Terimbau kembali momen-momen masa kat rumah masa cuti hari tu
Aku tak faham kenapa cuti kali ni aku emo sangat
Berat sangat hati nak tinggalkan famili kat Johor
Walaupun tempat aku belajar takde lah jauh sangat macam orang lain
Cuma 1 jam 25 minit jer perjalanan...
Setiap pagi, lepas Subuh ibu bangun siapkan sarapan adik-adik nak pergi sekolah
Aku pulak, bangun-bangun je lepas Subuh semua, tumpang sekaki sarapan mengalahkan orang nak pergi sekolah..Haha
Lepas diaorang pergi sekolah, kadang-kadang aku dengan ibu main badminton kat depan rumah..
Pernah je ibu ajak jogging kat taman perumahan tu, tapi aku malass...hehe..
Lepas kemas-kemas rumah semua, pukul 8.00 kejut budak kecik Adib tu untuk ke sekolah agama.
Siapkan Adib sorang sama macam siapkan sepuluh orang!
Nak kene layan kerenah dia,ngada-ngada dia yang entah apa-apa tu.
Kadang-kadang buat aku angin je, tapi angin-angin pun, bila dah jauh dengan diaorang.
Rindu pulak :')
Walaupun masa cuti hari tu aku tak buat part-time
Tapi jadual sepanjang keberadaan aku kat rumah sangat penuh.
So,sudah terbukti jadi suri rumah sebenarnya lebih penat daripada orang yang bekerja.
Time rehat cuma dari pukul satu tengahari smpai pukul 4 petang.Tu pun rehat-rehat ayam..(ada ea peribahasa ni..Hhaha..)
Waktu malam, lepas Isya',suasana rumah automatik akan bertukar jadi suasana sekolah
Ibu ajar adik buat kerja sekolah
Aku pulak mengadap Azizi n Ain buat kerja sekolah or apa-apa latihan.
Anum macam biasa dengan pbs dia yg melambak tu..
Huhuhu..
Jadual ayah tak tentu
Kadang-kadang masuk pagi, petang atau malam.
Aku paling suka momen yang ni,ayah pasang qasidah kuat-kuat kat radio
Lepas tu kitaorang satu famili ikut nyanyi sekali dengan ada lirik kat depan.
Ouh,miss them so much..
Ya Allah semoga hubungan silaturahim antara kami sekeluarga akan berkekalan hingga ke syurga-Mu yang abadi..
Amin..
:)
Please.
Tuesday, 18 February 2014
Thursday, 26 December 2013
Anak lelaki Makcik Sena
Kat depan rumah aku ada sorang makcik yang jual nasi lemak
Nasi lemak dia sedap sangat sampai aku dah teraddicted dengan nasi lemak dia..
Oleh sebab aku hampir setiap hari aku akan singgah di gerai dia sebelum ke kelas, makcik tu pun dah cam muka aku, dah siap tahu nama lagi youuu.. Lupa pulak nak bagi tahu yang nama makcik tu Makcik Sena..
Tersebut lah kisah, pada suatu hari Sabtu, aku takde kelas..
Bangun pagi bukak peti sejuk.Kosong.
Tak tahu nak masak apa, last2 aku capai beg duit kat atas meja, beli nasi lemak mekcik sena..
Tak tahu lah kenapa hari tu angin ribut takde, aku teringan tulang pulak nak tolong makcik ti meniaga..
Tapi sebelum tu aku pie la naik atas dulu bersihkan diri..Nanti tak pasal-pasal pulak jatuh merudum keuntungan makcik tu hari tu...
Dalam masa meniaga tu, kami berbual-bual lah..Seronok la berbual dengan makcik Sena ni, macam-macam topik keluar..
Aku jadi enjoy pulak dengar cerita dia..Sampai la satu topik ni..
Dia ada anak lelaki rupanya...
" Mak cik sebenarnya ada anak lelaki tiga orang. Dah besar semuanya..." aku jadi tersemangat pula tetiba
"Ooo..yeke makcik.." tapi takkan nak tunjuk pulak. Cover la sikit..
"Yang sulong sekarang kat UiTM, adik dia kat UTM..Yang bongsu pulak kat UKM...yang sulung tu umur 25 tahun.." aku angguk-anggukkan je la kepala mendengar cerita makcik tersebut..
"Alhamdulillah, masing-masing berjaya. Sampai jugak diaorang kat U sana..." ye lah, mak mana tak gembira anak masuk U kan...
"Anak-anak makcik amek course apa kat sana?" terpacul jugak satu soalan dari milut aku akhirnya.
"Eh,nak..anak-anak makcik bukannya belajar kat sana. Diaorang kat sana bukak gerai nasi lemak jugak macam makcik ni haa..Yang sulong ada gerai sendiri kat UiTM, adiknya ada gerai sendiri kat UTM, yang bongsu pulak ada gerai sendiri kat UKM.." makcik tu senyum.
Ops..alamak, salah tanya soalan ke tadi...
Hahaha..kejayaan tak semestinya dimiliki oleh orang-orang yang masuk, belajar kat universiti je yer..Kejayaan tu luas..Orang yang tak masuk universiti pun bleh berjaya jugak asalkan hidup dia tu ada wawasan. Menurut payung di bawah (eheh), selagi mana adanya keinginan, disertai dengan sikap dan disiplin yang baik, dan yang paling penting determination yang tinggi, dengan izin Allah, kejayaan boleh dicapai..

