap..

Bismillahirrohmaanirrohiim
'Ya Allah,Kau berikanla kekuatan kepada admin blog in,Nur Fatihah untuk terus istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Mu Ya Allah.Kau kikiskan la sikap malas yang ada pada dirinya Ya Allah agar dia menjadi insan yang berguna pada masa depan kelak.Ameenn..'

Terimakasih.Semoga korang semua yang dilimpahi rahmat dan hidayahNya di tahun baru ini.Ameen..Ok la dah alang-alang kita bercakap pasal azam saya ni,tentang Solat Sunat Dhuha,elok la kiranya saya berkongsi sedikit fadhilat-fadhilat yang tersembunyi di sebalik solat sunat ini. :))
Solat sunat dhuha sangat dianjurkan malah sering diamalkan oleh nabi kita Rasulullah SAW.Antara hadis yang menyatakan keutamaannya,dalam riwayat Abu Hurairah,katanya :


“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


 Kelebihan mengerjakan solat sunat dhuha adalah sepertimana yang disebutkan dalam kitab 'An-Nurain', sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan"


Selain daripada tu,dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya,

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


 Banyak kan fadhilat kalau kita mengerjakan solat sunat dhuha.Kepada korang yang dah menjadikan solat sunat ini sebagai satu amalam,Alhamdulillah..tahniah! dan teruskan.Yang belum tu jom sama-sama dengan saya kita start sekarang.Kalau boleh jangan miss start tahun baru ni.tau..tau..Best of luck!

Sebagai penutup,kat bawah ni terjemahan doa dhuha.Kalau korang hayati betul-betul makna doa dhuha ni.ianya sangat indah :))


Ya Allah,sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu,kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahannya adalah keindahanMU,kekuatannya adalah kekuatanMu,
kekuasaannya itu kekuasaanMu,perlindungannya perlindunganMu..
Ya Allah,jika rezeki masih di langit,turunkanlah,jika di bumi,keluarkanlah,
jika sukar,permudahkanlah jika haram,sucikanlah 
dan jika jauh,dekatkanlah..
Berkat waktu Dhuha,kecantikanMu,keindahanMu,kekuatanMu,kekuasaanMu,
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh...


Kalau nak senang hafal,korang boleh dengar versi lagu punya dari UNIC.Saya tau mesti ramai yang dah tau lagu ni.Tapi yang belum tu,boleh terus ke link youtube kat sini (Doa Dhuha).Oke,selamat tahun baru 2013!
XOXO.Publish!
Muehehehe..tergedix tiba-tiba.

more about dhuha : Islam2u
bacaandoa dhuha dalam bahasa arab : Doa Dhuha

Saturday 29 December 2012

LIVE bersama Ustaz Don Daniyal





Assalamualaikum :)
Alhamdulillah hari ni 29 Disember saya sekali lagi dipilih Allah untuk menghadiri sebuah majlis ilmu,ceramah secara LIVE Ustaz Don Daniyal Don Biyajid bertempat di DeTAR,Unimas..Seperi yang korang dapat lihat salam poster di atas,ceramah pagi tadi  bertemakan Inspirasi Remaja Islam. Banyak input yang kami perolehi selepas mengikuti program ini.InsyaALLAH saya akan cuba share sikit-sikit yang termampu. :)
Harap bermanfaat ye.

Dalam ceramah tadi,sebagai muqaddimah ustaz telah bawakan dua cerita.Yang pertama mengenai isteri baginda Saidatina Aishah.Tetapi saya lebih tertarik untuk share dengan korang semua tentang cerita kedua ni.Oke,cerita ni mengenai seorang sahabat Rasulullah yang bernama Sa'labah.Sa'labah ni ialah seorang remaja yang berumur lingkungan 17 tahun yang mempunyai matlamat hidup yang jelas,jitu dan terang.Selepas memeluk agama Islam,Sa'labah selalu mengikuti Rasulullah mengajar.Jika berhajatkan sesuatu,Rasulullah akan mengkhabarkan kepada Sa'labah dan beliau akan menunaikannya.

Suatu hari,Rasulullah meminta Sa'labah mengambil barang di satu tempat.Sa'labah akur dan terus pergi ke tempat tersebut dengan senang hati.Dalam perjalanan ke sana,Sa'labah perlu melalui lorong-lorong rumah-rumah orang Arab.Menurut cerita ustaz,rumah orang Arab pada zaman dahulu ada yang takde pintu.So,rumah mereka hanya ditutup  dengan menggunakan tirai sahaja.Masa dalam perjalanan tu,tiba-tiba angin kuat dari arah bertentangan datang.Sa'labah memalingkan mukanya ke belakang dan pada masa yang sama tirai-tirai rumah orang Arab tersebut terselak.Ketika itula Sa'labah terpandang sebuah bilik air dan di dalamnya ada perempuan sedang mandi.Korang rasa apa ucapan yang keluar dari bibir Sa'labah??
Ucapan yang keluar dari bibir Sa'labah ialah..
 
إنّا لله وإنّا إليه راجعون  
Innalilla hiwainnailaihirojiun 
"sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali". 

Selepas itu,beliau terus berlari-lari tanpa arah tujuan kerana ketakutan sambil menjerit 'Tak nak masuk neraka!'..Selang beberapa hari Rasulullah mulai risau kerana Sa'labah dan barang yang dikirimnya tidak juga sampai ke tangan baginda.Lalu baginda meminta sahabat-sahabat baginda untuk mencari Sa'labah.Beliau ditemui dalam keadaan yang kurus kering dan tidak bermaya.Rasulullah terkejut melihat keadaan Sa'labah lalu bertanya,

"Mengapa wahai Sa'labah?"

