Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Monday, 10 June 2013

Meroyan

Termenung di luar jendela
Menyaksikan burung-burung bebas berterbangan
di awan biru yang begitu mendamaikan
Tenang sekali. 
Ditambah pula dengan sapaan angin yang sangat mendodoikan (erk, apa aku merepek ni.Lantaklah!)
Tiba-tiba aku terdengar satu bunyi yang sangat kuat!
Bunyinya seolah-olah seperti satu objek besar sedang  melawan arus angin yang amat kuat.
Aku mendongak ke langit. Aku melihat..
KAPAL TERBANG!Ya,kapal terbang
Lantas, sesuatu terlintas di benak fikiranku.
Aku nak balik!
Aku nak balik!
Aku nak balik!



Flight dah check in
Luggage baru, dah beli
Barang-barang, dah kemas sikit -sikit
Dah cukup syarat boleh balik Johor ni...tapi masalahnya..sekarang ni
SATU PAPER pun aku tak sit lagi!Aduhai
Aku tengah homesick gila tahap apa pun tak tau dah
Buku-buku, lecture-lecture note bersepah atas meja..tapi..
Sekadar perhiasan penyedap mata memandang je
Sebagai syarat...syarat studi week.Ops,studi week dah abis ye, kak. 
Sekarang ni tengah exam week pulak.
Terasa lama pulak dua minggu nie nak habis
Tapi, bila teringat next sem dah masuk tahun dua, terasa cepat pulak masa berlalu
*berapa banyak taaaapi da.....
 Haila...sabarlah wahai hati.
Sesungguhnya sabar itu adalah separuh daripada iman.
Anyway, esok paper bm.
dan aku tak start apa-apa lagi untuk paper tersebut --'
Mesti korang fikir, ish3x, teruknya orang ni. Esok nak exam, satu apa pun tak baca lagi. *Sambil menggeleng kepala
Yela..ok okla...aku nak studi ni..Chow dulu.
Assalamualaikum :)

Saturday, 1 June 2013

Studi Week

Assalamualaikum..... :)
Jam korang dah pukul berapa??Jam desktop aku sudah menunjukkan pukul 12.20am..
Tapi,mata masih tak sudi pejam.
Mungkin sebab lepas asar tadi aku tertidur sekejap kot..Hm....Eh,kejap2.Lepas asar???Tidur???Ishh..mana elok tidur lepas asar kak cik oi..Boleh jadi gila nanti..hmm...
Semalam merupakan kelas terakhir aku untuk sem 2 year one ni.Sungguh pantas kan masa berlalu.Dua minggu lagi final exam.Sekarang tengah study week.Serius.Bila tiba study week je aku mula risau sebab biasanya hari-hari aku sepanjang study week ni kurang produktf.Tadi aku duduk belek-belek buku nota kesayangan.Tiba-tiba ternampak pula catatan Kepentingan Masa yang aku peroleh semasa usrah lepas yang pernah aku hadiri.Jadi,aku ambil inisiatif untuk menjadikan catatan tersebut sebagai panduan untuk handle study week aku agar tidak menjadi sia-sia :)

Demi masa.Sungguh, manusia berada dalam kerugian.Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
  

So,how's to manage your time during study week??

First sekali,masa perlu diisi dengan perkara yang bermanfaat sahaja.Contoh yang paling senang.Studi!Sudah tentu!Nama pun S.E.T.A.D.I WEEK,memang objektif minggu ini diwujudkan oleh pihak universiti seluruh dunia adalah untuk memberi peluang kepada pelajar mereka mengulagkaji pelajaran sebelum exam.Sesuka hati aku je mengeluarkan fakta ni -.-
In case,kalau takde mood untuk studi,boleh je buat benda bermanfaat lain macam tengok video matlufi ke.erk?at least bole la amek pengajaran dari video2 yang dihasilkan oleh beliau kan...eheheh...

Then,sentiasa ada target.Ayat sebelah ni sama je lah maknanya dengan berjadual.Jadual tak semestinya perlu ada kotak banyak-banyak yang ada Isnin,Selasa,Rabu and so on..Kalau aku buat jadual macam tu,gerenti tak ikut punya.Sebab dari dulu aku pernah je nak praktikkan hidup dengan jadual,tidur pukul sebelas makan pukul sepuluh semua tu,tapi tak berhasil..huhu..So,sebelum tidur tu,aku akan keluarkan kertas or tulis kat mana2 dan plan apa yang hendak dibuat pada hari esok.Contohnya,esok>> jogging,pagi studi biochem dari belakang,petang sentuh statistik sikit,malam microb.Tidur!Senang kan..lebih baik ada planning daripada tak ade langsung.Dalam surah Al-Hasyr ayat yang ke 18, Allah ada berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya pada hari esok, dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."

Seterusnya,sebelum memulakan sesuatu pekerjaan tu,niatlah kerana Allah.Contohnya,kalau korang nak tengok movie, niatlah dalam hati "Aku nak tengok movie ni kerana Allah" Lepas korang dah niat macam tu,agak-agak jadi ke korang nak tengok movie tu.Mesti korang akan fikir dulu kan sama ada pekerjaan korang tu diredhai ke tak oleh Allah..Kalau korang tengok sekalipun movie tersebut,mungkin tujuannya akan bertukar, untuk mengambil pengajaran semata-mata instead of suka-suka.Kannn.....Aku ambil contoh ni daripada novel Suamiku Ustaz.. :D
Refresh niat!

Last but not least,kalau masa study week terasa kosoooooong sangat sampai tak tau nak buat apa.Buat ni salah buat tu tak kena,bacalah Al-Quran dan terjemahannya.InshaAllah..hari dan hati anda akan terisi dengan tenang.Weeeeeeeeeee....

Ok la,sampai sini jer..Malas pulak nak taip panjang panjang.Kepada korang yang akan menduduki exam tak lama lagi tu,bittaufiq wannajah fil imtihan!

Babaiiii! ^^

*Maaf sekiranya bahasa pasar aku dalam blog ni mengundang rasa tak puas hati dalam hati pembaca sekalian.