Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Thursday 26 December 2013

Anak lelaki Makcik Sena


Kat depan rumah aku ada sorang makcik yang jual nasi lemak
Nasi lemak dia sedap sangat sampai aku dah teraddicted dengan nasi lemak dia..
Oleh sebab aku hampir setiap hari aku akan singgah di gerai dia sebelum ke kelas, makcik tu pun dah cam muka aku, dah siap tahu nama lagi youuu.. Lupa pulak nak bagi tahu yang  nama makcik tu Makcik Sena..

Tersebut lah kisah, pada suatu hari Sabtu, aku takde kelas..
Bangun pagi bukak peti sejuk.Kosong.
Tak tahu nak masak apa, last2 aku capai beg duit kat atas meja, beli nasi lemak mekcik sena..
Tak tahu lah kenapa hari tu angin ribut takde, aku teringan tulang pulak nak tolong makcik ti meniaga..
Tapi sebelum tu aku pie la naik atas dulu bersihkan diri..Nanti tak pasal-pasal pulak jatuh merudum keuntungan makcik tu hari tu...
Dalam masa meniaga tu, kami berbual-bual lah..Seronok la berbual dengan makcik Sena ni, macam-macam topik keluar..
Aku jadi enjoy pulak dengar cerita dia..Sampai la satu topik ni..
Dia ada anak lelaki rupanya...

" Mak cik sebenarnya ada anak lelaki tiga orang. Dah besar semuanya..." aku jadi tersemangat pula tetiba

"Ooo..yeke makcik.." tapi takkan nak tunjuk pulak. Cover la sikit..

"Yang sulong sekarang kat UiTM, adik dia kat UTM..Yang bongsu pulak kat UKM...yang sulung tu umur 25 tahun.." aku angguk-anggukkan je la kepala mendengar cerita makcik tersebut..

"Alhamdulillah, masing-masing berjaya. Sampai jugak diaorang kat U sana..." ye lah, mak mana tak gembira anak masuk U kan...

"Anak-anak makcik amek course apa kat sana?" terpacul jugak satu soalan dari milut aku akhirnya.

"Eh,nak..anak-anak makcik bukannya belajar kat sana. Diaorang kat sana  bukak gerai nasi lemak jugak macam makcik ni haa..Yang sulong ada gerai sendiri kat UiTM, adiknya ada gerai sendiri kat UTM, yang bongsu pulak ada gerai sendiri kat UKM.." makcik tu senyum.

Ops..alamak, salah tanya soalan ke tadi...

Hahaha..kejayaan tak semestinya dimiliki oleh orang-orang yang masuk, belajar kat universiti je yer..Kejayaan tu luas..Orang yang tak masuk universiti pun bleh berjaya jugak asalkan hidup dia tu ada wawasan. Menurut payung di bawah (eheh),  selagi mana adanya keinginan, disertai dengan sikap dan disiplin yang baik, dan yang paling penting determination yang tinggi, dengan izin Allah, kejayaan boleh dicapai..

Ibu aku pernah bercerita, ada seorang kawan dia masa SRP dulu fail! Tapi hari tu jumpa waktu reunion, budak yang fail tu lah dah ada kilang kapal sendiri. Hah!Kaya tak kaya...

Menurut ahli falsafah, kejayaan ialah cara meningkatkan kuasa untuk mendapatkan sesuatu dalam hidup tanpa menganggu kehidupan orang lain.

Dalam surah al-Mukminun pulak, antara ciri-ciri orang yang berjaya ialah :

~ Beriman kepada Allah
~ Menunaikan solat dengan khusyuk
~ Menjauhkan diri daripada perkara yang keji dan sia-sia
~ Mengeluarkan zakat
~ Menjaga kehormatan diri
~ Menunaikan amanah dan janji
dan..dan yang paling penting sekali.....
~ Menjaga waktu solat..

So, wanita-wanita di luar sana sekalian, jangan pandang sebelah mata je akan lelaki2 dia luar sana yang jual nasi lemak, as long as hubungan dia dengan Allah baik, solat jaga, hubungan dengan manusia pun baik pun dah oke..InsyaAllah.. -_-

*cerita makcik Sena di atas hanyalah rekaan semata-mata takde kene-mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Aku dapat cerita tu daripada ustaz sekolah agama masa darjah satu dulu dan telah ditokok tambah banyak bukan sedikit..hehe..
Peace!
Assalamualaikum...