Sa'labah pun menceritakan kepada Rasulullah.Dia sangat ketakutan..Kemudian Rasulullah berkata,

"Wahai Sa'labah,bersaksilah bahawa Allah menerima taubatmu itu."

Akhirnya Sa'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di atas ribaan Rasulullah SAW.Mulia sungguh pemuda ini.Ketika jenazah Sa'labah hendak dikebumikan, Rasulullah berjalan agak lambat dengan sukar sekali walaupun para sahabat telah membuka laluan untuk baginda.

Para sahabat bertanya, "Mengapa begitu sukar sekali laluanmu Ya Rasulullah?" 

Maka Rasulullah menjawab. "Engkau tidak lihat betapa ramainya malaikat yang megiringi jenazah Sa'labah sehingga bersesak-sesak"

Subhanallah!Betapa mulianya remaja yang bernama Sa'labah ni.Bukan sahaja meninggal di atas ribaan Rasulullah malah pemergian beliau diiringi oleh para ribuan  malaikat.Dalam cerita ni,moral of the story daripada ustaz,malaikat menyayangi remaja yang jelas matlamat hidupnya di dunia mahupun di akhirat.

Then,setiap kali akhir ceramah mestilah ada sesi soal jawab.Antara soalannya

Apakah hukum seorang perempuan menghantar mesej kepada lelaki ataupun sebaliknya? 
Jawapannya BOLEH!Tapi kenala berhati-hati.Kat sini Ustaz Don ada bawa satu situasi.Mula-mula mesej 'Salam.Bangun solat subuh' .Then yang si lelaki pula balas 'Terima kasih kejutkan.Alhamdulillah dah solat' Lepas tu mesej pun berlanjut lanjut lanjutan sampai la satu tahap... 'Saya ada satu soalan ni.Tak faham la.Bole kita jumpa?' Haa....ni la taktik dari syaitan namanya.hee...First mesej kejut suruh solat subuh,lepas tu keluar jumpa.So,bila lelaki dan perempuan jumpa hanya tanpa ada kawan-kawan kat sisi,macam-macam la bole berlaku.Betul kan korang??


Ada jugak soalan : Bagaimana wanita zaman Rasulullah berdakwah dan bagaimana dakwah tersebut boleh diaplikasikan pada zaman sekarang?
Jawapan ustaz panjang.Tapi secara ringkasya,tak disangkal lagi secara majoriti,wanita mempunyai ilmu lebih berbanding lelaki.Terbukti dari dulu sampai sekarang.hehe..So,cara wanita berdakwah ialah bagi yang dah berkahwin tu mereka perlu sentiasa berada di sisi suami dan membantu suami dengan ilmu.Dakwah seorang wanita sebenarnya adalah dakwah kepada keluarga.Yang kakak-kakak,tegur nasihat adik beradik.Yang isteri nasihat tegur suami kalau dia buat silap...Kalau macam suami kurang dalam bab mengaji ke apa,yang si isteriboleh la ajar.Lebih kurang macamtu la..

Sebenarnya banyak lagi dan sangat banyak yang kami dapat dalam ceramah tersebut.Yang ni baru berapa percent je.Tak sampai 20 percent pun..Hmm..ni je la yang mampu di share.Kalau ada silap dalam mana-mana tulisan di atas harap tegur la ye.Sebagai kesimpulannya ceramah Ustaz Don tadi memang best gilak!Tak terlalu berat dan sangat relax..Lebih-lebih lagi tengah study week ni kan,berbaloi la datang program hari ni...Dapat la release tension..hehe..

Tension ker kau,fatihah??? hehe.. 

 


Friday 28 December 2012

dulu saya nak jadi doktor

Assalamualaikum :)

Korang masa kecik-kecik dulu mesti ada cita-cita kan.Mesti punya la.Sebab masa darjah satu dulu,confirm ni soalan wajib yang ditanya oleh cikgu-cikgu korang semua.Mengimbas balik 13 tahun yang lalu....
'oke,fatihah bangun.Bagitau saya apa cita cita-cita awak?'
Pecah kepala fikir nak jadi apa.Tapi..takut kene marah tak jawab punya pasal,dengan confident nya saya jawab la,'Doktor Jururawat Angkasawan,cikgu!' Gulp..--'
banyaknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......
tiga sekali.Dah tu,angkasawan tak bole blah..alahai peah..haha..ye la,tu masa kecik-kecik dulu.Korang pun mesti ada cerita masing-masing kan.Entah-entah lebih extreme dari saya punya.Tak payah nak sorok sangat la ye.

Yang sebenar-benar benar nya,dulu memang saya nak jadi seorang doktor pun.Seorang pakar kardiologi.Alah,yang main-main dengan jantung tu.Tau kan..haa..Antara faktor yang paling utama saya nak jadi pakar kardiologi ni,adalah adik bongsu saya.Dia ni ada mengidap penyakit kronik jantung.Sejurus beberapa jam dilahirkan melihat dunia,dia terus dihantar ke hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut. Then,lepas beberapa hari dia dihantar ke IJN.Start hari tu sampai sekarang setiap tahun kene ke sana untuk buat medical check up.Selain dari tu,sejak form 3 kat sekolah dulu sampai ke zaman matriks bila sampai bab jantung jer,tetiba eksaited pulak macam baru lepas makan coklat.Pada saya jantung ni organ yang unik.Jantung berfungsi dengan sendiri tanpa bantuan otak ataupun organ yang lain.Masa saya bedah katak dulu..ops,tikus.....Walaupun tikus tu dah mati,semua organ dalaman dia termasuk usus,otak perut segala dah dikeluarkan,jantung dia masih berdenyut.Dah nak buang semua bahan eksperimen tu ke dalam tong sampah pun,jantung tu masih berdenyut walaupun tiada darah.Hebat kan ciptaan Allah! :D

Oke,tapi kenapa bukan doktor sekarang??

