Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.
Showing posts with label Permulaan. Show all posts
Showing posts with label Permulaan. Show all posts

Wednesday, 20 March 2013

Debaran tarikh keramat

Assalamualaikum :D
Esok merupakan tarikh keramat bagi students batch 1995. Tepat jam 10 pagi, calon SPM 2012 boleh mendapatkan keputusan SPM mereka di sekolah masing-masing. Bagi yang bekerja dan tak boleh keluar, boleh saja check melalui talian SMS. Taip SPM [No KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888. 

Fuh, bila imbas kembali saat-saat amek result dulu. Sebak! Sangat sebak..Agak-agak time malas nak study, keje nak tengok movie je kat sini, aku akan cuba mengingati momen-momen result spm keluar dulu. Lepas tu aku akan berkata, Ah..tak nak pisang berbuah dua kali..Hmm, but kesedaran tu tak kekal lama. Beberapa minit lepas tu, sambung tengok movie balik sampai cerita tu habis happy ending.Hehe..

Malam sebelum result SPM keluar, parents aku beritahu yang mereka akan ikut sekali aku pergi sekolah esok. Aku dengan gembiranya kata, "Oke oke..bestnya ibu ngan ayah ikut!"..Kenapa aku happy sangat diaorang ikut? Sebab sebelum ni result UPSR dan PMR aku agak memberangsangkan, so untuk SPM pun, aku terover confident  lah yang result aku turut cemerlang seperti yang sebelum-sebelumnya. Malam tu, tak payah cakap la kan. Memang tak boleh tidur, tak boleh lelapkan mata membayangkan hari esok. Hari yang menjadi penentu masa depan aku!Uish..berdebarnya tak terkata!

Keeseokan harinya, dalam pukul sembilan lebih macam tu kot, kitaorang gerak pergi sekolah naik kereta. Jihah and Azlina pun ada sekali. And.... Dalam kereta tiba-tiba aku menangis. Habis basah baju waktu tue. Nervous yang teramat. Jihah and Azlina cuba menenangkan keadaan aku yang tak stabil tu. Ibu pun sama.. Tapi tak boleh tahanla air mata ni, nak keluar jugak. Makin dah nak sampai sekolah, makin 'kuat' pulak nangis aku tu.. Then, sampai sekolah mata berair,bengkak...Hmmm...
Lama jugak la kitaorang tunggu dan akhirnya dah nak dekat pukul dua belas baru la cikgu-cikgu berkumpul kat ruang legar untuk penyerahan result. Sebelum tu, nama-nama pelajar yang memperoleh result GEMPAK! diumumkan dulu. Masa ni lah aku nampak parents aku yang dikasihi. Diaorang macam tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya kenapalah nama anak diaorang ni tak dipanggil-panggil lagi. Aku dan sahabat yang lain pun tunggu jugak dengan penuh debaran nama masing-masing disebut. Dan apabila nama terakhir dipanggil.........akhir sekali. Dengan memperoleh keputusan  7A plus 3 A minus.. Tahniah diucapkan kepada pelajar Rinesh a/l ......" Tiba-tiba je seluruh ruang legar tu sangat gemuruh dengan tepukan tangan semua yang hadir. Aku pun tepuk la tangan untuk kawan aku tu dan dalam masa yang sama air mata aku tumpah lagi sekali...Kali ni lebih lebat daripada yang tadi. Sedih sangat bila tak dapat beri yang terbaik untuk parents aku... Aku cuma boleh bagi empat A je masa tu.. Lepas je dapat slip, aku terus ajak parents aku balik..Tapi ibu tak bagi, ibu suruh jumpa kawan-kawan and cikgu-cikgu dulu.. Sekurang-kurangnya bagitau diaorang. Oke, aku akur...

Terpancar muka kegembiraan kat muka kawan-kawan aku yang dapat result GEMPAK! tu..Diaorang menangis kegembiraan di samping mak ayah,cikgu-cikgu..Yang muka kecewa pun ada jugak.. Aku lah salah seorangnya.. Seminggu mogok makan...

