Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Friday 27 September 2013

Persoalan tanpa jawapan

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah, dapat juga aku curi masa untuk update blog ni lagi. Sebenarnya macam-macam aku nak tulis sejak dua menjak ni. Tapi malangnya, masa tidak mengizinkan. Keadaan pun tak mengizinkan disebabkan line celcom kat kawasan perumahan baru aku ni teruk tahap apa aku pun tak tahu.

Hmm..aku tak tahu la kenapa orang Malaysia ni susah sangat nak beratur bila naik bas. Dari zaman sekolah menengah sampaiiiiiiiilah ke alam universiti ni, aku tengok masing-masing mesti nak berebut-rebut sampai nak bertolak-tolak bila nak naik bas.Makin dah besar (a.k.a matang) makin teruk pulak aku tengok. Maaf. Tapi itulah hakikatnya. Seingat aku la kan, kali terakhir aku beratur untuk naik bas ialah masa sekolah rendah. Itu pun, pakcik bas yang suruh. Selagi tak beratur, jangan mimpi dia nak bukak pintu bas tu.

Tak sedar ke sikap kita yang negatif ni bakal mengundang perspektif yang tak elok daripada orang luar. Contohnya, hari tu kawan aku cerita. Macam biasalah, waktu-waktu peak hour macam pukul satu ke satu setengah memang ramai yang tengah tunggu bas. Nak dipendekkan cerita, waktu bas sampai masing-masing bangun kejar bas dan bila pintu bas bukak jer, berebut tak boleh kata apa la kan. Laki perempuan sama je masa tu. Waktu diaorang tengah berebut-rebut tu, ada seorang International student ni (berkulit hitam dan mempunyai posture badan yang besar), mungkin dia dah fed-up dengan sikap kebudak-budakan MAHASISWA MAHASISWI universiti, dia pun menjerit "Can you please???!" (sambil membesarkan matanya ke seorang student Malaysia),O mai, malunya.. Pakcik bas ada je tegur, awak kan dah jadi pelajar universiti, tak payah lah berebut, semua dapat naik..Fuh..

So, dalam kes ni, aku bertanya pada diri aku. Nak salahkan diri sendiri ke ataupun nak salahkan orang lain??Kalau salah diri sendiri, kalau aku pun tak turut serta berebut-rebut naik bas tu alamatnya sampai malam la aku dok tercongok kat bangunan HEPA tu tunggu bas. Tapi, kalau salah orang lain, er..aku pun kadang-kadang macam tu jugak..Hai...Aku pernah mengutarakan soalan tu kepada seorang sahabat, dia jawab,

"Masing-masing nak cepat. Sebenarnya bila seorang dah start, orang lain pun start jugak. Diaorang yang 'trigger' orang lain untuk berebut jugak."

Ibaratnya macam kerana nila setitik rosak susu sebelanga la. Eh.

So, tolong bantu hulurkan bantuan anda. Menjawab soalan aku ni  Siapa yang harus dipersalahkan.  Kepada rakyat Malaysia yang mempunyai nilai murni dan adab sopan santun yang tinggi melangit, tolonglah sila beratur sebelum naik bas. Benda simple tu kot kalau tak boleh nak apply dalam hidup,hmm..sedih. :'(


No comments:

Post a Comment