Ouh.Semuanya bermula lepas dapat final result matrikulasi dulu.Huaaa!!!!!Jangan ditanya lagi la!Implikasi daripada result final tu,saya makan tak kenyang,mandi tak basah tidur tak mimpi-minpi sampai tujuh hari.Memang frust menonggeng macam orang putus cinta je tau tak!Uhhhh.....
Dah la masa tu check result depan parents.Sebelum balik kampung ayah suruh bukak laptop tengok result dulu.Bersungguh-sungguh saya katakan 'TIDAK!!' Check lepas balik sini je la ea..Tapi,ayah dengan ibu suruh jugak tengok.Oo tidak.Lepas je tengok result,apa citer??Bengkak la mata dalam kereta.
 Tadi chat dengan kawan saya, Emma .Dia student medic.Saya tanya la dia macamana study budak-budak medic.Best ke?Susah gila macam yang orang cakap ke?Jawapannya panjang lebar gila.
Jap jap nak tarik nafas dulu..Wuuhhhhhhhh......
  
curious??hehe..ntah la..dak medic x de life kowt cm dak lain.
x leyh nak happy2.bukan x leyh nk happy.nk ckp cam ne ek..
kitorg ann pkai sistem block.so setiap block uhh ad la system dye
cam block 3 blaja fully psl immunology.jadual pack.penuh lecture ngan practical
setiap jumaat exam.setiap 4 minggu quiz.setiap 7 minggu ad end of block ni kira exam beso la
kitorg kne study2 study study jep.x de benda len.medic=campus without life
nak happy2 or nk klua jalan2 pown ms pas abis exam cm ni arr.abis exam dpt cuti 2 hari jep
sabtu ngan ahad.isnin start pecah otak balik.huhu.entertainment kitorg facebook je la..
da penant stydy bukak fb,,.ps2 sambung study balik.huhu

kannnn.........pack gila kan.Agaknya sebab ni la saya tak ditakdirkan untuk amek kos medic ni.Sebab Allah tahu kemampuan saya.Saya ni bukan la jenis yang mengadap buku 24 jam.Satu jam nak fokus on study pun alahai...Dush!!Dahi terhantuk kat meja.So,kalau ada yang sama kes dengan saya.Tak puas hati dengan kos yang korang dapat,harap jangan la mengeluh.Sebab Allah tahu kemampuan setiap hambaNya..


Thursday 27 December 2012

All is about makan

Assalamualaikum.. :)
Sekarang saya berada dalam zone study week.So,apakah maksudnya?Final exam is just around the corner!!Excited lebih. Alhamdulillah.dua subjek dah habis cover,tinggal Biodiversity and Ecology jer belum habis lagi..JER??Tak payah nak berangan 'jerrr..' -sambil mata ke atas- sangat la ye.Dua subjek yang belum habis cover tu la paling banyaaaaaak kene baca...Sebab tu la hang saje letak subjek last2..Sigh -.-

Oke.Saya tak tahu la saya ni memang jenis kuat makan ke apa.Setiap malam time nak study je kan.Perut asyik merengek jekk....Kuat PULAK tu...Tapi nasib baik la roomate tak dengar..hehe..Padahal tengahari petang dah makan kot...Kalau lapar snack-snack or biskut biskut tak heran la kan.Ni lapar NASI!Kalah perut buaya...Biasa malam time lapar bukak locker tersenyum.Tapi sejak dua menjak ni,asal bukak locker je 'Alah..stok makanan da habis.Isk isk lapar.....' kesian gila kan...Nak turun cafe,uuuiiiiii.............memang tak lah.Jauh! Jauh la sangat satu minit turun tangga dari tingkat tiga jalan kaki empat minit sampai. Jadi,disebabkan kemalasan saya yang melampaui batas anak dara,ahaks!berlapar la sampai ke pagi..Opss,salah..tengahari...So,anak-anak perempuan di luar sana jangan ikut macam saya ye.Kelak akan memakan diri.Hehe...

Bercakap pasal makan kan.Baru je tadi saya borak-borak dengan ibu terchenta. Via phone la. Cuti sem kali ni jadual saya terisi la. Ada tiga kenduri yang perlu dihadiri dan ketiga-tiga tersebut adalah kenduri cousin saya.Masyuk tak.So kalau dah kenduri,sah-sah lah ada makan-makan kan kan kan??Hehe..First,kenduri cousin saya di Batu Pahat.Sebelas hari bulan saya balik.Esoknya kitaorang gerak. InsyaAllah.Then,dua hari lepas tu kenduri tunang Kak Y pulak and sembilan belas hari bulan kenduri kawin kak ika.Yang ni kat pasir gudang je..Masing-masing nak kawin da kan..Oke,yang last,kenduri kawin saya pulak..Eh,er...ah?apa?.. apa?%*&^%#
Mana ada.Kan tiga je saya sebut tadi. (^^,)v
Oke la,kepada cousincousin ku yang bakal mendirikan rumah tangga.Selamat menjadi pengantin baru.Semoga kekal hingga ke anak cucu cicit.Eh TAK!Semoga bahagia sampai je Jannah.InsyaAllah <3
p/s-diaorang baca ker blog saya ni..ehehe..