Wednesday 25 December 2013

Bila kita diuji



Ya Allah, mana purse aku ni..Tak kan ada orang curi pulak..”

hatiku berdebar-debar menyelongkar beg kelas mencari beg duit berwarna pink. Sebelum ni, selalu je aku tinggalkan beg duit tu kat sini, tak pernah pulak hilang! Tapi, hari ni..aduhai…nak dekat exam ni, kad matrik, kad bank semua ada dalam tu. Yang paling penting IC!! Ya Allah, ada yang tak lepas aku nak balik ni nanti. Tersangkut kat imegresen airport tu kangggg……

Ada tak purse nya teha??”

 Sahabatku Fatin yang tunggu sejak tadi turut prihatin. Aku menggeleng. Kami memandang sesama sendiri.

Buntu.

Tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba Fatin mengeluarkan telefon bimbit Nokia nya dari dalam kocek.

“Aku try call Farah jap. Mana tau tertinggal kat atas meja ke tadi..”

Aku mengangguk saja sambil terus mencari purse di dalam beg dengan harapan akan jumpa. Tapi hampa.

“Teha, tak de la.. Diaorang dah tengok sampai bawah meja dah semua. Tak de jugak..”

Allah…memang sah lah hilang ni. Siapa pulak lah yang berani selongkar beg aku nih?! Tak de perasaan betul lah..

Eh.

Astaghfirullah hal a’zim..tak baik buruk sangka..Astaghfirullah……

“Huhh..takpe la kalau macam tu..tak de rezeki kot..Lagipun berpunca dari diri aku jugak. Cuai.. Dah tahu ni tempat awam, tinggal merata-rata je beg tu..Ujian…”

Hatiku mula pasrah dengan musibah yang melanda malam itu..

Hasbunallahu wani’k mal wakil..Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung [3: 173]

Kita memang insan pelupa. Walaupun diberi nikmat yang berbagai-bagai, kita tetap kufur pada nikmat tersebut. Kita lupa mengucapkan syukur. Namun, Allah Maha Penyayang, Maha Pemurah. Walaupun kita selalu melupakan Dia, tapi rezeki tetap tak putus-putus masuk. Setiap hari kita diberikan peluang untuk hidup semula setelah mati sekejap. Setiap hari kita diberi peluang untuk menikmati keindahan alam, menghirup udara free, mempunyai keluarga dan sahabat yang memahami, diberi kemudahan untuk senang tangkap masa belajar, keputusan baik dan banyak lagi sampai tak terhitung dengan jari..

Masa kita sedang bersuka-ria, waktu tu lah Allah turunkan ujian pada kita . Kita mengeluh. Padahal waktu tu, Allah sedang rindu untuk mendengar rintihan hamba-Nya. Siapa lagi kalau bukan kita.
Dalam masa yang sama, sebenarnya Allah nak test iman kita jugak dan kalau kita berjaya menghadapi ujian tersebut, maka terupgrade lah iman! :)

Lepas solat, kita selalu berdoa, “ Ya Allah, Kau tingkatkan dan teguhkan lah iman ku terhadapMu. Tabahkan lah hati ini agar sentiasa bersabar menghadapi ujian daripada Mu…”
Tu dalam doa, tapi hakikatnya apabila ditimpa ujian kenapa kita masih mengeluh. Manusia…

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan dengan mengatakan, Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?” [29: 2]

Manusia pasti diuji. Kita tak boleh cakap Aku tak mampu untuk menghadapi ujian ni sebab Allah tahu kelebihan dan kekurangan hambaNya, jadi pastilah ujian tu sesuai dengan kemampuan hambaNya. Salah kita kalau kita kalah dengan ujian tersebut sebab dah terlalu selesa berada dalam comfort zone. Nak tak nak kita tetap kene sabar dengan apa sahaja dugaan yang diturunkan. Bukankah orang yang bersabar itu beruntung? :’)




#peringatan untuk diri sendiri dan semua. :-D


Saturday 26 October 2013

the best terapi bila aku homesick




Assalamualaikum wbt.. :)

Dengan ini saya umumkan, minggu peperiksaan pertengahan sem sudah bermula!!!!

Haaa!!!Apa apa???Mid-sem??

Yo lah!Awat hang terkezut sangat?
 
Cepatnya dah mid sem.. Pejam celik pejam celik je kan. Sekarang bulan  sepuluh. Kejap lagi, pejam celik pejam celik lagi, daaaahhhhh bulan satu. Tak sabarnya nak balik..
 
Wei! Hang ni satu paper pun tak sit lagi, dah dok pikiaq nak balik. Berpijak lah di bumi nyata!!!

Zap!!!

____

Erk.
Oke, that's me! Dah tahun dua pun, masih dok fikir nak balik tak habis-habis. Dah tahun dua pun, masih homesick lagi tak habis-habis. Nampak tak kemengada-ngadaan dia di situ?