Malam tu ibu masuk masuk bilik duduk sebelah aku and bagitau, "Tadi masa cikgu umumkan nama pelajar cemerlang ayah cakap kat ibu, 'Fatihah boleh..Kejap lagi nama dia keluar..Kejap lagi..' Dah tiba nama terakhir pun ayah cakap benda yang sama. Ibu pun iye kan je la. Mana tau keajaiban berlaku. Hehe.." Sempat lagi ibu buat lawak nak sedapkan hati aku. Sebak wei masa tu..SOb..soB...

But, lama-kelamaan aku sedar apa yang berlaku dalam kehidupan ada hikmahnya.. Air kopi yang pahit gila pun, kalau kita tambah lagi air dan gula secukupnya lama-lama pun akan sedap jugak rasanya kan.. Kegagalan tu sebenarnya ibu kepada kejayaan. Hal ini kerana, menerusi kegagalan tu aku belajar untuk jadi yang lebih baik.. Masa kat matrik dulu, Alhamdulillah..aku tak lagi menangis kesedihan, malah aku menangis kegembiraan... :)



Untuk adik-adik yang akan amek result esok, terutamanya sekali adik aku anum, hambik ni kata-kata daripada  pengacara Wardina Safiyyah yang akak amek dari twitter tadi:

Ishhh A bukan segalanya lah adik2ku. Ramai orang berjaya tanpa A yg berderet. It is 'who' you are, its your willpower, your EQ, creativity. :)

Okey. Good luck ye  kalian!
Terima kasih sudi baca sampai habis walaupun aku tahu korang baca langkah-langkah.Huhu..Bye!

Monday, 31 December 2012

Istiqamah 2013

Assalamualaikum :)

Terima kasih kepada awak-awak semua yang sudi membaca blog ini.Ceh!Macam la ramai sangat.'Awak-awak semua??'Hiiii..saya rasa tak sampai pun sepuluh orang yang sudi memjadi pembaca kepada blog yang serba pink purple ni.Tapi,tak kesah pun sebab blog ni pun sebenarnya sengaja tidak diwawarkan kepada ramai orang.Cewahh..ayat macam glemer sangat jer minah sesat mana nih.Ni blog diari life saya yang akan saya baca pada sepuluh or dua puluh tahun akan datang nanti.Mungkin.InsyaAllah kalau masih diberi peluang untuk bernafas lagi masa tu,boleh la baca balik.Mesti best an..an...So,korang ni dikira beruntung la dapat baca diari saya.Bukan senang tau.Haha..gurau jak..
 
Hari ni kehidupan berjalan seperti biasa.Bangun pagi gosok gigi cuci muka.Makan maggi.Satu hari suntuk duduk terperap dalam bilik.Mengadap buku or laptop.Kalau mata dah penat,boring.Main game.Layan korea.Then,mengadap buku balik.Yeah...seperti biasa.Seperti biasa sehingga tak sedar yang sekarang ni kita dah masuk tahun baru.1 Januari 2013.Sungguh tak sedar betapa cepat masa berlalu.Jap jap.Kalau dah 2013 so maknanya umur saya sekarang ni dah 20 la kan?Subhanallah.20 tahun sudah aku hidup atas muka bumi ini.Allah.Makin banyak umur kita maknanya makin dekat la kita dengan kematian.Ya Allah,bersediakah aku?kita semua??Jawab dalam hati kerana masing-masing tahu perihal diri.

Ok,secara jujurnya.Pada tahun-tahun baru yang lepas,saya tidak mempunyai azam baru yang kukuh.Betul!Saya tak de azam nak jadi kaya ke,nak dapat nombor satu ke,nak dapat handphone baru ke.Tak de la semua tu.Teruk kan saya..Tapi tahun ni lain sikit.Apa yang lain?Hmm..Tadi masa tengah baca buku tepi tingkap nun,Baca la sangat.Hang duk berangan tepi tingkap kira bintang ada berapa kat langit tuh.Ingat aku tak nampak.Hmmm...hehe..tiba-tiba hati  terdetik aku nak istiqamah solat sunat dhuha la tahun ni.Satu je azam saya tahun ni.Nampak macam senang kan.Memang la senang tapi hakikatnya saya ni bukan nya rajin sentiasa.Kalau time masa tu rasa baik sikit,buat tapi kalau rasa malas,sia-sia je waktu pagi saya masa tu.Tak istiqamah..Sebab tu la saya pasang niat nak perform solat sunat dhuha ni setiap kali kalau diberi kelapangan waktu.InsyaAllah..korang doakan la ye.Em,minta jasa baik korang tadah tangan jap..