Thursday 20 December 2012

zoology??oo..please...

Assalamualaikum..
Tak tahu la kenapa hari penaaaaaaat sangat.Sampai tertidur lepas maghrib tadi.I know tidur time maghrib tak elok,api mata dah berat sangat tadi.Tak dapat nak tahan.Sungguh! :')Padahal hari ni kelas satu jam je.Kelas lain semuanya cancel.Huhu..Masyuk gila kalau setiap hari macam ni..Anyway, final exam 2 more weeks to go!!yeah!dan dalam tempoh itu tulang empat kerat ni mula rasa malas untuk menyelak lecturer note,textbook gengen yang setebal 828 muka surat tu.penyakit lama dah mai dah..masa kat matriks dulu pun,macam ni jugak.asal nak dekat final je,saya mula rasa malas!malas!malas! 
Ooo...tidaaaaaaaaaaaak!!!!Buang rasa malas tu..buang!buang!
malas!malas!malas!
Ok,cool...cool....sempat lagi ni nak cover empat subjek core tu.InsyaAllah
 


Menurut cerita dari sumber-sumber yang fifty-fifty boleh dipercayai,next sem my fakulti akan menawarkan kursus baru.Tak sure sama ada food science or fruit science.Er..pelik je kan fruit science.Korang pernah dengar ke kursus tu..So,ramai la yang berkira-kira untuk menukar kursus.Termasuk la saya.Antara sebab musabab yang saya dengar kenapa diaorang semua nak tukar:-

1. "Aku tak pilih pun kursus ni masa isi UPU dulu.Aku pilih kursus fisioterapi,sains komputer bla bla......"

2. "Kau bayangkan lepas grade nanti kene kerja dalam hutan dengan monyet semua.Tak sanggup!"berdasarkan cerita senior-senior department kami 

3. "Tak boleh bawak la kursus ni.Susah.."

4. "Zoology dengan aku takde chemistry la.."

5. "Aku bukan pencinta haiwan.So,waddehel tetiba kene amek kursus ni."

6. "Kalau biotech ke,kimia sumber ke..sedap la dengar.Ni sumber haiwan..OMG!OMG!"


 Hmm..tu la dia.Pada mulanya otak saya pun mengong jugak memikirkan pasal ni.Sukar jugak mau buat keputusan.Tapi Alhamdulillah,lepas minta pendapat dari pelbagai pihak,saya memutuskan untuk terus stay dalam kursus ni sampai tahun 3.Pernah la suatu petang time tengah jalan balik kolej,kawan saya ada cakap,


"Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya.Allah dah tetapkan ketentuan hidup kita sejak kat Luh Mahfuz lagi.Kalau kita dah memang ditakdirkan untuk belajar kos ini, terima je.Mesti ada sebab kenapa kita diletakkan dalam kursus ni.Jangan la ragu-ragu.Yakin la dengan Tuhan :)"

So,doakan lah yang terbaik untuk saya.Oke,yang akan menghadapi final akan datang.Good luck you all..Yang dah cuti tuh,hmm..untungla....tak sabar mau balik.3 minggu lagi wei!!!!


Wednesday 14 November 2012

I am chosen

Assalamualaikum wbt.

Semalam sedang aku leka berfacebook, aku terdengar alunan Qasidah berserta ketukan gendang dari surau berdekatan. Mendengar bunyi yang sayup-sayup itu, jari yang sejak mula menekan-nekan punat keyboard tiba-tiba terhenti. Aku seperti tenggelam dengan alunan Qasidah tersebut. Mata terpejam. Subhanallah... Air mata aku mula bertakung di dan akhirnya jatuh jua. Aku imbas kembali bila kali terahir aku menghadirkan diri ke majlis-majlis kuliah, ceramah agama. Bila kali terakhir aku berjemaah di surau ataupun masjid. Lama.. sangat lama aku tak merasai nikmat berada di dalam kuliah ilmu-ilmu bersama sahabat-sahabat.. Kalau dulu, semasa di matrikulasi aku sentiasa berpeluang hadir ke majlis-majlis sebegini. Tapi, sekarang aku semakin leka dengan keseronokan dunia yang sementara ni. Astaghfirullah hal a'zim ... Ya Allah, aku rindu saat-saat aku dekat kepadaMu.. Aku rindu untuk hadir majlis-majlis ilmu seperti dulu.. 
Sungguh,aku rindu..

Petang tadi, aku terima satu mesej dari seorang sahabat..

Teha, malam ni pergi ctf 1 tak. Saing ea??

Erm, ada apa kat sana. Tak tahu-manahu pun..

Ada persembahan Qasidah dan nasyid lah..Sempena Maal Hijrah..

MashaAllah..Tuhan dengar rintihan aku semalam. Allah Maha Mendengar. Dia beri aku peluang sekali lagi untuk menghadiri majlis sebegini. Tadi,masa kat dalam dewan majlis, masa emcee cakap...

