Life is too short to be wasted. Appreciate your life.
Please.

Friday, 26 July 2013

Hebatnya percaturan Allah


nurfysawcaz.wordpress.com

Assalamualaikum...
Masa awal-awal cuti sem yang hari tu aku bertekad untuk kerja kilang
Sebab dalam list, banyak kehendak yang nak aku beli, macam...........
em............tudung, baju, handphone, beg....er...
hehe...
So, sepanjang seminggu aku berada kat rumah, aku try lah usha kerja-kerja kilang di sekitar Pasir Gudang ni..
call contractor sana, call contractor sini
tapi, dalam masa yang sama aku mintak jugak kerja kat pasaraya, sebagai promoter..
Sebenarnya, niat dalam hati nak sangat dapat satu tempat dengan seorang hamba Allah ni.
Dia perempuan. Aku kenal dia. Kenal sangat.
Hubungan dia dengan famili tak berapa baik..
Tapi hubungan kami berdua ni kira okay la..Boleh nak dikatakan kami boleh duduk satu meja untuk berbincang..InshaAllah..
Oleh sebab itu, aku berniat untuk dapat satu tempat dengan dia dengan tujuan untuk approach dia..
Aku takde la nak kata aku baik sangat, tapi kalau boleh aku ajak dia sama-sama berubah ke arah yang lebih baik, lebih-lebih lagi masa tu Ramadhan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi nak menjelang. Mungkin dalam masa menasihati orang, boleh jugak aku improve and perbaiki diri yang serba kekurangan ni. Itu niat aku..

Allah is The Best Planner.
Satu pagi, aku terima mesej daripada supervisor sebuah pasaraya ni. Aku diterima kerja dan akan mula kerja keesokan harinya. Nampaknya, niat aku tu tak tercapai. Hmm, aku fikir mungkin ada hikmahnya aku bekerja kat sana nanti
The next day, I started. Mula-mula aku annoying gila dengan staff-staff kat situ..
Diaorang langsung tak mesra, muka moody jer tima buat kerja..Tension pulak aku..
Ditambah lagi dengan keaadaan tempat tu yang tak ade bilik rehat.. Nasib baik la part tima jer..Argh! Tension!!!

Then, aku cuba sedapkan hati, 'mula-mula, memang la macam ni...Lama-lama ok kot...Sabar sabar..'
Ok, hari kedua ketiga pun lebih kurang sama jer suasana dia, then aku buat keputusan untuk bekerja sebulan je kat situ. Titik!
Hari berganti-ganti hari, lama-lama aku boleh adapt dengan tempat kerja tu dan mereka pun boleh boleh adapt dengan kehadiran aku. Alhamdulillah..
Rupa-rupanya, salah seorang daripada mereka ialah mualaf..Baru revert dua tahun lepas..
Kami mulai rapat. Dia cerita, aku mendengar. Kadang-kadang adalah jugak dia bertanya sikit-sikit tentang hukum hakam agama..
Aku jawab la apa yang termampu..Aku pun masih belum cukup ilmu..
Aku cuba untuk tolong dia serba-serba sedikit selagi aku masih bekerja kat situ. 
Sedar tak sedar, tibalah hari terakhir aku bekerja kat situ..Terasa berat la jugak untuk aku berhenti sebenarnya..Time hubungan sedang memekar, time tu jugak la aku kene pergi.
Itulah lumrah kehidupan bertemu dan berpisah kan.
Hmm,
Alhamdulillah, memang ada hikmah aku dapat kerja kat situ. 

Rasulullah pernah bersabda, 'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun' :')

Sunday, 16 June 2013

Entry untuk ayah

Assalamualaikum :)

Setiap kali aku call ayah and tanya dia ada kat mana, mesti ayah jawab,
Ayah kat Mekah sekarang ni.. Kenapa?
Aku senyum sendiri :)
Kata-kata tu satu doa,inshaAllah satu hari nanti ayah dan ibu pasti akan jejakkan kaki ke sana.Aminnnn... 

