Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Friday, 1 February 2013

Baca tak rugi



Assalamualaikum :)

*Semakin boleh menerima kenyataan atas kehilangan gambar tempoh hari. 
Teringat waktu exam bahasa melayu masa kat sekolah dulu.Dua jam tempoh masa yang hanya diberikan untuk menghasilkan dua hingga tiga buah karangan yang panjangnya lebih 350 patah perkataan setiap satu..Pecah kepala fikir idea,peribahasa,penanda wacana yang best-best.Tangan pulak basah main peranan pegang pen,tulis tak henti-henti.Takut idea lari.Kalau tengah sedap-sedap tulis tiba-tiba idea datang,terus ambil pensel conteng kat tepi kertas,siap bercabang-cabang bagai.Masa tu rasa macam pro gila bab-bab tulis karangan ni.Sampai satu tangan boleh pegang dua pen.Boleh kira hebat la tu.Hee..Bila cikgu cakap 'tinggal setengah jam lagi' ,otak mula ligat berserabut fikir ayat untuk isi perenggan terakhir.Serabut sangat sampai ayat yang dah susun cantik-cantik dalam kepala berterabur.Tulisan mula senget benget dah macam kene langgar kereta api.Tangan yang basah makin basah.Bertungkus lumus ketang ketung ketang ketung ,akhirnya siap jugak.'Ketip' jari bunyi tulang patah krekkkkk.Fuh lega...Kalau masa mula-mula kertas kosong,sekarang dah penuh dengan tulisan biru.Panjang!Sedap mata memandang tengok panjang-panjang gitu..

Tapi tu dulu.Sekarang nak tulis surat yang pendek pun ambil masa sampai lima belas minit.Surat tak formal pulak tu.Bila review balik,tak puas hati.Buat sekali lagi......Skill menulis semakin hilang.Nak buat surat cinta pun tak lepas!Tak payah cakap surat cinta,blog pun  ni asal nak taip ayat? lepas taip,padam,taip,padam.Last-last tutup terus.Nak siapkan satu cerita,alahai lama depan laptop ni haa.Boleh naik power cermin mata ni.Ni  la akibat kurang membaca.Surat khabar asal baca tajuk besar je pun dah oke.Artikel yang panjang lebar menjelar tu,baca satu perenggan je,dah cukup.Journal baca sikit..sikit... je tak faham,letak tepi.Dengan harapan petang karang sambung balik.Tapi tak pun...Novel je yang boleh baca dengan tekun dari kulit buku ke kulit buku.Siap boleh ceritakan balik.Wah hebat!Haha..

Sebagai kesimpulannya,jangan lah berhenti membaca walaupun korang dah habis sekolah pun.Teruskan membaca kerana membaca tu jambatan ilmu.Lepas baca ilmu boleh dikongsi dengan orang lain.Maka,ilmu tu akan berkembang seiring dengan perkembangan alam semesta.Ok,korang terima kasih kerana membaca :DD

Wednesday, 30 January 2013

Gone! Gone!

Assalamualaikum :(

Boleh tak korang bayangkan perasaan aku yang kehilangan semua gambar,video kenangan masa kat sekolah,matrik dulu???
Hilang weyh!!
Terkejut aku bila dengar berita tergempar ni lepas maghrib tadi.Menangis mendayu-dayu aku mengenangkan apa yang terjadi tadi.Sedih yang teramat sangat.Dah la tu dengan semua movie dalam tu pun hilang jugak.Yang paling tragis sekali,movie-movie KOREA!! aku pun pergi begitu saje..Whuahaha!!
Menangis sampai keluar air mata darah pun yang pergi tak kembali..
Sedih.

Tuesday, 22 January 2013

Semester break part 2




Assalamualaikum :)

Final exam result dah keluar.Macam biasa ibu suruh check depan dia and ayah. Oh tidak!Awal-awal aku dah cakap.Along nak check sendiri.Takut hari ni sama dengan kes masa matrik dulu.Ok.Ibu faham.Pukul sebelas lebih tadi,aku bukak laptop nak check result.Dup dap dup dap....Alhamdulillah.Syukur Ya Allah kau kabulkan doaku :D

Ok,sambungan cerita cuti cinta aku.Ahad lepas kitaorang melawat Anum di Kem PLKN Sri Ledang Tangkak.On the way ke sana,lalu pekan dia.Pergh!Beg.Baju.Kain.Langsir.Banyak kot...Macam-macam ada kat sana.Kalau shopping pun best jugak.Namun,kami kesuntukan masa,so tak dapek la nak jalan sakan kat sana.Kitaorang pergi store Tangkak je.Tu pun sebab nak beli barang-barang keperluan minah sorang tu.Huhu..
 


Sampai je sana.Penuh kereta!Masing-masing datang melawat anak akak abang adik.Seperti yang korang tahu,famili hanya boleh melawat pada hari minggu sahaja.Sebab tu lah ramai.Tapak kem Sri Ledang ni aku rasa terletak di kaki bukit Gunung Ledang sebab beberapa kilometer sebelum sampai kem,ada signboard masuk Ledang Resort.Aku rasalah....
Macam biasa la,pas pelawat kene la pakai kalau kita melawat ahli keluarga kat asrama ke,hospital ke,matrik ke..Then,kitaorang pergi ke khemah di mana annoucement akan dibuat untuk makluman kepada pelatih yang famili diaorang da sampai!Satu jam kitaorang tunggu kemunculan si Anum nih.Siap dah kenyang lagi makan bekalan yang ibu masak dari rumah.



Hmm..patutlah lambat.Ada pangkat rupanya.Sarjan Anum.Dia kene jaga kawasan kem tu.Lagi satu,sound troble.Sarjan Anum tak dengar nama dia dipanggil.Hampeh..haha..Erm,jeles bole tengok Adib peluk Anum.Manja dia terlebih pulak bila dia dengan kakak nombor dua ni.Adik aku yang nombor dua ni memang lemah lembut gemalai,penyayang.Terserlah sikap keibuan dia bila layan budak-budak.Tu la Adib sayang dia lebih.Tapi Adib sayang aku jugak!ehehe..

Hampir dua jam kat sana.Macam-macam cerita Anum habak kat kitaorang.Alhamdulillah.Dia happy je kat sana.Mana tak nya.Makan SATU HARI ENAM KALI! No worries.Sihat walafiat dia kat sana.Haha..

Sebelum balik,sempat la bergambar sekejap kat sana.Anum pun mesti la taknak lepaskan peluang bergambar dengan family dengan berpakaian sergam tu kan!Haa...Mula-mula amek gambar


Mula-mula dengan ayah.Lepas tu dengan ibu pulak! :))

Gambar atas:girls yang comel dalam keluarga ini.Harap maklum XD Gambar bawah :Family.                                   




Comel tak keluarga aku?Ahaha..

Sayang family aku lillahi ta'alaa <3