Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Sunday 29 September 2013

Mentaliti kita


Assalamualaikum  :)
Izinkan aku bukak entry kali nie dengan berkongsi satu kisah. Kisah ni aku dapat daripada seorang kakak  yang datang dari Sabah semasa usrah tempoh hari. Em, kesahihan cerita ni tak pasti tapi harapnya korang  dapatlah nampak apa pengajaran yang cuba hendak disampaikan melaluinya oke ;)

Alkisah ada sebuah kerajaan yang mempunyai rakyat yang harmoni dan seorang raja yang bijak dan berdedikasi. Suatu hari, raja tersebut ingin menguji rakyatnya. Raja meminta agar setiap seorang daripada rakyatnya memenuhkan sebuah kawah dengan hanya satu sudu susu putih seorang. Demi  mematuhi perintah raja, maka rakyat pun segera lah menyediakan satu sudu susu putih. Pada keesokan harinya keluarlah rakyat untuk memenuhkan kawah tersebut. Raja melihat rakyatnya dari dalam istana dengan senang hati.

Setelah semuanya selesai, raja dan pengikut-pengikutnya pun turun ke bawah untuk melihat hasilnya. Dan alangkah terkejut mereka apabila melihat warna di dalam kawah tersebut tidaklah putih seperti yang sepatutnya. Nak tahu apa warnanya?

“Mengapa warna di dalam kawah ini tidak seperti yang beta mahu? Mengapa warna susu di dalam kawah ini coklat instead of putih?” (oke, dialog ni aku reka sendiri)

So, kenapa korang rasa warnanya coklat?

Kenapa bukan putih?

Think! Think! Think! (bak kata Pooh)

Hmm..

Takpe lah, biar aku kasi jawapannya.. So, si raja pun buatlah kesimpulan

..ada dalam kalangan rakyat yang memandang remeh akan perintahnya. Mungkin ada di antara mereka yang berfikiran begini  ‘kalau aku letak satu sudu teh pun bukannya raja tahu’. So, disebabkan pemikiran itulah air di dalam kawah tercemar menjadi coklat. Maka, si Raja pun berasa sangat kecewa akan sikap segelintir rakyatnya.

Sedar atau tidak, pemikiran kita sebenarnya mampu untuk memberi  kesan yang sangat mendalam terhadap sesuatu perkara. Kisah di atas hanyalah ideologi untuk tajuk yang aku nak tulis kali ni. Aku yakin, ramai antara kita telah didedahkan dengan risalah-risalah tentang ‘pemboikotan’ barangan-barangan daripada Israil dan sekufu dengannya.




Namun ramai yang memandang remeh  akan usaha ini. Mungkin ada dia antara kita yang berfikir ‘kalau aku seorang je yang boikot, apa gunanya. Sama je tak member kesan apa-apa.’ Nampak tak.. kenapa mesti fikir macam tu. Cuba bayangkan kalau semua orang Islam berfikiran macam tu, macamana usaha mahu  jalan. Makin ramai orang Islam berfikiran begitu, maka makin ramailah yang membeli barangan-barangan boikot tersebut. Tapi, cuba kita kita berfikiran sebaliknya, berfikiran positif, ‘Andai ni je usaha yang mampu aku buat selain daripada doa untuk membantu saudara-saudara Islamku yang tertindas di Palestin, aku redha tak beli lagi air milo dan maggi. Aku harap semua orang pun akan buat benda yang sama. InshaAllah,amin Ya Rabb..’ Kalau kita berfikiran begini, InshaAllah usaha pemboikotan ni akan berjaya. Oleh yang demikian, jom tukar mindset . Jom boikot barangan keluaran sekutu-sekutu Israil.  
Boikot!
Boikot!
Semoga usaha kita ini dipandang oleh Allah Ta’ala dan secara tidak langsung dapat membantu saudara-saudara Islam kita di Palestin dan juga di Negara-negara Islam yang lain. Amin….

1 comment:

  1. perkongsian yang menarik .. setuju sangat ! jom berusaha untuk boikot .. InsyaAllah ~ mohon doakan diberi kekuatan untuk memboikot .. hikhiks :-)

    ReplyDelete