Hmmmm...

Apa la nak jadi....................................

So, bila dah homesick 24 hour, terapi yang paling mujarab untuk aku ialah..

MPH :D

POPULAR :)

BADAN :O

KiNOKUNIYA :p <------------x pernah masuk.teringin nak masuk..

SMART :p <------  bookstore baru kat SUMMER!
 

Ye, benar! Aku suka gila tahap gaban bila masuk bookstore. Mata jadi rambang bila nampak buku yang tersusun cantik dan rapi kat rak. Aku nampak buku-buku tu seperti melambai-lambai sambil membuat mata yang besar dan comel sambil menyahut 'Belilah saya! Belilah saya!' (oke,imaginasi yang tahap hiperbola tak boleh blah) Tanpa ku sedari, kaki mula melangkah satu per satu dengan pantas ke setiap rak-rak buku yang  ada. Port bookstore yang menjadi favourite aku sekarang ialah Non-fiction. Buku-buku kat situ tajuknya lebih kurang gini.. Macamana nak jadi kaya??, Personality Plus, Straight-A study skills, The body Language of Love, Menjadi wanita solehah (heh. semua orang nak jadi wanita solehah kan...) dan yang lain-lain yang sama waktu dengannya. Aku pun tak tahu lah kenapa aku beralih arah ke buku-buku motivasi sekarang ni. Mungkin sebab aku kurang motivasi kot. Hahaha..Aku suka je masuk bahagian novel. Cover-cover buku yang lawa-lawa, warna-warni dan tajuknya yang best! mempengaruhi aku untuk membeli walaupun satu. 

Tu time ada duit lah. Tapi.....................tapi................kalau masuk bookstore time takde duit, haiya...sangat tak best maa.....Hanya mampu melihat dan berharap je. Macam kes aku hari tu la. Kitaorang jalan-jalan kat bookstore Smart, aku dah berkenan satu buku ni ni, then capai la..Pastu  lagi, kawan aku recommend kan pulak lg satu buku ni...



Aku pun selak lah. 
Selak lagi. 
Selak lagi. 
Dan selak lagi. 
Walawwweyyyy, best gila buku ni. Nak beli!! Bukak purse.Hadoi....duit tak cukup pulak, oke fine. Terpaksa la aku letak balik buku tu tanpa pasrah. Tunggu baucer. (Eh,dapat lagi baucer lg sem ni?huhu) Sadis kan.. So, nasihat daripada aku, kalau nak masuk bookstore tu, sediakan lah money secukup-cukupnya ye. Secukup-cukupnya oke, bukan sebanyak-banyaknya.








Heaven yang amat bila customer tak ramai. Kitaorang boleh buat tempat tu macam rumah sendiri. Kalau lah aku boleh beli satu kedai ni, alangkah seronoknya. Tak pun, kalau lah rumah aku nanti ada library sebesar alam ni, tak keluar rumah pun takpe.
Ceh,nampak sangat tipo kat situ..


Ahahah..oke lah. Doakan aku dapat jawab exam dengan baik ye. Terima kasih sudi bacaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...


~huh,cuti midsem ada fieldtrip. Tak boleh balik :'(
Plus,mak kitt............

Dah dah dah!

Oke  bye.
Assalamualaikum....

Sunday 29 September 2013

Mentaliti kita


Assalamualaikum  :)
Izinkan aku bukak entry kali nie dengan berkongsi satu kisah. Kisah ni aku dapat daripada seorang kakak  yang datang dari Sabah semasa usrah tempoh hari. Em, kesahihan cerita ni tak pasti tapi harapnya korang  dapatlah nampak apa pengajaran yang cuba hendak disampaikan melaluinya oke ;)

Alkisah ada sebuah kerajaan yang mempunyai rakyat yang harmoni dan seorang raja yang bijak dan berdedikasi. Suatu hari, raja tersebut ingin menguji rakyatnya. Raja meminta agar setiap seorang daripada rakyatnya memenuhkan sebuah kawah dengan hanya satu sudu susu putih seorang. Demi  mematuhi perintah raja, maka rakyat pun segera lah menyediakan satu sudu susu putih. Pada keesokan harinya keluarlah rakyat untuk memenuhkan kawah tersebut. Raja melihat rakyatnya dari dalam istana dengan senang hati.

Setelah semuanya selesai, raja dan pengikut-pengikutnya pun turun ke bawah untuk melihat hasilnya. Dan alangkah terkejut mereka apabila melihat warna di dalam kawah tersebut tidaklah putih seperti yang sepatutnya. Nak tahu apa warnanya?