Bismillahirrohmaanirrohiim
'Ya Allah,Kau berikanla kekuatan kepada admin blog in,Nur Fatihah untuk terus istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Mu Ya Allah.Kau kikiskan la sikap malas yang ada pada dirinya Ya Allah agar dia menjadi insan yang berguna pada masa depan kelak.Ameenn..'

Terimakasih.Semoga korang semua yang dilimpahi rahmat dan hidayahNya di tahun baru ini.Ameen..Ok la dah alang-alang kita bercakap pasal azam saya ni,tentang Solat Sunat Dhuha,elok la kiranya saya berkongsi sedikit fadhilat-fadhilat yang tersembunyi di sebalik solat sunat ini. :))
Solat sunat dhuha sangat dianjurkan malah sering diamalkan oleh nabi kita Rasulullah SAW.Antara hadis yang menyatakan keutamaannya,dalam riwayat Abu Hurairah,katanya :


“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


 Kelebihan mengerjakan solat sunat dhuha adalah sepertimana yang disebutkan dalam kitab 'An-Nurain', sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan"


Selain daripada tu,dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya,

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


 Banyak kan fadhilat kalau kita mengerjakan solat sunat dhuha.Kepada korang yang dah menjadikan solat sunat ini sebagai satu amalam,Alhamdulillah..tahniah! dan teruskan.Yang belum tu jom sama-sama dengan saya kita start sekarang.Kalau boleh jangan miss start tahun baru ni.tau..tau..Best of luck!

Sebagai penutup,kat bawah ni terjemahan doa dhuha.Kalau korang hayati betul-betul makna doa dhuha ni.ianya sangat indah :))


Ya Allah,sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu,kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahannya adalah keindahanMU,kekuatannya adalah kekuatanMu,
kekuasaannya itu kekuasaanMu,perlindungannya perlindunganMu..
Ya Allah,jika rezeki masih di langit,turunkanlah,jika di bumi,keluarkanlah,
jika sukar,permudahkanlah jika haram,sucikanlah 
dan jika jauh,dekatkanlah..
Berkat waktu Dhuha,kecantikanMu,keindahanMu,kekuatanMu,kekuasaanMu,
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh...


Kalau nak senang hafal,korang boleh dengar versi lagu punya dari UNIC.Saya tau mesti ramai yang dah tau lagu ni.Tapi yang belum tu,boleh terus ke link youtube kat sini (Doa Dhuha).Oke,selamat tahun baru 2013!
XOXO.Publish!
Muehehehe..tergedix tiba-tiba.

more about dhuha : Islam2u
bacaandoa dhuha dalam bahasa arab : Doa Dhuha

Wednesday, 2 May 2012

First and foremost

Bismillahirrahmanirrahimm

Assalamualaikum wbt.
Sebelum mencarut panjang lebar,izinkan saya memperkenalkan diri :)
Nampak tak tagline atas tu.Kenapa senyum.senyum.haa..kan comel tu :D
Macam gedik je kan bunyi nya..haha
Sebenarnya ramai orang cakap muka saya ni series.tak reti2 nak senyum.
Sebab itu la tagline dia macam tu.At least,tagline atas ni mampu mengingatkan diri saya sendiri yang senyum tu amat penting.Senyum itu sedekah..
Kenapa sekamalu2.blogspot.ha..yang ni sebab Cik Teh ni sebenarnya seorang yang pemalu..
Hoho..perasan habis..
Ok lah,InsyaAllah..Cik Teh akan cuba untuk post entry yang lebih baik dan bermanfaat daripada blog sebelum ni dan sesuai dibaca semua..
Blog sebelum ni?Yang mana??
Yang mana-mana je la..Enjoy ye..

Wassalam.. ;-)