Alhamdulillah.. tahniah sahabat-sahabat sekalian telah dipilih oleh Allah untuk menghadiri program kita malam ini, 'Change Your Soul. Ya Allah terimalah Hijrahku' .. Bayangkan daripada berpuluh ribu pelajar di dalam kampus ni, kalian terpilih. Moga, diakhir majlis ini nanti, kita sama-sama mendapat sedikit sebanyak input dan syafaat..InsyaAllah..

aku terharu. Hati aku tersentuh. Air mata mula merembes lagi. Aku terpilih.. 
Kalau semalam, aku menangis kesedihan tapi tadi aku menangis kegembiraan serta kesyukuran..Alhamdulillah...


Salam Maal Hijrah 1434
Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah :) 
 
  

Friday 2 November 2012

Ceramah pakcik teksi

~Mulakan dengan bismillah~

Assalamualaikum wbt.
Jadual semakin padat. Exam semakin dekat.Kalau kat matrik dulu, apabila tiba situasi begini confirm kat padang, volley court, gelanggang badminton skuash kosong, tak de orang. Tapi kat sini lain. Waktu petang, tempat-tempat ni tetap penuh dengan student. Aku suka suasana macam ni. Semangat sukan ada tak kira time exam ataupun tak. Diaorang tak duduk terperap dalam bilik sampai tension pecah kepala.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semalam Alhamdulillah,selamat sampai Sarawak dengan selamat. Perjalanan tak kelam-kabut sepertimana perjalanan masa balik Johor. Memang gila time tu. Sampai pening kepala berkeliaran kat airport.Huh.. Perjalanan kami semalam, dari airport JHB-SZB KLIA-KCH. So,dari SZB kat Subang tu terpaksa la naik teksi 70 hinggit ke KLIA.

dari atas, macam berangan berada kat istana awan..hehe


Dalam teksi tu, dapat la rehat sekejap. Sedang melayan perasaan masing-masing, tiba-tiba pakcik teksi ramah pula ajak berbual. Dari bertanya nama, asal dari mana, belajar kat mana..macam-macam la dan akhirnya sampai ke satu soalan ni..

"Jauh dari Johor..Best ke duduk kat Sarawak?"jawapan pakcik tersebut dijawab oleh aku sendiri. Jawapan yang sangat simple tapi menimbulkan ketidakpuasan hati dalam hati pakcik tersebut, 'boleh la...'

"Boleh la? Macam tak ikhlas je jawapan tu, dik..Biasanya, kalau dah ada perkataan 'lah' tu tandanya mengeluh.."

"Eh, takde la pakcik. Mana ada mengeluh, pakcik. Best duduk Sarawak ni, pakcik." aku memperbetulkan balik jawapan aku dengan ayat yang lebih meyakinkan.

"Ok, cuba adik tengok dua situasi ni. Yang pertama situasi keluarga miskin. Diaorang ni ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Setiap hari, waktu malam je, keluarga ni pening, 'nak makan apa lah malam ni?hmm..' Situasi kedua pulak. Family ni kaya. Tapi tetap jugak pening bila tiba waktu makan malam. 'Apa..lah, makan ni je setiap hari. Boring lah.. Jom try makanan lain.' Nampak tak kedua-dua situasi ni. Masing-masing guna perkataan lah..Nampak sangat perkataan ni sebenarnya untuk orang-orang yang kuat mengeluh. Tak baik mengeluh ni, dik. Tuhan dah bagi kita rezeki, bersyukur je la. Tak payah nak mengeluh. Ya? Sepatutnya, jawapan yang patut adik bagi untuk soalan pakcik tadi macam ni, 'Seronok!' Kalau adik jawab macam tu, baru la pakcik yakin yang adik betul-betul seronok duduk kat sana, walaupun dengan satu perkataan je jawapan adik tu." pakcik tu diam. Otak aku proses semua yang pakcik tu cakap sebentar tadi. Sahabat aku Najihah, senyum je kat sebelah. Dah terkena.

Masih belum sampai KLIA lagi nih. Aku memandang ke luar tingkap. Banyak betul banner-banner iklan kat sepanjang perjalanan. Haa! Satu iklan ni menarik perhatian aku. Memang trend budak-budak sekarang especially student guna benda alah ni...

Kegilaan budak-budak sekarang.Samsung Galaxy Tab 2.
Tak tipu. Dalam kuliah aku tu,berderet student beli gadjet ni. Aku pun minat la jugak nak beli gadjet ni. Tapi bila fikir balik kemampuan diri, lupakan je la. Sambung cerita tadi, lepas je nampak iklan Samsung Tab kat atas ni, aku terus cuit tangan Jihah, 'tu ha..tak kesampaian nak beli. hehe'. Kitaorang gelak je la dalam teksi tu. Kitaorang tak gelak gedik-gedik ea. Menyampah! Pakcik teksi tu pulak macam faham-faham je jiwa budak remaja sekarang ni.

"Dalam hidup ni dik, kita kene ikut kemampuan. Kene pandai membezakan mana satu kemampuan dan kehendak. Jangan kerja nak ikut kawan je. Kawan guna handphone mahal, kita sibuk-sibuk nak ikut guna jugak. Sekarang handphone memang satu keperluan. Tak dinafikan lagi. So, boleh je beli handphone yang biasa-biasa. Setakat boleh call,mesej pun dah cukup. Ni, handphone berkamera la, mp3 la, wifi la. Tu semua kehendak je. Mak bapak kita bukannya kaya sangat nak beli handphone canggih-manggih tu semua. Cukup la sekadar termampu. Belajar dulu. Ibu bapa hantar anak jauh-jauh, macam adik sampai ke Sarawak untuk belajar. So,belajar betul-betul. Inilah masanya untuk adik belajar sementara tengah muda-muda otak tengah cerdas. Macam pakcik dulu, tak mampu. Nak belajar tinggi,duit tak cukup. Adik yang diberi peluaang belajar ni, pakcik nasihatkan gunakan peluang ni sebaik mungkin. Boleh je kalau nak enjoy, tapi jangan sampai melampaui batas. Pakcik pernah bawak seorang budak perempuan ni. Dia student. Keluar dari pintu gate asrama baik je. Bertutup litup. Cantik pakai tudung. Tapi, masuk je teksi, tanggal tudung. Bila tanya nak ke mana, nak ke kelab. Banyak dah pakcik jumpa budak-budak muda macam ni. Macam-macam perangai. Risau pulak pakcik tengok budak-budak sekarang."