“Mengapa warna di dalam kawah ini tidak seperti yang beta mahu? Mengapa warna susu di dalam kawah ini coklat instead of putih?” (oke, dialog ni aku reka sendiri)

So, kenapa korang rasa warnanya coklat?

Kenapa bukan putih?

Think! Think! Think! (bak kata Pooh)

Hmm..

Takpe lah, biar aku kasi jawapannya.. So, si raja pun buatlah kesimpulan

..ada dalam kalangan rakyat yang memandang remeh akan perintahnya. Mungkin ada di antara mereka yang berfikiran begini  ‘kalau aku letak satu sudu teh pun bukannya raja tahu’. So, disebabkan pemikiran itulah air di dalam kawah tercemar menjadi coklat. Maka, si Raja pun berasa sangat kecewa akan sikap segelintir rakyatnya.

Sedar atau tidak, pemikiran kita sebenarnya mampu untuk memberi  kesan yang sangat mendalam terhadap sesuatu perkara. Kisah di atas hanyalah ideologi untuk tajuk yang aku nak tulis kali ni. Aku yakin, ramai antara kita telah didedahkan dengan risalah-risalah tentang ‘pemboikotan’ barangan-barangan daripada Israil dan sekufu dengannya.




Namun ramai yang memandang remeh  akan usaha ini. Mungkin ada dia antara kita yang berfikir ‘kalau aku seorang je yang boikot, apa gunanya. Sama je tak member kesan apa-apa.’ Nampak tak.. kenapa mesti fikir macam tu. Cuba bayangkan kalau semua orang Islam berfikiran macam tu, macamana usaha mahu  jalan. Makin ramai orang Islam berfikiran begitu, maka makin ramailah yang membeli barangan-barangan boikot tersebut. Tapi, cuba kita kita berfikiran sebaliknya, berfikiran positif, ‘Andai ni je usaha yang mampu aku buat selain daripada doa untuk membantu saudara-saudara Islamku yang tertindas di Palestin, aku redha tak beli lagi air milo dan maggi. Aku harap semua orang pun akan buat benda yang sama. InshaAllah,amin Ya Rabb..’ Kalau kita berfikiran begini, InshaAllah usaha pemboikotan ni akan berjaya. Oleh yang demikian, jom tukar mindset . Jom boikot barangan keluaran sekutu-sekutu Israil.  
Boikot!
Boikot!
Semoga usaha kita ini dipandang oleh Allah Ta’ala dan secara tidak langsung dapat membantu saudara-saudara Islam kita di Palestin dan juga di Negara-negara Islam yang lain. Amin….

Friday 27 September 2013

Persoalan tanpa jawapan

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah, dapat juga aku curi masa untuk update blog ni lagi. Sebenarnya macam-macam aku nak tulis sejak dua menjak ni. Tapi malangnya, masa tidak mengizinkan. Keadaan pun tak mengizinkan disebabkan line celcom kat kawasan perumahan baru aku ni teruk tahap apa aku pun tak tahu.

Hmm..aku tak tahu la kenapa orang Malaysia ni susah sangat nak beratur bila naik bas. Dari zaman sekolah menengah sampaiiiiiiiilah ke alam universiti ni, aku tengok masing-masing mesti nak berebut-rebut sampai nak bertolak-tolak bila nak naik bas.Makin dah besar (a.k.a matang) makin teruk pulak aku tengok. Maaf. Tapi itulah hakikatnya. Seingat aku la kan, kali terakhir aku beratur untuk naik bas ialah masa sekolah rendah. Itu pun, pakcik bas yang suruh. Selagi tak beratur, jangan mimpi dia nak bukak pintu bas tu.

Tak sedar ke sikap kita yang negatif ni bakal mengundang perspektif yang tak elok daripada orang luar. Contohnya, hari tu kawan aku cerita. Macam biasalah, waktu-waktu peak hour macam pukul satu ke satu setengah memang ramai yang tengah tunggu bas. Nak dipendekkan cerita, waktu bas sampai masing-masing bangun kejar bas dan bila pintu bas bukak jer, berebut tak boleh kata apa la kan. Laki perempuan sama je masa tu. Waktu diaorang tengah berebut-rebut tu, ada seorang International student ni (berkulit hitam dan mempunyai posture badan yang besar), mungkin dia dah fed-up dengan sikap kebudak-budakan MAHASISWA MAHASISWI universiti, dia pun menjerit "Can you please???!" (sambil membesarkan matanya ke seorang student Malaysia),O mai, malunya.. Pakcik bas ada je tegur, awak kan dah jadi pelajar universiti, tak payah lah berebut, semua dapat naik..Fuh..