Ibu aku pernah bercerita, ada seorang kawan dia masa SRP dulu fail! Tapi hari tu jumpa waktu reunion, budak yang fail tu lah dah ada kilang kapal sendiri. Hah!Kaya tak kaya...
Menurut ahli falsafah, kejayaan ialah cara meningkatkan kuasa untuk mendapatkan sesuatu dalam hidup tanpa menganggu kehidupan orang lain.
Dalam surah al-Mukminun pulak, antara ciri-ciri orang yang berjaya ialah :
~ Beriman kepada Allah
~ Menunaikan solat dengan khusyuk
~ Menjauhkan diri daripada perkara yang keji dan sia-sia
~ Mengeluarkan zakat
~ Menjaga kehormatan diri
~ Menunaikan amanah dan janji
dan..dan yang paling penting sekali.....
~ Menjaga waktu solat..
So, wanita-wanita di luar sana sekalian, jangan pandang sebelah mata je akan lelaki2 dia luar sana yang jual nasi lemak, as long as hubungan dia dengan Allah baik, solat jaga, hubungan dengan manusia pun baik pun dah oke..InsyaAllah.. -_-
*cerita makcik Sena di atas hanyalah rekaan semata-mata takde kene-mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Aku dapat cerita tu daripada ustaz sekolah agama masa darjah satu dulu dan telah ditokok tambah banyak bukan sedikit..hehe..
Peace!
Assalamualaikum...
Wednesday, 25 December 2013
Bila kita diuji
“Ya Allah, mana purse aku ni..Tak kan ada orang curi pulak..”
hatiku berdebar-debar
menyelongkar beg kelas mencari beg duit berwarna pink. Sebelum ni, selalu je
aku tinggalkan beg duit tu kat sini, tak pernah pulak hilang! Tapi, hari
ni..aduhai…nak dekat exam ni, kad matrik, kad bank semua ada dalam tu. Yang
paling penting IC!! Ya Allah, ada yang tak lepas aku nak balik ni nanti.
Tersangkut kat imegresen airport tu kangggg……
“Ada tak purse nya teha??”
Sahabatku Fatin yang tunggu sejak tadi turut
prihatin. Aku menggeleng. Kami memandang sesama sendiri.
Buntu.
Tak tahu nak buat apa.
Tiba-tiba Fatin mengeluarkan telefon bimbit Nokia nya dari dalam kocek.
“Aku try call Farah jap. Mana tau tertinggal kat
atas meja ke tadi..”
Aku mengangguk saja
sambil terus mencari purse di dalam beg dengan harapan akan jumpa. Tapi hampa.
“Teha, tak de la.. Diaorang dah tengok sampai bawah
meja dah semua. Tak de jugak..”
Allah…memang sah lah
hilang ni. Siapa pulak lah yang berani selongkar beg aku nih?! Tak de perasaan
betul lah..
Eh.
Astaghfirullah hal
a’zim..tak baik buruk sangka..Astaghfirullah……
“Huhh..takpe la kalau macam tu..tak de rezeki
kot..Lagipun berpunca dari diri aku jugak. Cuai.. Dah tahu ni tempat awam,
tinggal merata-rata je beg tu..Ujian…”
Hatiku mula pasrah dengan
musibah yang melanda malam itu..
Hasbunallahu wani’k mal
wakil..Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik
pelindung [3: 173]
Kita memang insan
pelupa. Walaupun diberi nikmat yang berbagai-bagai, kita tetap kufur pada
nikmat tersebut. Kita lupa mengucapkan syukur. Namun, Allah Maha Penyayang,
Maha Pemurah. Walaupun kita selalu melupakan Dia, tapi rezeki tetap tak
putus-putus masuk. Setiap hari kita diberikan peluang untuk hidup semula
setelah mati sekejap. Setiap hari kita diberi peluang untuk menikmati keindahan
alam, menghirup udara free, mempunyai keluarga dan sahabat yang memahami,
diberi kemudahan untuk senang tangkap masa belajar, keputusan baik dan banyak
lagi sampai tak terhitung dengan jari..
Masa kita sedang
bersuka-ria, waktu tu lah Allah turunkan ujian pada kita . Kita mengeluh.
Padahal waktu tu, Allah sedang rindu untuk mendengar rintihan hamba-Nya. Siapa
lagi kalau bukan kita.
Dalam masa yang sama,
sebenarnya Allah nak test iman kita jugak dan kalau kita berjaya menghadapi
ujian tersebut, maka terupgrade lah
iman! :)
Lepas solat, kita
selalu berdoa, “ Ya Allah, Kau tingkatkan dan teguhkan lah iman ku terhadapMu.
Tabahkan lah hati ini agar sentiasa bersabar menghadapi ujian daripada Mu…”
Tu dalam doa, tapi
hakikatnya apabila ditimpa ujian kenapa kita masih mengeluh. Manusia…
“Apakah manusia mengira
bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan dengan mengatakan, Kami telah
beriman,” dan mereka tidak diuji?” [29: 2]
Manusia pasti diuji.
Kita tak boleh cakap Aku tak mampu untuk
menghadapi ujian ni sebab Allah tahu kelebihan dan kekurangan hambaNya,
jadi pastilah ujian tu sesuai dengan kemampuan hambaNya. Salah kita kalau kita
kalah dengan ujian tersebut sebab dah terlalu selesa berada dalam comfort zone.
Nak tak nak kita tetap kene sabar dengan apa sahaja dugaan yang diturunkan.
Bukankah orang yang bersabar itu beruntung? :’)
#peringatan untuk diri sendiri dan semua. :-D
Subscribe to:
Posts (Atom)