Najihah tiba-tiba menyampuk, "Salah pilih kawan tu.."

"Haa! Tu yang salah. Masing-masing da besar. Ada akal boleh fikir sendiri mana betul mana salah. Kita tak boleh menuding jari menyalahkan kawan semata-mata. Kalau da tau kawan tu salah, kenapa ikut dia? Kenapa tak tegur? Ni la masalah remaja sekarang. Senang sangat terpengaruh dengan sekeliling. Tak pandai nak bawak diri. Orang ajak pergi kelab nak ikut. Kata nak try. Yang dah ada boyfriend pula, ikut je apa boyfriend cakap. Lepas tu, lari rumah. Mak bapak risau masuk tv. Tak kesian ke. Adik kat luar kene pandai bawak diri. Jangan mudah sangat percaya cakap orang. Sebelum buat sesuatu,fikir dulu. 'Betul ke apa yang aku buat ni? Salah ke?' Fikir kesan akan datang. Jangan dah terhantuk baru tergadah. Tak guna, dik. Masa tu, tak sempat nak patah balik.."

Kami senyap je kat belakang dengar pakcik teksi ni beri nasihat. Kadang-kadang mengangguk la jugak, ada la respons. Takkan nak membatu je. Dah nampak singboard PERLEPASAN 750 m. Tak silap la macam tu dia tulis. Hee.. Dah nak sampai KLIA pun... "Ok la dik. Sampai sini je la ceramah pakcik pagi ni. Kalau orang lain dah kene bayar. Pakcik free je." kami ketawa je. 

"Haha..ok la pakcik. Terima kasih"

Kelakar la pakcik ni. :)







Masuk KLIA ---> Check in ---> Duduk. Tunggu flight KCH pukul dua. Masa tu jam menunjukkan pukul sepuluh pagi. Sekian.


Wednesday 17 October 2012

cerita dulu kala

Assalamualaikum wbt..


"Kelas hari ni dibatalkan dan akan digantikan dengan hari lain" 
Seronok kan bila lecturer menuturkan ayat yang sedemikian..haha..Kalau setiap kali kelas,semua lecturer cakap ayat yang sama,memang la heaven gila kan.Tapi bila nak ganti balik kelas yang dibatalkan tadi,pergh malas je rasa.Lebih-lebih lagi,bila kelas tersebut digantikan pada waktu malam.Jam tujuh sampai sembilan MALAM!Haih,nak ke tak nak kene datang jugak.Sebab kehadiran mesti penuh 80%,kalau tak,nanti tak boleh masuk exam pulak..

'Uit,fatihah..niat datang kelas bukan tu semata-mata 80% tu je la..niatkan kerana Allah.Betulkan nawaitu tu..Baru la ikhlas belajar nanti.kui..kui..kui..'

Ok,tadi masa pulang dari kelas dengan sahabat aku,Farah,kami melewati waktu malam di atas jambatan sambil ditemani neon-neon yang terang.Menghirup udara segar tasik unimas..uhhhh..bestnya..
err...em,kami berbual-bual lah untuk menghilangkan rasa bosan dan mengantuk.Ketawa terbahak-bahak apabila mendengar cerita masing-masing.Sumpah kelakar..

     Farah yang memulakan cerita dulu sebenarnya.Dulu masa kecik-kecik,dia selalu salah sebut perkataan-perkataan yang simple..Contohnya,lutut dia pronounce luntut..Ramai kawan dia yang tegur 'Lutut!bukan luntut..' tapi dia tetap nak tegakkan benang yang basah tu..Cuba buat ayat guna perkataan ni.

"Mak..tengok ni..darah..luntut Farah sakit.." huh.Apekah?

Lagi...haa!Yang ni mesti ramai yang sebut.Kelakar jadi telakar..Aku pun masa kecik-kecik dulu selalu salah sebut perkataan ni.Bila kawan buat lawak je..

"Hahaha..kau ni telakar la.Nak tergelak aku!Haha.." confirm kene gelak balik dengan kawan tu.Haha..

Aku masa sekolah rendah dulu,tak dapat bezakan dua perkara ni.
First,bila tengok pertandingan lumba lari and masa tu pasukan aku pulak yang menang..and bila aku lawan batu seremban dengan kawan dan aku menang,aku akan jerit. "Yeay,benang!benang!Aku benang!!" haha..Aku pun tak tau la kenapa masa tu bibir ni tak boleh sebut menang.Asyik benang je yang terkeluar dari mulut ni..huhu..

