Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Wednesday 12 March 2014

#pray4MH370




#mh370 Don’t underestimate the power of Doa’. Keep praying for them. Nyahkan semua speculation.

Pilot berpengalaman, rekod MAS cemerlang dan kapal terbang terbaik tapi perancangan Allah mengatasi segala kehebatan manusia.. :’( #Pray4MH370

Semoga Allah memberikan ketenangan kepada ahli keluarga yang masih menunggu khabar berita pesawat MH370. Bagi semua sahabat fb sy yang sy sayangi..Sama-sama kita muhasabah diri dengan apa yang telah berlaku..
#pray4MH370


Assalamualaikum wbt..
Allah…..Tiada kebetulan berlaku di dunia ini melainkan atas kehendak Allah jua…Pada 8 Mac lalu, kita digemparkan dengan berita pesawat MAS MH370 yang hilang dari sistem radar. Pesawat tersebut membawa 227 orang penumpang berlepas dari KLIA dan sepatutnya sampai di Beijing pada 6.30 pagi . Walaupun kita tak kenal orang-orang yang terlibat dalam pesawat tu, namun kesedihan yang dialami oleh ahli keluarga terbabit turut terasa. Masa ni, doa amat amat amat diperlukan agar dipermudahkan usaha pencarian dan menyelamat, kerana doa adalah senjata yang sangat ampuh. Yang mendengar doa kita itu adalah Allah Yang Maha Besar,Maha Berkuasa! Hanya Allah yang berhak untuk menentukan nasib hamba-hambaNya di dunia ini.. Mohonlah kepadaNya..

 Pagi itu aku bangun seperti biasa. Hari tu cuti, takde kelas. Kehidupan aku kat sini sangat berbeza dengan kat rumah. Kalau kat rumah, pagi-pagi aku bangun je dah sibuk tengok adik-adik pergi sekolah,kemas..Kalau time cuti apatah lagi…Tapi kat sini, bangun je dari tidur takdelah sesibuk mana. Bersihkan diri, kemas sikit-sikit, on laptop tengok nota sikit-sikit (kalau rajin), pastu on fb. TV takde, so fb la sebagai medium untuk aku tahu cerita-cerita yang berlaku kat luar sana. Aku pun scroll status-status fb, like, share… and apabila tiba satu status Berita Harian ni, aku stop. Baca banyak kali. ‘Pesawat MAS MH370 hilang dari system radar pada jam 2.40 pagi’ (lebih kurang macam ni la tajuknya..) Alangkah terkejutnya..Pesawat MAS?? Malaysia?? Benda ni amat jarang jarang jarang berlaku di negara kita, and bila dah jadi, tak boleh nak kata apa.. Semuanya kehendak Allah, kita tak boleh nak tolak..

 Lepas je berita tu keluar, aku terus follow update pesawat MH370 ni dari semasa ke semasa..Pesawat berjaya membuat pendaratan cemas di Nanning, China? Hmm…spekulasi semata-mata. Cerita palsu. Aku tak faham kenapa orang mesti nak buat-buat cerita bila keadaan tengah runsing ni...
Sekarang dah beberapa hari operasi pencarian, tapi masih belum jumpa tanda-tanda pesawat tersebut dijumpai. Yang ada cuma cerita-cerita palsu yang disebarkan oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab..Hmmm…

Usaha pencarian diperluaskan sehingga ke Selat Melaka. Banyak negara yang turut membantu dalam misi mencari ni antaranya Negara China sendiri, New Zealand, Indonesia, Singapore, Vietnam dan beberapa lagi..

Sekarang dah masuk hari ke enam namun tiada tanda-tanda yang pesawat tersebut akan dijumpai..Namun, di sebalik tragedi ni terselit juga hikmah. Walaupun kita tak kenal siapa mereka, siapa keluarga mereka, namun  kita masih bersatu hati, berdoa.. Bila bercakap pasal doa, aku teringat akan status Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman dalam fb ni. Ada orang tanya beliau boleh ke kita doakan untuk orang bukan Islam dan solat hajat untuk mereka sekaligus. Jawabnya:

BOLEH berdoa kepada semua, muslim dan non-muslim agar selamat, sihat termasuklah selamat pulang dan pergi atau mendapat hidayah.
Imam Nawawi ada menyebut harus doa belas atau rahmat Allah kepada non Muslim yang masih hidup dan keampunan atas kesalahannya dan bukan redha atas kekufurannya. Nabi pernah berdoa antaranya..

اللهُمَّ اِغْفِرْ لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Tapi bagi non-Muslim yang telah mati dalam keadaan yang tidak Islam, telah disepakati ulama, tidak boleh berdoa keampunan dan rahmat Allah ke atas mereka berdasarkan larangan Allah dalam surah At-Taubah 113

Jadi, jangan berputus asa dan terus berdoa agar Allah memberikan petunjuk dan tanda-tanda pesawat tersebut dijumpai.. InshaALLAH semoga Allah mendengar dan memperkenankan doa kita. Amin~


No comments:

Post a Comment