Ketegasan ada kelembutan
Masa kerja dulu, aku pernah belikan ayah baju
Iyoolah, pengalaman first time dapat gaji dari titik peluh sendiri.Excited!
Kalau boleh nak belanja semua orang je masa tu. Tapi belum mampu..
Ok, lepas ayah tengok je baju tu, ayah marah.
marah marah sayang.hehe.. Peace ayah! (^^,)v
Ayah cakap :
"Kenapa membazir duit beli baju ni?!Kan banyak lagi benda yang berfaedah boleh along beli..
Er..ok. Negative feedback
Lepas tu ibu bagitau la kat aku, "Ayah marah kat luar je tu.."
Satu hari, kitaorang satu famili nak keluar jalan jalan
And masa tu aku nampak ayah pakai jugak baju tu
Terharu..haha.. 
Ayah tegas. Tapi dalam ketegasan tu ada kelembutan.

Kenangan paling manis
Kenangan manis aku dengan ayah ialah masa zaman kegemilangan dan kecemerlangan  zaman sekolah dulu.
Haha..
Masa tue result pmr keluar. Parents aku tak ikut amek result sebab ayah kerja
So, terpaksa aku pie la sekolah dengan kawan
Nak dipendekkan cerita, result cemerlang la masa tu
Aku terus call ibu and ayah dengan menangis meleleh air mata hidung segala
Kat rumah, aku tunjukkan slip kat ibu and then letak slip tersebut kat atas radio untuk ayah tengok.Hee..
Dalam pukul empat lebih macam tu, ayah pun balik dan tengok result tersebut
Ayah senyum. Aku nampak ayah senyum.
Ayah letak. Then lepas tu angkat semula slip tu.Tengok lagi dan senyum.
Aku happy gila masa tu.
Tapi, malangnya kenangan tu tak berulang kembali masa spm..Hmmm...
credit to google image :D
Persamaan aku dengan ayah
~Temper..hehe.Tapi sekarang tengah try untuk control
~Muka serius sepanjang masa.
~Pendiam.........kot
HAHA


Ok, ayah!
Terima kasih atas segala pengorbanan yang telah AYAH lakukan untuk kami
Tak terbalas rasanya semua pengorbanan yang telah ayah buat untuk kami
Kami adik beradik sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah di dunia dan akhirat
Kami sayang ayah!
p/s : awkward bila ckp depan2..hehe...

Sekian :D

Tuesday, 11 June 2013

House for RENT!

Assalamualaikum :)

Patut lah tak lelap lelap mata ni , dari tadi mata terbuka ibarat laut terbentang luas je
Fatin seru nama aku rupanya.Fatin.....
Kuatnya chemistry kita berdua kan...Haha..

Tadi, masa tengah baring baring pusing kiri kanan atas bawah katil. tetiba dapat mesej daripada kakak sorang ni
Dia tanya aku dapat kolej ke tak. Senyum sorang sorang saya kat situ~
Dah confirm2 la tak dapat kan
Merit sekangkang kera je..haha
Aku baru check kat epelajar tadi


Haa!See...Sudah terang lagi bersuluh. Tidak berjaya!
So, sahabat-sahabatku sekalian, Fatin Fifah...
Boleh la sama kita cari rumah sewa kat Desa Ilmu tu ye
Sem depan  mengikut perancangan boleh la kita naik motor tiga roda tu. Haha
:P

Sedih ke happy ke tak dapat kolej?? Dua-dua kot
Sedih sebab terpaksa tinggalkan bilik aku ni buat selama-lamanya..Aku dah sayang habis kat bilik ni. 
Tapi, jodoh aku dengan dia sampai sini jer
Hm, happy sebab tak sabar nak decorate rumah baru tu nanti
Lagi satu, tak sabar jugak nak main masak masak dengan kembar kembar aku tu
Hahahah. Macam lah sem depan freeeeee sangat gaya aku cakap ni
So, naik sem ni kene lah bawah buku resepi aku yang kat rumah tu
Kalau tak, nanti tiba turn aku masak, makan sardin je la diaorang karang.
Hee.. ^^