Yang keduanya,aku tak dapat bezakan perkataan untuk dan punya.Aku ingat lagi masa tu,tengah berbual-bual dengan budak baru ni,pen dia sama dengan pen aku.So,aku pun cakap la,

"Hei,pen ni macam untuk kita je.." lepas tu dia toleh kat aku.Dia cakap,

"Perasannya..siapa nak bagi awak pen ni" aku pelik kenapa dia cakap aku macam tu.Dia cakap aku perasan?Pehal plak??Then,tak lama lepas tu baru aku sedar aku salah..Sepatutnya aku kene cakap macam ni,

"Hei,pen ni macam kita punya la.." kannn...baru la betul.Hmm..

Macam-macam la masa kita kecik dulu.Kadang-kadang time tengah belajar mengadap buku genetis ni,tiba-tiba je semua memori tu datang,lepas tu tergelak.Roomate yang ada kat sebelah pelik "Yang kau ni kenapa tiba-tiba gelak sorang-sorang.Demam ke?"

Huhu :)


Sunday 14 October 2012

hawa wahai hawa

Assalamualaikum wbt...



     Dah tengah malam ni..Jam sedang menginjak ke pukul satu lima minit,tapi mata ni masih belum lelap..Mungkin sebab aku dah tidur lama lepas Isyak tadi..Sampai housemate ajak makan pun aku tak sedar..Oleh sebab mata segar bugar,aku mengambil keputusan untuk study balik satistic for biology..mid sem pun nak dekat dah kan..

     Petang tadi jalan-jalan kat booth konvo,best jugak tengok baca kasut,baju,selendang,tudung..rasa macam nak beli je semua tu..tapi memandangkan aku ni masih lagi tengah belajar dan memerlukan sangat banyak duit untuk cover MAKAN especially,kene la jimat dan cermat..kalau tak makan maggi je la..opsss,tak nak makan maggi meyh..kecerdasan minda akal dan fikiran sangat penting untuk aku jump terus ke PhD nanti..nak dapat first degree la katakan..hee....

     Masa tengah jalan-jalan tadi pun aku tengok ramai jugak yang keluar dengan couple masing-masing.macam-macam gelagat kerenah la aku jumpa.Kebetulan tadi hujan renyai-renyai,so si lelaki tolong la payungkan si perempuan.mereka sama-sama berbual bercanda di bawah payung tersebut sambil mencuci mata..alahai sweet ke??Pernah satu hari aku bertanya kepada seorang sahabat,

"Fatin,kalau kita sebagai seorang perempuan memulakan text or mesej kat lelaki,baik ke tak?"

"Atas urusan apa?penting ke?"

"Tak la..saje je..kawan.."
Dia terus menggeleng.

"Kenapa tak boleh?"

"Zina ni teha.bukan setakat berdua-duaan dalam bilik buat benda tu semua.zina ni banyak.zina hati,mata,akal..kalau selalu dok mesej,lebih-lebih lagi apabila dengan yang berlainan jantina.tak mustahil kita akan ingat mesej-mesej tu dan ingat kat pengirim mesej tu jugak..tu dah dikira zina akal..kita manusia biasa,iman cepat goyah.perkara yang tak baik senang je diikut,yang baik pulak payah bukan main.seelok-eloknya kita berhubung dengan kaum adam bila ada urusan yang penting je.kalau tak de,tak payah la..

"Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan" - (Sura al-Israk: 32)."

see, dalam Al-Quran pun Allah dah berfirman,jangan mendekati zina.Perkara-perkara yang mendekati zina tu termasuk la berbual-bual dengan mereka(lelaki) tanpa ada urusan penting,memandang lelaki ajnabi,berjabat tangan dengan lelaki/perempuan ajnabu,melangkah ke tempat maksiat dan banyak lagi la.."


"Habis.kalau kita dah memang berkawan dengan dia lama...masalah kita semua cerita kat dia and dia jugak yang tolong solve kan.tak kan tak boleh kot?"

"kat dunia ni perempuan dah pupus ke sampai perlu cerita semuanya kat diaorang?"aku terus terdiam.




renungan untuk diri sendiri dan semua....


Friday 12 October 2012

Tiba-tiba rasa nak post entry ni :)

Bismillahirrahmanirrahim................

Assalamualaikum... :)
Dah lama gila tak menulis ni...Berdebar-debar pulak bila tangan ni menari2 atas keyboard..hehe..chewahh
Hmm..lamanya tak jengah blog ni,dah bersawang berhabuk aku tengok blog ni (sumpah klise ayat ni!)
Alhamdulillah..bermula 1 September yang lalu,secara rasminya saya bergelar mahasiswi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)..YEAY!!



    Memang la pada mulanya,sejurus selepas dapat tahu saku ditawarkan ke UNIMAS..sedih gila..Masa tu menangis sampai tak ingat dunia.Ye laa...jauh kot..tak sanggup nak tinggalkan family kat johor ni haa...Ibu pun awal-awal lagi dah meleleh air mata..hee,rasa kelakar pulak bila diingatkan balik..Tambahan lagi,yang membuatkan aku menangis bagai tak nak berhenti bila dapat program SAINS DAN PENGURUSAN SUMBER HAIWAN.. atau nak lagi sedap ZOOLOGY. Wei,kursus apa ni??mengarut..tak pernah dengar pun..Macam-macam aku fikir tentang masa depan aku mase tu..Aku nak kerja apa nanti?Dalam zoo ke?Banyak ke peluang kerja lepas graduate nanti?Cerah ke masa depan aku lepas ni?Arrgh.....memang seminggu tu aku pening gila memikirkan tentang tawaran ni.Nak pergi kerja pun moody je..huh..Ramai jugak aku call untuk mintak pendapat tentang course ni.Mak cik,pak cik,kakak,abang..aku call emma jugak.kawan aku yang amek asasi kat UNIMAS..Alhamdulillah..diaorang kasi positive respons..Emma kata kursus aku ni best..Kursus yang aku dapat ni banyak kerja lapangan..Selalu buat kerja kat luar...Hm..thanks emma.Mudah-mudahan betul la apa yang dia cakapkan tu..