So, dalam kes ni, aku bertanya pada diri aku. Nak salahkan diri sendiri ke ataupun nak salahkan orang lain??Kalau salah diri sendiri, kalau aku pun tak turut serta berebut-rebut naik bas tu alamatnya sampai malam la aku dok tercongok kat bangunan HEPA tu tunggu bas. Tapi, kalau salah orang lain, er..aku pun kadang-kadang macam tu jugak..Hai...Aku pernah mengutarakan soalan tu kepada seorang sahabat, dia jawab,

"Masing-masing nak cepat. Sebenarnya bila seorang dah start, orang lain pun start jugak. Diaorang yang 'trigger' orang lain untuk berebut jugak."

Ibaratnya macam kerana nila setitik rosak susu sebelanga la. Eh.

So, tolong bantu hulurkan bantuan anda. Menjawab soalan aku ni  Siapa yang harus dipersalahkan.  Kepada rakyat Malaysia yang mempunyai nilai murni dan adab sopan santun yang tinggi melangit, tolonglah sila beratur sebelum naik bas. Benda simple tu kot kalau tak boleh nak apply dalam hidup,hmm..sedih. :'(


Thursday 29 August 2013

terasa indah

Assalamualaikum wbt ((:

Menjelang hari-hari terakhir berada di rumah membuat aku rasa macam nak pegang jer jarum-jarum jam tu agar terus berhenti...Tapi walau sekuat mana aku pegang sampai nak patah jarum tu sekali pun, masa tetap akan terus berlalu..berlalu..berlalu....hhm.. Biarlah, lagipun kalau waktu statik je, macamana kita nak moving forward kan..ok..
  
Petang tadi, masa aku turun dapur. Aku terpana seketika. Terkejut maaak tengok banyak sangat lauk yang ibu and ayah beli kat pasar borong. Daging! Udang! Ikan! Semua ada. Macam nak buat kenduri kawen da.. (macam dah tak ade kenduri lain yang nak disebut) Haha..then, aku tanya la ibu,  

Kenapa banyak sangat lauk ni? Nak buat makan-makan ke??

Nak tau tak ibu aku jawab apa..

Apa pulak nak buat makan-makan. Untuk anak la.. Sekali-sekala anak balik, beli lah lauk yang sedap-sedap. Cakap je nak masak apa, ibu masak..

Terharu nya Along dengar..Terharu.. hehe 

Terharu, terharu jugak..Nanti kat sana belajar sungguh-sungguh. Kalau tak, haru mak kau ni ha..
hEE...Aku sengih je la macam kerang busuk bila ibu cakap macam tu..InshaAllah ibu..InshaAllah.. (:

Pernah satu hari tu, aku tengah makan pizza dengan kawan-kawan kat Sarawak..ibu call..kami pun berbual-bual lah sekejap dalam phone..

Ibu, along kat pizza ni. Hang out dengan kawan..

Ouh..sedapnya. Kat sini kitaorang makan lempeng jer..

GULP!
Rasa bersalah pulak..hehe..
Tetiba aku terbayang lempeng ibu. Makan cecah dengan sardin. Pehh sedap gila!
Lempeng dengan SARDIN je kot!! Itu pun nak kecur..
Hmm..bila da berjauhan dengan famili, semua yang ada kat rumah terasa indah..Lempeng terasa indah..gaduh-gaduh manja dengan adik-adik pun terasa indah..betul x?


:D






Friday 23 August 2013

Sebuah puisi




Sekilas pandangan menggamit persoalan
Sejenak bertahmid kepada Tuhan
Lantas ku alih pandangan itu 
Lalu dengan pantas aku beredar
Ku biarkan hati ini berbunga
Biarlah mekar kasih kepada Pencipta
Tanpa bergantung kasih manusia

Namun sukar untuk dibendung
Pabila hati mendesak perasaan
Bertanyakan siapakah gerangan misteri
Pantas zikrullah menguatkan pegangan
Ingatlah nisa' maruahmu dijulang
Biar hati menangis sebak
Janjikan iman terus menebal

Kala hati berkata-kata
Siapakah gerangan pemuda itu
Mahu bertanya terasa malu
Mahuku biar terasa pilu
Lalu ku lupakan hasrat naluri
Hanya mampuku mengadu pada Pencipta
Ampunkan lah hambaMu yang lemah ini
Selamatkanlah hati kami ini
Dan
Peliharalah diri kami yang alpa ini..


p/s : sorri fa, I publish puisi you kat sini ^^