Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Wednesday 25 December 2013

Bila kita diuji



Ya Allah, mana purse aku ni..Tak kan ada orang curi pulak..”

hatiku berdebar-debar menyelongkar beg kelas mencari beg duit berwarna pink. Sebelum ni, selalu je aku tinggalkan beg duit tu kat sini, tak pernah pulak hilang! Tapi, hari ni..aduhai…nak dekat exam ni, kad matrik, kad bank semua ada dalam tu. Yang paling penting IC!! Ya Allah, ada yang tak lepas aku nak balik ni nanti. Tersangkut kat imegresen airport tu kangggg……

Ada tak purse nya teha??”

 Sahabatku Fatin yang tunggu sejak tadi turut prihatin. Aku menggeleng. Kami memandang sesama sendiri.

Buntu.

Tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba Fatin mengeluarkan telefon bimbit Nokia nya dari dalam kocek.

“Aku try call Farah jap. Mana tau tertinggal kat atas meja ke tadi..”

Aku mengangguk saja sambil terus mencari purse di dalam beg dengan harapan akan jumpa. Tapi hampa.

“Teha, tak de la.. Diaorang dah tengok sampai bawah meja dah semua. Tak de jugak..”

Allah…memang sah lah hilang ni. Siapa pulak lah yang berani selongkar beg aku nih?! Tak de perasaan betul lah..

Eh.

Astaghfirullah hal a’zim..tak baik buruk sangka..Astaghfirullah……

“Huhh..takpe la kalau macam tu..tak de rezeki kot..Lagipun berpunca dari diri aku jugak. Cuai.. Dah tahu ni tempat awam, tinggal merata-rata je beg tu..Ujian…”

Hatiku mula pasrah dengan musibah yang melanda malam itu..

Hasbunallahu wani’k mal wakil..Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung [3: 173]

Kita memang insan pelupa. Walaupun diberi nikmat yang berbagai-bagai, kita tetap kufur pada nikmat tersebut. Kita lupa mengucapkan syukur. Namun, Allah Maha Penyayang, Maha Pemurah. Walaupun kita selalu melupakan Dia, tapi rezeki tetap tak putus-putus masuk. Setiap hari kita diberikan peluang untuk hidup semula setelah mati sekejap. Setiap hari kita diberi peluang untuk menikmati keindahan alam, menghirup udara free, mempunyai keluarga dan sahabat yang memahami, diberi kemudahan untuk senang tangkap masa belajar, keputusan baik dan banyak lagi sampai tak terhitung dengan jari..

Masa kita sedang bersuka-ria, waktu tu lah Allah turunkan ujian pada kita . Kita mengeluh. Padahal waktu tu, Allah sedang rindu untuk mendengar rintihan hamba-Nya. Siapa lagi kalau bukan kita.
Dalam masa yang sama, sebenarnya Allah nak test iman kita jugak dan kalau kita berjaya menghadapi ujian tersebut, maka terupgrade lah iman! :)

Lepas solat, kita selalu berdoa, “ Ya Allah, Kau tingkatkan dan teguhkan lah iman ku terhadapMu. Tabahkan lah hati ini agar sentiasa bersabar menghadapi ujian daripada Mu…”
Tu dalam doa, tapi hakikatnya apabila ditimpa ujian kenapa kita masih mengeluh. Manusia…

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan dengan mengatakan, Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?” [29: 2]

Manusia pasti diuji. Kita tak boleh cakap Aku tak mampu untuk menghadapi ujian ni sebab Allah tahu kelebihan dan kekurangan hambaNya, jadi pastilah ujian tu sesuai dengan kemampuan hambaNya. Salah kita kalau kita kalah dengan ujian tersebut sebab dah terlalu selesa berada dalam comfort zone. Nak tak nak kita tetap kene sabar dengan apa sahaja dugaan yang diturunkan. Bukankah orang yang bersabar itu beruntung? :’)




#peringatan untuk diri sendiri dan semua. :-D


No comments:

Post a Comment