    Sekarang dah hampir 5 minggu kat sini,semuanya berjalan lancar.Assignment yang bertimbun adalah perkara biasa dan tidak perlu dikhuatiri.hehe..Tak menyesal la sampai sini..Best jugak la..Dapat la merasa duduk tempat orang.Kenal budaya baru..Dan yang paling penting,dapat la jugak merasa naik kapal terbang..hehe..Roommate pun Sarawakian.So,dapat jugak belajar sikit2 bahasa sarawak kat sini...Mid sem term nak dekat dah,sekejap je kan.Nak buat betu2 kali ni.Mana tahu rezeki pointer 3.75 ke atas,nanti dapat la terus lompat ke phD..hee..angan-angan mat jenin moden :D

Thursday 17 May 2012

Hidup dengan tanggungjawab.Leceh la..

Assalamualaikum wbt..
Sejak habis program matrikulasi nih,memang kerjanya kat rumah duduk je la kan. Ingatkan cuti sampai bulan sembilan ni nak kerja,nak collect duit boleh la beli barang-barang untuk masuk uni nanti.Tapi keadaan tak mengizinkan.Saya terpaksa menggalas tanggungjawab yang sebenar-benarnya sebagai seorang kakak yang sulong untuk menjaga askar-askar kat rumah ni.So,bila dah diberi kepercayaan oleh ibubapa,tak boleh la saya mempersia-siakan kepercayaan tersebut.Hmm..kalau bab mengemas tu takde masalah,tapi bab memasak..er..(menggaru kepala yang tak gatal)..
Kesian la mereka terpaksa makan masakan aku yang tak berapa nak sedap tu. :D
Hmm..bila bercakap pasal tanggungjawab kan,tiba-tiba teringat pulak masa zaman sekolah dulu.Masa tu hari guru,so pengawas sekolah dan pustakawan dapat tender untuk organize hari tersebut.Setiap orang ada tugas masing-masing dan saya ajk bahagian kad jemputan dan buku acara.So,semua perkara berkenaan dengan benda tu  kenelah saya handle.Sebelum terima tugas tu,takut jugak.Ye la..hari guru kan antara acara besar kat sekolah.Bila difikirkan,saya kene sediakan kad jemputan dan buku acara untuk seratus lebih orang guru. 'Ha..boleh ke aku siapkan kad2 tu nanti?'fikir fikir dan berfikir.Then,lepas fikir dalam-dalam dalam masa beberapa minit tu,saya mengangguk.Ha,gedebuk!'Amek kau'..Saya terima tugas tu sebagai satu cabaran untuk diri sendiri.Dari situlah,saya boleh check macamana  kemampuan diri untuk menggalas tanggungjawab tersebut.Setelah bertungkus-lumus dalam tempoh tersebut(tak ingat berapa minggu),Alhamdulillah,saya kad-kad dan buku acara dapat saya siapkan.Tetapi,sebenarnya banyak juga masalah sepanjang buat kad tu.Untuk guru perempuan,yang cik,saya letak puan(memang la kene marah masa tu kan).Kalau guru lelaki tak ada masalah sebab semuanya title encik.Masa last2 minit,esoknya acara tersebut tiba-tiba cikgu tak terima buku acara untuk VIP and kene buat balik.Memang kalut masa tue.Tapi em..belagak cool..Hihi..So,begitu la ceritanya..

~Kita,bila dah diberi tanggungjawab,nak atau tidak kene juga ambil sebab orang tu dah beri kepercayaan kepada kita.Melainkan kalau rasa betul-betul tak mampu,beritahu kat orang tersebut 'saya tak mampu'.Tapi kenapa tak cuba dulu?Kalau sekali kita sia-siakan kepercayaan dia orang,susah untuk orang tu percaya kita lagi.Susah susah.Masa terima tugas tu,kalau boleh jangan anggap ia sebagai satu beban tapi sebagai satu cabaran.Kalau kita kuat,kita sahut la cabaran tu.Bak kata pensayarah kimia saya 'You must think positive everything that you do!' :)

Wednesday 2 May 2012

First and foremost

Bismillahirrahmanirrahimm

Assalamualaikum wbt.
Sebelum mencarut panjang lebar,izinkan saya memperkenalkan diri :)
Nampak tak tagline atas tu.Kenapa senyum.senyum.haa..kan comel tu :D
Macam gedik je kan bunyi nya..haha
Sebenarnya ramai orang cakap muka saya ni series.tak reti2 nak senyum.
Sebab itu la tagline dia macam tu.At least,tagline atas ni mampu mengingatkan diri saya sendiri yang senyum tu amat penting.Senyum itu sedekah..
Kenapa sekamalu2.blogspot.ha..yang ni sebab Cik Teh ni sebenarnya seorang yang pemalu..
Hoho..perasan habis..
Ok lah,InsyaAllah..Cik Teh akan cuba untuk post entry yang lebih baik dan bermanfaat daripada blog sebelum ni dan sesuai dibaca semua..
Blog sebelum ni?Yang mana??
Yang mana-mana je la..Enjoy ye..

Wassalam.. ;-)